Salam dan selamat petang. Maaf, lama tidak menulis di sini. Tengah adjust dengan persekitaran dan masa yang baru. Ya, setelah 3 bulan bercuti bersalin dan setahun 3 bulan bercuti tanpa gaji, akhirnya saya masuk kerja. Menjawat jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan semula. Melakukan rutin yang selalu saya lakukan setahun 6 bulan yang dahulu

Kenangan 2015
Well, banyak sangat yang berlaku dari bermulanya Januari sehingga hari ni. Cabarannya makin besar, kerana saya terpaksa meninggalkan anak kecil saya yang tidak pernah berpisah dengan saya selama setahun 6 bulan untuk ditinggalkan semasa saya bekerja.

My Family, My Everything
Sedih, kecewa memang ada. Tapi ia membuatkan saya bertambah semangat dan kekuatan untuk bersungguh-sunguuh mencapai impian saya. Saya pasti impian saya pasti akan tercapai. Doakan saya ya. Aminnn…Pasti ada perancangan yang lagi hebat dari Allah untuk saya dan keluarga 🙂

Furqan, putera sulungku
Apapun, moga tahun baru 2016 ni menjadi 1 tahun yang sangat hebat untuk kita. Walau apapun yang berlaku, kita kena berusaha sebaiknya. Bukannya menyalahkan orang lain atau hanya menunggu tindakan daripada orang lain untuk berjaya

Fyrash, si manja ummi
Buat ibu-ibu yang mengalami perasaan dan keadaan yang sama dengan saya, saya ucapkan dan doakan moga kita terus berjaya hingga mampu untuk menjaga anak-anak sendiri dan dalam masa yang sama mampu membantu keluarga. Insha Allah.. Amiinnn

Putri ku sayang 🙂
Buat semua keluarga Shaklee saya, jangan lupa promo best bulan ni ya. Vivix si antioksidan, Zinc Complex suplemen yang bantu percepatkan penyembuhan luka dan Vita Lea For Children, multivitamin untuk kanak-kanak
Moga saya sentiasa mampu untuk terus penegmemberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana 🙂
With Love,
Aryn Fadz Lee l 016-587 9882
Kisah baru bab baru,semoga tahun ni memberikan kita lebih banyak kejayaan
Noriza Rahman recently posted…Testimoni JERAGAT Semakin Pudar dan Kulit Nampak Bersih