
Salam dan hai semua. Agak lama juga saya, adik-beradik Shaklee saya Nieda dan Mama Shaklee saya Hazelina Alim merancang hendak ke Kota Belud. Tapi tarikh-tarikh yang dipilih agak tidak sesuai. Alhamdulillah, akhirnya pada 4 April iaitu Ahad lepas kami berjaya merealisasikannya
Sebelum ini, kami mengadakan Kelas Meletup pertama di Beaufort Sabah. Memang seronok buat kelas ni. Seronok jumpa ahli keluarga Shaklee ni. Selalu kenal di whatsapp atau Facebook ja. Kali ni jumpa face to face π
Di dalam kelas ini, saya berkongsi apakah yang harus dilakukan setelah mendaftar menjadi ahli Shaklee dan juga cara untuk mendapatkan maklumat tentang produk hebat ini. Manakala, Nieda pula berkongsi mengenai perkara-perkara asas seperti mengira bonus dan uv serta aplikasi shaklee2u.com.my
Ribuan terima kasih juga ditujukan buat kak Jannah, sebab tolong carikan tempat dan panggil ramai orang untuk hadir. Perkongsian Kak Jannah memang best. Beliau kongsikan bagaimana asma beliau yang kronik semakin kurang setelah mengamalkan Omegaguard

First time Kak Jannah bagi ceramah depan orang berkaitan Shaklee :). Tahniah kak. Kami masa ni jadi Cameraman. Hehe..
Terima kasih pada semua yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama kami
Seterusnya, gambar yang paling cantik dan best. Buat pertama kalinya, kami bergambar dengan penyokong kuat kami.Β Dengan sokongan merekalah, majlis ilmu kami ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih Babah sebab tolong hantar ke Kota Belud dan jaga anka-anak ketika Ummi berkongsi ilmu tadi

Gambar paling best. First time kami bergambar begini. Masng-masing berdiri dengan penyokong kuat a.k.a suami masing-masing
Sehingga bertemu lagi. InshaAllah, Kelas Meletup 3.0 akan diadakan di Keningau Ahad ini. Jomlah datang π Buat orang-orang Labuan dan Sandakan, tempat anda antara destinasi kami seterusnya π
Assalam..alhamdulillah tahniah aryn kerana berjaya menjelajah ke kb!
azline ishak recently posted…Abaikan Bahasa Tubuh