Salam dan hai semua. Semalam kami sekeluarga menonton final Pertandingan Dai’e Pendakwah Milenia musim ke-3. Saya memang sukakan rancangan ini kerana banyak input menarik tentang agama yang dapat kita pelajari di samping dapat melihat bagaimana cara penyampaian para peserta yang berbeza. Komen-komen daripada juri juga banyak memberikan pengajaran.

Dai’e Hamidah membawa pulang wang tunai RM50, 000, Pakej Umrah, sebuah trofi, saham PNB bernilai RM5, 000 dan juga pengalaman bekerja dengan Media Prima Berhad
Jika diikuti episod lepas, persembahan Dai’e Hamidah dilihat kurang memuaskan. Akan tetapi pada minggu ini, pesembahan Dai’e Hamidah mendapat tepukan yang gemuruh dengan ceramah ‘Aku Pendosa juga ingin ke Syurga’. Ceramah ini begitu menyentuh hati dan menginsafkan dan Dai’e Hamidah dapat meyampaikannya dengan baik sekali. Malah semasa menjawap soalan huraian, pada juri turut berdiri sebagai tanda kagum dengan jawapan Dai’e Hamidah tentang zakat
Dai’e Hamidah juga diberikan kepujian kerana menggunakan dialek negeri Kedah yang mana memberikan ’emergency exit’ kepada beliau ketika menjawap soalan huraian
Dai’e Hamidah juga menjadi Finalis Pilihan D’Herbs yang dipilih sendiri oleh pemilik D’Herbs’ Holding Sdn. Bhd. Hamidah juga mencipta sejarah sebagai juara Dai’e wanita yang pertama
Namun, lawan beliau Dai’e Fuad dan Dai’e Hidayu juga bukan calang-calang orangnya. Mereka juga memberikan persembahan yang mantap sehingga para juri dan Murabbi, Mudir dan Mudhirah juga berpuashati. Namun, rezeki berpihak kepad Dai’e Hamidah
Anyway, Tahniah Dai’e Hamidah. Anda sememangnya layak untuk menjadi juara. Moga perjuangan anda untuk menyebarkan dakwah kepada semua orang dipermudahkan. Aminnn..
Kami tak ikut sangat program ni. Tapi apapun, tahniah pada Daie Hamidah. Moga istiqamah jadi daie.
Suri recently posted…Ibu Hamil, Makanlah Kurma!