Assalammualaikum dan hai semua.. Rabu lepas semasa terima email daripada socialmediaweek.com, terus hati berbunga-bunga. Bagai tidak percaya blog saya ini tercalon dalam Socialmediaweek.com untuk kategori Best Lifestyle Blog. Ingatkan siapa yang calonkan. Rupanya suami tersayang. Mahu bagi moral support katanya. Supaya saya semakin kuat semangat dalam berblogging. Alhamdulillah 🙂
Untuk makluman anda semua, Malaysia Social Media Week adalah minggu di mana sebuah persidangan diadakan bagi mengumpulkan bologer-blogger di seluruh Malaysia. Selain persidangan ini, aktiviti seperti workshop dan Malam Anugerah diadakan pada Malam Kemuncak Persidangan tersebut
Dan untuk malam anugerah itu nanti, blog-blog yang tercalon dan menang  di dalam kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Best Lifestyle Blog, Best News Blog, Best Foodie Blog dan banyak lagi akan diberi penganugerahan dan pengiktirafan sewajarnya. Anda boleh layari http://www.socialmediaweek.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara ini
Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati ingin memohon pembaca-pembaca setia blog saya dan sesiapa jua untuk mengundi blog ini yang tercalon di dalam kategori Best Lifestyle Blog. Cara-caranya adalah;
- Mula-mula, anda pergi ke address ini http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=5

Cara mengundi di dalam socialmediaweek.com
- Kemudian log in melalui akaun Facebok anda
- Seterusnya cari blog saya. www.keluargahebat.com dalam kategori Best Lifestyle blog. Anda akan lihat tanda berbentuk tangan yang berwarna hijau ( Thumbs up). Klik thumbs up itu.
 Jika thumbs up itu menjadi warna merah, ia bermaksud anda telah berjaya mengundi. Terima kasih! 🙂
Saya ucapkan ribuan, jutaan TERIMA KASIH buat semua yang telah mengundi dan menyokong website ini. Doa saya, moga Allah murahkan rezeki kalian. Doakan saya menang ya! Mana tahu ada rezeki lebih, boleh belanja makan-makan. Hehe..
Leave a Reply