
Salam dan hai semua. Tahun ini adalah tahun keempat saya bisnes secara online. Bermula dengan menjual kerongsang sehinggalah saya menjual produk Shaklee hingga ke hari ini
Boleh dikatakan macam-macam yang saya belajar. Syukur Alhamdulillah, saya berjumpa dengan group Shaklee yang hebat. Dari mentor-mentor inilah saya belajar cara yang betul berbisnes secara online dan dapat menjana jualan walaupun saya seorang ibu yang perlu menjaga empat orang anak kecil
Bukan mudah sebenarnya melakukan bisnes secara online di samping perlu menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah. Tapi, itu bukan alasan. Bisnes secara online adalah salah satu cara saya boleh menjana pendapatan tanpa perlu meninggalkan anak-anak
Bagai para isteri yang ingin memulakan bisnes online, antara tips bisnes online dari rumah yang ingin saya kongsikan adalah
1 . Sediakan gajet yang sesuai
Jika mampu, sediakan komputer atau laptop untuk memudahkan anda update blog, Facebook, Instagram atau kedai maya anda. Tidak mampu beli semua tu? Bermulalah dari Handphone anda 🙂
2. Gali ilmu
Ini adalah modal yang paling penting dalam memulakan bisnes. Carilah mentor, mulakan membaca dan gali ilmu tentang bisnes yang ingin anda ceburi. Ilmu yang betul akan membantu anda memulakan perniagaan dan terus dapatkan jualan
3. Sediakan jadual
Berniaga dari rumah sambil menjaga anak-anak memerlukan disiplin yang tinggi. Buat jadual dan pembahagian masa antara kerja rumah dan bisnes. Ambil sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk fokus pada bisnes anda. Macam saya, saya ambil masa waktu anak-anak tidur untuk update blog dan coaching downlines
4. Buat To Do list
List ini sangat penting. Buat senarai apa yang ingin anda lakukan setiap hari mengikut keutamaan. Ini bagi memastikan anda tidak tertinggal sebarang perancangan anda pada hari tersebut
5. Dapatkan sokongan suami dan keluarga
Bisnes dari rumah perlu sokongan yang kuat dari suami dan keluarga. Maklumkan suami dan keluarga yang anda ingin memulakan perniagaan online. Mungkin ada masa anda perlukan bantuan suami atau keluarga pada ketika anda bertemu pelanggan dan hadir ke kelas perniagaan. os, penting untuk mereka tahu
6. Mohon petunjuk dan pertolongan Yang Esa
Ini perkara utama apabila memulakan bisnes dari rumah. Perniagaan bukannya seperti makan gaji yang mana kita akan terima gaji tiap-tiap bulan. Dekati diri dengan Maha Pencipta kerana Dialah business partner kita yang utama. Mohon pertolongan dan letakkan sepenuhnya pergantungan padaNya
7. Sediakan modal jika perlu
Tipu jika saya katakan bisnes tidak perlukan modal. Walaupun berbisnes Shaklee dan produk boleh beli di branch, saya perlu modal untuk membeli produk apabila ada pelanggan yang minta hantar produk ke rumah mereka. Begitu juga dengan perniagaan pembuatan makanan seperti kek, biskut dan sebagainya di mana kita perlukan sediakan produk terlebih dahulu sebelum hantar kepada pelanggan
Jika tidak modal wang, modal ilmulah yang sangat penting. Jika punya modal wang yang banyak tapi tidak punya modal ilmu, mungkin modal wang akan habis begitu sahaja.
Saya percaya walaupun hanya surirumah dan perlu menguruskan anak yang ramai, kita boleh menjana pendapatan secara online tanpa mengabaikan keluarga. Pastikan anda gunakan masa dan kemudahan yang ada sebaiknya. Selamat maju jaya
Ingin join saya dalam bisnes Shaklee? Cari saya di 016-587 9882 🙂
Perkongsian yang menarik
Amin Hakim recently posted…Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2016 / 2017