
Ahad lepas kami sekeluarga menghadiri Master Celebration Master Aya Chalo dan Shamsul di Pan Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Selain berjumpa dengan keluarga Shaklee saya, kami juga masing-masing bercerita tentang perubahan yang dirasai setelah mengamalkan Shaklee.
Paling buat saya kembang hati bila sahabat tegur muka saya yang lebih halus dan glowing.. Hihi.. Saya sendiri akuinya sebab saya sendiri perasan setelah beberapa kali mengambil Vivix, tekstur kulit saya lebih lembab, cantik dan sihat. Saya juga dapat lihat yang liang roma kulit muka saya mengecil dan badan lebih bertenaga.
![]() |
Bersama adik-beradik Shakleeku, Kak Line. Masa ni kami berwefie di Shaklee Branch Kota Kinabalu minggu lpeas |
![]() |
Gambar di Master Celebration Master Aya |
Bagaimana Vivix membantu mencantikkan muka?
Vivix ni adalah suplemen Shaklee yang mempunyai fitonutrien proprietari dan resveratol yang mana gabungan kedua-dua komponen ini membantu melambatkan mekanisma utama penuaan selular. Atau dalam bahasa mudah, buat kita nampak awet muda dan leih muda dari usia sebenar.
Ramuan-ramuan Vivix iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum merupakan ejen-ejen yang mengaktifkan pengawalan utama genetik. Pengawalan utama genetik inilah yang mengawal kemerosotan yang terjadi di dalam badan. Ramuan-ramuan semulajadi Vivix ini juga membantu menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Mitochondria ini adalah penjana tenaga di dalam sel yang bertugas menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila usia meningkat, kecekapan Mithichondria ini akan menurun dan ini juga menyebabkan fungsi sel menurun.
Ia akan membuatkan kita cepat berasa letih dan penat. Akan tetapi bila kita mengamalkan Vivix, badan kita akan rasa lebih bertenaga. Bila badan bertenaga, kita tidak mudah stres dan jatuh sakit. Jadi, kita lebih gembira, cantik dan bahagia 🙂
![]() |
Vivix yang buatku tersenyum 🙂 |
Selain itu juga, saya juga amalkan ESP, SR Vit C, B Coplex dan Vita-E Complex bagi membantu mengurangkan parut-parut jerawat dan mengecilkan liang roma muka.
Dulu, masa sekolah menengah saya pernah dilanda masalah jerawat yang teruk setelah menghadiri 1 perkhemahan. Ketika itu, dek tidak tahan melihat jerawat di muka saya yang sangat-sangat ‘berisi’, mummy saya memicit jerawat tersebut satu persatu. Ini menyebabkan liang roma kulit muka saya menjadi besar dan ia kekal sehingga saya dewasa.
![]() |
SET PUDAR JERAWAT |
Akan tetapi sejak saya amalkan keempat-empat suplemen ini bermula tahun lalu secara konsisten, nampak kulit muka saya berubah secara perlahan-lahan. Sebelum itu, kulit saya kusam dan nampak tidak bermaya. Tetapi kini semua orang menegur saya semakin gorgeous walaupun baru bersalin anak ke-3! 🙂
Ok.. Bagaimana Set Pudar Jerawat ini membantu saya?
1) ESP
Soya memang terbukti mampu membantu mencantikkan kulit. Selain itu, soya yang berwarna putih ini juga dikatakan mampu membuat kulit lebih putih. Dan saya sangat-sangat setuju dengan itu. Ia ternyata berkesan dengan saya!
2) SR VITA-C
Ingatkah anda pada tahun lepas yang kecoh di media sosial tentang Vitamin Cyang dikatakan mampu membuat kulit wajah berseri-seri dan cantik. Vitamin C adalah vitamin yang membantu membentuk kolagen kulit. Pengambilannya secara konsisten mampu membantu kulit lebih bertenaga dan sihat. Juga mengecilkan liang roma muka
Vita- E adalah suplemen yang mampu mengurangkan parut-parut jerawat. Vita- E Shaklee dengan grape seed ini juga dikatakan mampu membantu mengurangkan masalah jerawat di muka
4) B Complex
Rata-rata wanita yang bertudung mengalami masalah tona kulit tidak sekata. Ini kerana kawasan muka yang diliputi dengan tudung tidak terdedah kepada matahari. B-Complex Shaklee ini mampu menyelesaikan masalah ini jika diambil secara konsisten.
Cubalah jika anda ingin kan kulit yang cantik tanpa sebarang suntikan atau bahan kimia yang menakutkan. Tapi kena ingat ya. Kena komsisten untuk dapatkan hasil terbaik. Saya sendiri mengamalkan sejak setahun lepas. Jadi tidak hairanlah kulit jadi cantik mulus kan 🙂
![]() |
Hubungi saya terus jika anda berminat! |
Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Fb : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : arynfadzlee@gmail.com
Leave a Reply