Tag Archive | vit c shaklee

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL SUPAYA KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG KEHAMILAN

Salam dan hai semua. Alhamdulillah. Kandungan saya sudah masuk 35 minggu. Syukur juga selera makan semakin baik dan mual-mula berkurangan

Sepanjang kehamilan kali ini, walaupun mengalami alahan yang agak teruk juga, bacaan HB saya  kekal dan konsisten pada angka 11. Saya juga konsisten dengan vitamin -vitamin Shaklee yang sesuai diambil oleh ibu mengandung bagi membantu saya untuk cergas menguruskan anak-anak dan HB tidak turun mendadak

Antara vitamin dan suplemen yang saya amalkan adalah:

1 . Vita Lea

Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral yang mempunyai iron tablet. Iron inilah yang membantu HB ibu tidak turun naik dan manakala 28 jenis multivitamin dan multimineral yang ada dalam 1 biji Vita Lea ini mampu menolong menambah nutrisi yang kurang dalam badan akibat pengambilan pola makanan yang tidak seimbang.

Semasa hamil adalah amat penting untuk kita pastikan kita mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untk pastikan bayi di dalam kandungan menerima sumber zat makanan yang berkhasiat dan bernutrisi

2 . B Complex

B Complex Shaklee ini mengandung 8 jenis vitamin B yang penting dalam badan dan salah satunya adalah folik asid. Folik asid sangat penting kerana ia membantu mengurangkan masalah Spina Bifida yang sering berlaku pada bayi yang kurang folik asid. Dan folik asid juga mudah hilang dari dalam badan sekiranya kita stres dan tidak mengambil makanan seimbang

B Complex ini juga membantu agar kita tidak mudah stres, tidak mudah letih dan mengurangkan masalah sakit kepala

3 . Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk kuatkan pertahanan badan terutama buat saya yang ada masalah alergik. Vit C membantu saya agar tidak mudah diserang alergik dan ia sangat sesuai diambil bersama Vita Lea agar penyerapan Vita Lea jadi lebih baik

SET IBU HAMIL DAN MENGANDUNG SHAKLEE

Suplemen ini banyak membantu saya sejak mengandung anak ke-2 kami

4 . Ostematrix

My favourite and a must! Ostematrix banyak membantu saya dalam mengatasi masalah gigi yang kerap berdarah. Memandangkan saya ibu yang menyusukan anak sejak 7 tahun yang lepas, gigi berdarah antara masalah utama saya sejak melahirkan anak ke 3.

Maslaah gigi berdarah terjadi kerana kurangnya kalsium dalam badan dan kalsium adalah antara mineral yang banyak diserap oleh bayi dalam kandungan dan semasa menyusukan kerana kalsium membantu pembentukan tulang bayi

4 biji Ostematrix adalah memenuhi keperluan kalsium seharian kita. Pengambilan Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sakit belakang, sakit pinggang, kebas kaki dan melawaskan pembuangan

5 . ESP

ESP adalah minuman protein yang membantu untuk cukupkan protein dalam badan ibu hamil kerana protein sangat pentng bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. ESP juga mampu mengurangkan rasa lapar, memberi tenaga dan mengurangkan masalah gastrik

Alhamdulillah.. Saya sudah amalkan suplemen dan vitamin ini sejak mengandung anak ke-2 dan ia sangat-sangat membantu saya ketika mengandung

Jika anda berminat dengan Set Ibu hamil atau mengandung ini, boleh terus hubungi saya di talian 016-587 9882. Tq 🙂

Share