
Tahukah anda tahap kesuburan pasangan suami isteri antara faktor penting merangsang peluang untuk menimang cahaya mata. Jika anda masih belum dikurniakan anak, berikut adalah beberapa cara untuk tingkatkan kesuburan suami isteri;
1. Kurangkan berat badan
Anda mahupun suami yang mungkin mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dengan serius.
2. Rajin bersenam
Tingkatkan kekerapan bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mudah seperti joging, berenang dan seumpama dengannya.
3. Hadkan pengambilan kafein
Produk makanan dan minuman yang mengandungi kafein perlu dikurangkan. Hal ini kerana kafein yang banyak di dalam darah akan mengurangkan penghasilan hormon kesuburan.
4. Ambil makanan yang kaya dengan mineral
Makan lebih banyak tiram, ikan sardin, udang. Pengambilan ayam dan daging yang tidak berlemak, keju, telur, beras perang elok diamalkan bagi meningkatkan penghasilan sperma.
5. Elakkan makanan berproses
Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral. Sebaliknya ia mempunyai lebih tinggi kalori yang boleh mengganggu tahap kesuburan diri.
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan konsultasi berkaitan produk Shaklee.
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB: Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Leave a Reply