RESEPI MUDAH SAMBAL BELACAN TOMATO
Posted on
Semalam tengah-tengah masak kari ayam, teringin pula nak masak sayur. Tapi kemalasan menjelma. Terus teringat tomato masa tu. Ada projek senang dan mudah tapi sedap mahu dilakukan.. Hehe..
Oleh kerana kemalasan yang teramat sangat, terhasillah Sambal Belacan Tomato ini. Bahan-bahannya terdiri daripada bahan-bahan yang memang terdapat di dapur kita
Bahan-bahan Sambal Belacan Tomato
– Tomato 1 atau 2 biji. Kalau nak ratah tomato banyak-banyak, boleh letak lebih daripada 1 biji. Belah-belahkan tomato tu
– Belacan Setengah sudu
– Jus limau kasturi
– Lada / Cili padi
– Bawang merah 1 biji. Dihiris nipis
– Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Ambil semua bahan tadi dan letakkan dalam mangkuk. Selepas itu, gaul sehingga rata. Tambahkan apa yan anda rasa kurang. SIAP!
Muka tidak cantik sangat bila dah siap. Tapi rasa dia MasyaAllah. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik! Pergghhhhh!!!
Selamat menjamu selera 🙂
Ha resipi baru, mesti cuba nie
Malaysia Tercinta recently posted…Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2015