BELAJAR ASAS AL-QURAN DENGAN IQRA’ BINA
Posted on

Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Baru dua hari lepas saya terjumpa satu produk yang saya rasakan sangat menarik untuk kita gunakan bagi memudahkan pembelajaran Al-Quran bersama anak-anak
Produk keluaran anak tempatan ini yang diberi nama Iqra’ Bina, adalah satu program Qalam atau pen bersuara yang tepat, cepat ,mudah serta berkesan untuk digunakan sebagai panduan pembelajaran asas bacaan Al-Quran
Iqra’ Bina yang menggabungkan penggunaan kitab dan teknologi ini boleh dimulakan dengan kanak-kanak sewal usia 2 tahun dan semua peringkat umur, Muallaf dan sesiapa yang mungkin baru ingin mengenali Al-Quran atau memperbaiki bacaan Al-Quran mereka
Review ringkas tentang Iqra’ Bina ini anda boleh tonton melalui video ini
Apa yang best lagi tentang Iqra’ Bina ini adalah;
- Pen atau Qalam bersuaranya membuatkan pembelajaran jadi lebih menarik terutama jika digunakan untuk mengajar anak-anak
- Pen bersuara ini juga akan bersuara setiap kali anda menyentuh setiap bacaan di dalam 10 kitab Iqra Bina sama ada kalimah Al-Quran atau bacaan dalam bahasa Melayu
- Mempunyai fungsi rakaman suara di mana kita boleh merakam suara kita dan menyemak semula bacaan kita
- Tidak risau tentang bacaannya kerana Iqra’ Bina ini dibina dengan bacaan Al-Quran yang betul sekali dengan seni bacaan Al-Quran. Insha Allah
- Pengguna boleh membaca Iqra’ Bina ini di mana-mana
- Bacaan Al-Quran yang sememangnya merdu di dalam Iqra’ Bina ini adalah hasil bacaan Qari Malaysia yang diiktiraf di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa iaitu A.F Tuan Hj. Radzi Bin Kamarul Hailan – Johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa tahun 2000 dan 2004
- Harga berpatutan dan mempunyai jaminan selama setahun
Jangan risau, Iqra’ Bina ini terdiri daripda 3 peringkat. Peringkat pertama melibatkan pengenalan kepada huruf-huruf asas hijaiyyiah, peringkat kedua pula adalah tentang pengenalan hukum-hukum tajwid dengan ta’rif yang ringkas dan peringkat ketiga adalah mengenai pengenalan asas ilmu Tarannum secara Murattal dan Mujawwa.
So, semua peringkat boleh membacanya, insha Allah. 3 peringkat ini terdapat di dalam 10 buku atau 10 jilid yg terdapat di dalam 1 set pembelian Iqra’ Bina ini.
Boleh tengok testimoni daripada ibu apa tentang Iqra’ Bina ini apabila diberikan kepada anak-anak mereka
Iqra Bina ini bukan untuk ustaz-ustaz sahaja tau, abang-abang sado pun beli juga 🙂
Sangat sesuai juga untuk dihadiahkan kepada mak bapa kita kan? 🙂
Harga Iqra’ Bina yang best ini adalah RM290 1 set (10 buku dan 1 pen bersuara) , tetapi jika anda terus menghubungi pihak Iqra’ Bina ada harga dan pakej ISTIMEWA untuk anda :).
Untuk info dan maklumat lebih lanjut, anda bolehlah layari laman web mereka www.iqrabina.com atau media sosial Iqra’ Bina di;
Instagram : IQRABINA
Youtube : IQRA’ BINA
Facebook : IQRA’ BIN
Atau anda boleh terus menghubungi no telefon di bawah. Whatsapp boleh juga ya!
- 013- 251 9071
- 019 – 571 1985
Alamat Pejabat Iqra’ Bina adalah;
No. 12A dan 12A-1
Jalan Rampai Niaga 2
Rampai Business Park
53300, Kuala Lumpur
Oh, ya! Pihak Iqra’ Bina sedang mencari Agen atau stokis di seluruh Malaysia ya! Rasanya Sabah belum ada stokis ni lagi 🙂 . Sesiapa yang berminat boleh hubungi 013-251 9071 atau 019-571 1985
Selamat membaca dan belajar dengan Iqra’ Bina’
Psst.. Jangan lupa tuntut ilmu dengan guru yang betul selepas belajar baca Al-Quran dengan Iqra’ Bina untuk perbaiki lagi bacaan kita 🙂
banyak kaedah insyaALlah boleh berjaya
Raihanah Ahmad recently posted…Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H