PRAY FOR PANTAI TIMUR
Posted on

Ya Allah.. hibanya hati melihat anak-anak kecil, warga emas, ibu-ibu dan orang ramai yang berdepan dengan banjir sekarang ini. Banyak tempat sudah bah sehinggakan pusat-pusat pemindahan sendiri pun terputus hubungan dengan dunia luar.
Mengikut berita dari Astro Awani, Kemaman Terengganu setakat ini dikatakan kawasan yang paling teruk dialami banjir sehinggakan rumah penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air dan hanya bumbung rumah kelihatan. Itu belum lagi di negeri Kelantan Dan Perak. Kita doakan yang terbaik untuk mereka
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ketika berdepan dengan banjir adalah;
1) Pergi ke tempat tinggi dan selamat
2) Elak melalui kawasan banjir. Dikhuatiri arus deras boleh menghanyutkan anda
3) Elakkan bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan ataupun berjalan kaki
4) Elakkan menyentuh kabel atau wayar yang jatuh
5) Awasi dan perhatikan anak-anak anda. Jangan biarkan mereka bermain di longkang sungai atau lombong
6) Jangan minum air banjir
Anda juga boleh dapati langkah-lankah yang boleh kita ambil sebelum,. semasa dan selepas banjir di blog denaihati.com ini. Terima kasih atas perkongsian Tuan Denaihati
Moga bah ini makin mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta. Ujian yang diberikanNya tanda Dia menyayangi dan mengingati kita. Jom, kita panjatkan doa buat mereka. Moga mereka selamat dan dipermudahkan urusan menyelamat dan bantuan. Aminnn..
InshaAllah, pembelian anda dengan saya bulan ini akan saya salurkan sedikit buat mangsa-mangsa banjir ini. Moga kita sama-sama dapat membantu mereka
InshaAllah, pembelian anda dengan saya bulan ini akan saya salurkan sedikit buat mangsa-mangsa banjir ini. Moga kita sama-sama dapat membantu mereka
Leave a Reply