Tag Archive | tips kurangkan sakit tekak

3 CARA KURANGKAN SAKIT TEKAK DAN BATUK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DI RUMAH

Salam dan hai semua. Mudah sungguh kita mendapat sakit tekak sekarang ini dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu ini. Sakit tekak mungkin penunjuk kepada jangkitan selsema atau batuk atau badan anda kekurangan air.

Sakit tekak menyebabkan tekak berasa tidak selesa dan susah untuk menelan makan

Sakit tekak menyebabkan tekak berasa tidak selesa dan susah untuk menelan makan

Hari ini saya kongsikan 3 cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk dengan hanya menggunakan bahan-bahan di rumah anda

3 CARA DAN TIPS KURANGKAN SAKIT TEKAK DAN BATUK

1) Minum banyak air

Badan yang kurang air menyebabkan tekak menjadi kering. Minum air lebih banyak dan kerap agar ia menjadi pelincir dan mengurangkan rasa gatal dan bengkak

Pengambilan air yang secukupnya boleh dilihat melalui air kencing yang berwarna kuning muda atau bersih. Ia juga membantu melembabkan tekak dan melawan jangkitan bakteria atau sebarang alergik

2) Berkumur dengan air garam

Beberapa kajian menunjukkan bahawa berkumur-kumur dengan air garam boleh mengurangkan bengkak di tekak, mengurangkan kahak dan mengurangkan bakteria serta gatal-gatal di tekak

Doktor mencadangkan anda mencairkan setengah sudu garam dengan 1 cawan air. Jika anda rasakan terlalu masin, tambahkan sedikit madu untukmengurangkan masin

Jangan lupa buang air garam tersebut selepas berkumur ya. Jangan pula ditelan 🙂

3) Sup Ayam

Sup ayam dikatakan salah satu rawatan bagi mengurangkan selsema yang mana dalam masa yang sama ia membantu melegakan sakit tekak. Ia juga dikatakan salah satu hidangan anti radang

Dengan tekak yang sakit memang agak susah untuk menelan. Memakan sup ayam bukan sahaja memudahkan anda untuk menelan, bahkan makanan cecair ini membantu anda mendapatkan nutrisi secukupnya agar badan anda kuat untuk melawan sebarang jangkitan

Anda juga boleh mengambil suplemen minyak ikan bagi membantu mengeluarkan kahak dan peningkat imunisasi badan agar badan lebih kuat melawan sebarang jangkitan

Sumber;

www.health.com

www.keluargabaru.com

Share