KETAHUI SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT – HFMD UNTUK IBU BAPA BERTINDAK AWAL
Posted on

Salam dan hai semua. Akhir-akhir ini sangat mudah anak-anak terdedah dengan bermacam-macam jangkitan dan salah satunya adalah penyakit tangan, kaki dan mulut atau singkatannya HFMD
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah ppnyakit yang selalu menjangkit kanak-kanak bawah 10 tahun yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). Ia merebak dari individu ke individu yang berhubungan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Orang dewasa pun boleh dijangkiti tetap kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti
Penyakit ini juga selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah dari satu kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain.
Antara tanda-tanda dan gejala HFMD adalah;
- Demam
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3-7mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin. Vesikel lazimnya terjadi pada tapak tangan dan tumit kaki
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari. Tapi hal ini amat merisaukan ibu dan bapa kerana apabila ada ulser di dalam mulut, anak-anak tidak mahu makan kerana berasa sakit. Ini menyebabkan mereka kerap menangis.
Bawa anak segera ke klinik jika anda mendapati anak anda mengalami simptom-simptom di atas. Selain itu, galakkan anak selalu membasuh tangan dengan betul , minum air banyak, elak membawa mereka ke tempat yang sesak dan sentiasa menjaga kebersihan dari rumah
Ibu dan bapa juga boleh berikan mereka suplemen yang membantu meningkatkan imunisasi badan seperti Nutriferon, Chewable Vit C, Mealshakes untuk membantu kanak-kanak agar tidak terus lemah apabila kurang makan serta Performance Drink untuk mengelakkan dehidrasi
Aryn Fadz Lee l 016-587 9882
semua ibu-bapa kena mengambil langkah berjaga-jaga dengan Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)….jika mempunyai tanda-tanda penyakit ini terus rujuk kepada hospital yang berdekatan….lebih baik mencegah daripada mengubati….
asraff ruslan recently posted…MOSTI Cadang Wujud Bandar Angkasa Dalam Tempoh 5 Tahun