Salam 6 Ramdhan dan hai semua. Alhamdulillah, sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Mesti ramai ibu-ibu yang mencari resepi buka puasa yang mudah bukan? Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja di pejabat yag mungkin tidak punya banyak masa untuk memasak di rumah. Anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan semasa berbuka bersama keluarga. Anak-anak pun pasti suka
RESEPI AYAM GORENG CRISPY DAN SAMBAL KICAP
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Crispy
– 5 ketul kepak ayam
– 1 biji bawang putih ( ditumbuk)
– Kicap Manis Adabi ( Gambar kicap ni boleh tengok di bawah)
– 1 sudu sos tiram
– Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
– Serbuk lada putih
– Tepung gandum
– Serbuk kari
Cara membuatnya;
Gaulkan semua bahan di atas kecuali tepung gandum dan serbuk kari.
Kemudian, campur dan gaulkan tepung gandum dan serbuk kari. Letak tepung dahulu dan sedikit serbuk kari ya. Jangan serbuk kari terlebih pula 🙂
Kemudian ayam yang telah diperap tadi, digaul bersama dengan tepung yang kita campur dengan serbuk kari tadi
Kemudian, goreng ayam sehingga kekuning-kuningan. Siap!
Ok, seterusnya kita buat sambal kicap pula sebagai cicah Ayam Goreng Crispy kita pula
Cara-cara membuat Sambal Kicap Ayam Goreng Crispy
Bahan-bahannya adalah;
– Limau kasturi 2 biji
– Cili padi 2 biji
– Kicap Manis Adabi
– Bawang merah sebiji – dihiris
– Garam dan ajinomoto secukup rasa
Kemudian, tambah Kicap Manis Adabi dengan campuran kita tadi
Ok, siap. Sangat sesuai dihidangkan bersama Ayam Goreng Crispy kita tadi. Yummy!
Kalau mahu rasa pedas sikit boleh tambah cili tu ya :). Selamat mencuba!
Leave a Reply