Tag Archive | Vitamin c Shaklee

DAPATKAN KULIT LEBIH MENAWAN AIDILFITRI INI

Salam dan hai.. Alhamdulillah, kita berada di dalam 10 terakhir Ramadhan. Antara waktu-waktu yang ditunggu kerana kita mencari Malam Lailatul Qadar. Mari banyakkan berdoa dan beribadah padaNya

InshaAllah, minggu ini kita akan merayakan Aidilfitri. Pelbagai persiapan giat disediakan agar Aidilfitri lebih meriah dan gembira. Dan sempat lagi jika anda beli suplemen yang sesuai untuk kulit lagi berseri Aidilfitri ini. Saya pasti anda pasti mahu kelihatan lebih berseri 🙂

Antara suplemen yang sesuai anda ambil adalah;

1 .  ESP

ESP adalah minuman protein Non-GMO yang penting untuk kulit. Ini kerana protein lah yang membantu agar sel kulit jadi lebih sihat. Apabila sel kuit jadi lebih sihat, kulit akan nampak lebih lembut dan menawan

ESP shaklee, shaklee sabah

2 . Vitamin C

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen kulit. Seawal usia 25 tahun, kolagen kulit mula berkurang dan anda boleh lihat melalui kemunculan kedut-kedut kecil di sekitar mata dan muka. Pengambilan Vitamin C akan membantu kulit lebih anjal dan lebih cantik

shaklee sabah, shaklee kota kinabalu

 

3 . B Complex

Antara punca kulit mudah kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar apabila kita kerap stres. Pengambilan B Complex boleh membantu untuk kita tidak mudah stres dan penat. Bila kita tidak mudah stres, kulit juga tidak mudah mengalami masalah

b complex shaklee, shaklee sabaha, shaklee kk

4 . Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk badan kita. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan radikal bebas yang membuatkan kulit nampak kusam, malah vitamin E boleh membantu mengurangkan kesan atau bekas serta parut jerawat yang susah untuk hilang di permukaan kulit kita

vitamin e shaklee, shaklee sabah, pengedar shaklee sabah

Jika mahu kesan lebih cepat, saya cadangkan anda ambil Collagen Powder Shaklee kerap untuk tingkatkan kolagen kulit dan kulit nampak lagi anjal 🙂

Selain tu,  jangan lupa amalkan pemakanan sihat, kurangkan minuman manis dan berkafein, kurangkan makanan berminyak dan tambahlah manis dalam senyuman

Selamat bertemu Lailatul Qadar dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

KULIT CANTIK, BADAN CERGAS DAN STRES TIADA DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Salam dan hai semua.. Teringat 3 tahun lepas bila saya mula berblogging, antara produk shaklee yang menjadi kegemaran saya ketika itu adalah Set Kecantikan Shaklee yang terdiri daripda ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E yang saya ambil setiap hari.

Masa tu saya sangat teruja melihat perubahan pada kulit wajah sendiri setelah sebulan mengamalkan set ini dan berkongsi dengan pembaca blog ini tentang perbezaan yang saya rasai.

Saya bermula sebenarnya dengan mengambil minuman protein Shaklee iaitu ESP sebagai membantu meningkatkan pengeluaran air susu ibu. Setelah teruja dengan peningkatan jumlah air susu ibu saya, saya mula tertarik untuk mencuba pula Vitamin E yang dikatakan mampu membuat muka flawless. Dan dalam masa yang sama saya ambil juga B Complex dan Vitamin C Shaklee. Saya tulis tentang perubahan yang saya rasai itu di link ini

Gambar no filter masa Aidilfitri lepas :)

Gambar no filter masa Aidilfitri lepas 🙂

Tahukah anda selain daripada rasa kulit kembali Marvellous, banyak perbezaan yang saya rasai setelah ambil set ini? Antaranya saya rasakan badan tidak lagi cepat lemah atau penat. Perkara yang selalu terjadi pada ibu yang menyusukan anak.

Kalau selalu lepas anak menyusu, saya cepat rasa lapar atau terus tertidur sebab penat. Tapi saya selalunya akan ambil ESP sebelum bayi menyusu dan ini membantu saya tidak mudah lapar dan letih dan dapat buat kerja rumah yang lain pula

Saya juga suka ambil B Complex kerana selalunya saya mudah stres lebih-lebih lagi anak dah 4 orang ni. Saya selalunya akan ambil B Complex selepas sarapan agar otak terus cergas dan mood terus bagus di awal pagi.. Hihi..

Vitamin C pula saya mesti ambil setiap hari. Since saya memang ada masalah resdung, saya kena pastikan pertahanan badan saya kuat agar resdung tidak datang. Selalunya kalau resdung saya datang, memang saya rasa sangat-sangat tidak selesa kerana saya akan bersin sepanjang hari dan hingus meleleh tanpa berhenti. Rasa tidak best sungguh!

Vitamin E pula sangat membantu bekas-bekas jerawat makin pudar dan kulit muka makin glowing.. Sangat penting untuk ibu anak 4 yang sudah berusia 30-an untuk menjaga kulit muka,kan? Hihi..

Sebenarnya, semua vitamin dalam set kecantikan ini membantu sel dalam badan jadi lebih sihat. Setiap 120 hari sel badan akan renew dan ia akan duplicate ciri-ciri yang ada di sel lama. Apabila sel lama rosak, maka ia akan duplicate yang rosak itu.

Tapi apabila kita ambil suplemen, perlahan-lahan sel lama akan diperbaiki dan sel baru akan duplicate sel lama yang diperbaiki itu. Dan organ yang paling cepat memperlihatkan kerja pembaikan sel itu berjalan dari dalam badan adalah kulit. Sebab tu paling senang nampak adalah perbezaan dari kulit.

Bukan kulit sahaja yang dapat manfaat bila kita ambil suplemen akan tetapi seluruh badan. So, bagi sesiapa yang mengamalkan produk Shaklee, terus konsisten ya. Bila tidak konsisten, badan kita akan kembali kekurangan nutrisi.

WIth love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

KERAP KENA ULSER? ANDA PATUT AMBIL VITAMIN C SEMULAJADI INI

Salam dan hai semua… Minggu lepas saya ada menulis tentang cara kurangkan ulser mulut agar tidak mengganggu tugas seharian. Ulser ni kecil ja dalam mulut tu tapi kalau dah terkena memang rasa sakit ja dan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi masa berus gigi, kan? Hehe..

So, hari ni saya mau share vitamin yang sesuai anda ambil untuk percepatkan ulser ni sembuh. Dengan izin Allah juga ya. Ini berdasarkan testimoni pengguna-pengguna produk semulajadi ini sendiri. Jom tengok di bawah

testimoni ulser

Pengguna ni kerap kena ulser

 

testimoni ulser

Mengikut kajian, antara penyebab ulser kerap dan mudah berada di dalam mulut adalah kerana lemahnya sistem pertahanan badan. Dengan meningkatkan jumlah pengambilan Vitamin C seharian, ia membantu memperkuatkan sistem pertahanan dan antibodi badan. Ini sangat-sangat membantu percepatkan proses penyembuhan ulser itu sendiri

Selain itu, anda juga digalakkan mengambil makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B bagi membantu badan jadi lebih kuat. Dan yang paling penting adalah banyakkan minum air untuk elakkan badan dehidrasi atau panas, yang juga merupakan antara punca ulser terjadi atau lambat sembuh

Selain itu, pengambilan Vitamin C semulajadi ini juga membantu luka cepat baik, lebam-lebam cepat berkurang atau bekas pembedahan atau luka selepas bersalin cepat sembuh. Vitamin C juga membantu kulit semakin sihat dan segar yang membuatkan pengamal vitamin C akan keihatan lebih menawan dan kulit lebih glowing. Jangan tak percaya 🙂

Saya juga sangat-sangat cadangkan jika anda rasa mau demam, selsema atau gata-gatal hidung/badan kerana alergik, ambil Vit C dua biji untuk elakkan demam , selsema atau gatal-gatal makin menjadi. Mau tahu lagi pasal Vitamin C, klik di sini ya 🙂

Vitamin untuk gusi bengkak dan kulit cantik juga :)

Vitamin untuk gusi bengkak dan kulit cantik juga 🙂

Oh ya, bulan ni promsi Vitamin C ini ya. So, ada HARGA ISTIMEWA menanti pelanggan saya dari blog ini. Jadi terus ja hubungi saya di talian 016-587 9882 ya! 🙂

With Love;

Aryn Fadz Lee

Share

VITAMIN CANTIK PROMOSI NOVEMBER

Salam dan hai semua. Welcome to Nevember u olls!!! Tinggal 2 bulan lagi saya bercuti tanpa gaji dan menjaga anak di rumah. Cepatnya masa berlalu, tidak sedar sudah setahun lebih saya menjadi Fulltime Housewife di samping menjalankan bisnes Online dari rumah dan dalam masa yang sama menjaga anak-anak

So, bulan ni Shaklee promosikan produk idaman ramai para wanita. Apa lagi kalau bukan VITA C Sustained Released 500 mg yang terkenal sebagai vitamin cantik ini

vitamin c shaklee

Wow! Saya pun suka vitamin C Shaklee ni. Antara yang best pasal vitamin ini adalah ia banyak tolong kurangkan masalah alergik dan resdung saya. Kalau dulu hampir setiap hari saya akan bersin berpanjangan dan tanpa berhenti. Hidung pun jadi merah dan kembang sebab balik-balik gosok. Tapi, Alhamdulilah.. Sejak konsisten dengan Vitamin ini, masalah resdung dan alergik saya semakin berkurangan. Kecualilah kalau saya makan banyak makanan yang saya alergik seperti udang, memang keluarlah dia berpesta. Hehe..

Selain tu, apa yang best tentang suplemen ini adalah;

  1. Bantu kulti semakin sihat dan lembut kerana ia merangsang pembentukan kolagen
  2. Bantu kurangkan jerawat
  3. Bantu tingkatkan imunisasi badan
  4. Bantu lambatkan penuaan keran viatmin C Shaklee adalah vitamin antioksida terbaik
  5. Bantu perbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam di kulit, kulit kering dan kulit kasar
  6. Bantu kekalkan kolestrol sihat
  7. Bantu perbaiki insomnia
testimoni vitamin c shaklee

Gusi dah tak berdarah sejak konsisten dengan Vitamin C

 

vit c kurangkan sakit tekak

Demam atau sakit tekak tidak jadi bila ambil vitamin C sebagai langkah pencegahan

 

vit c kurangkan ulser

Konsisten dengan vitamin C buat ulser tidak teruk seperti dulu

Ada yang cakap, tidak payah lah ambil vitamin C ni. Saya makan buah banyak-banyak ja setiap hari.

Well, untuk info semua, setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum akan menghasilkan kandungan vitamin c yang sedikit. Manakala, apabila buah dipetik kandungan vitamin c pada buah akan separuh berkurangan dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan

Jadi? Cukupkah dengan mengambil beberapa biji buah sehari sedangkan sebiji pun belum tentu kandungan vitamin C nya lengkap?? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Hehe..

Jika inginkan harga istimewa Vitamin C untuk bulan ini, hubungi saya cepat-cepat tau! Dan saya akan berikan SESUATU YANG ISTIMEWA untuk pelanggan dari blog saya ini 🙂

Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share