
Salam dan hai semua. Ada tinggal 9 hari lagi di bulan Ramadhan. Anda masih rasa lemah-lemah dan tidak bersemangat? Mungkin anda perlukan emosi dan idea booster 🙂
Di dalam entry lepas, saya ada menulis tentang cara mendapat idea untuk menulis entry terutama ketika otak jammed. Tidak dinafikan, kadang-kadang kita mengalami masalah otak jammed di mana kita tidak mempunyai sebarang idea untuk menulis atau melakukan sesuau kerja
Otak jammed disebabkan beberapa perkara antaranya;
1) Emosi yang tidak stabil
Adakalanya ketika otak jammed, emosi kita berada dalam keadaan yang tidak stabil. Ini menyebabkan kita tidak dapat mewujudkan emosi yang sihat dan gembira. Apabila menulis, mencari idea atau ingin melakukan sesuatu yang kreatif, kita perlu beremosi stabil agar kita lebih fokus dan bersemangat
Dalam situasi ini, adalah sangat sesuai kita mengambil suplemen yang mengandungi vitamin B. Ini kerana vitamin b membantu menghasilkan neurotransmeitter yang mana membantu mengurangkan stres, tekanan dan perasaan bimbang
Bila kita lebih tenang dan relax, Insha Allah idea akan datang mencurah-curah
2) Fikiran seakan blur dan kosong
Adakalanya fikiran dan otak kita seakan blur dan kosong. Ketika ini adalah sangat sesuai untuk mengambil Lecithin kerana Lecithin
membantu lebih banyak saraf neuro berhubung. Ini membantu dan menyokong komunikasi dan penghantaran maklumat antara sel-sel otak
Insha allah, otak kita akan lebih cerdas dan juga fokus
3) Kurang pergantungan kepada yang Maha Esa
Kadang-kadang kita seakan lupa bahawa idea dan bakat adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Berdoalah, mohonlah kepadaNya agar didatangkan idea yang mencurah-curah kepada kita dan dipermudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat. Aminnnn..
Niatkanlah seikhlasnya penulisan kita membantu ramai orang di luar sana. Pasti Allah berikan lebih banyak kemudahan kepada kita. Insha Allah.. 🙂
Aryn Fadz Lee l 016-587 9882
Leave a Reply