Tag Archive | punca susu ibu kurang

BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini dilanda kesibukan yang amat di pejabat hinggakan saya ‘terlari’ daripada jadual mengepam harian dan menyebabkan jumlah susu ibu yang diperah pun berkurangan. Ia terjadi apabila berlakunya pengurangan dalam Demand dan akhirnya Supply pun kurang dan ditambah dengan faktor badan dan otak yang letih menjadikan thing getting worse

Hal ini menyebabkan stok EBM (Expreessed Breatmilk) saya semakin berkurang hinggakan stok yang ada adalah stok yang baru saya perah sehari sebelum itu.

Benda ini sangat menakutkan bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu kerana stok susu ibu perlu ada di rumah untuk pastikan bayi mempunyai stok susu ibu yag mencukupi semasa ibu bekerja

Risau dengan keadaan ini, saya segera mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan demand susu ibu saya. Ia adalah;

1 . Ambil masa untuk mengepam di rumah

Benda ini sangat jarang saya lakukan kerana kebanyakan masa saya tidak sempat untuk lakukannya kerana anak-anak suka mengempeng. Tapi saya paksa juga diri untuk melakukannya dengan mengepam semasa anak-anak bermain dan ada sedikit masa untuk mengepam

2.  Ikut semula jadual mengepam susu

Saya ikut semula jadual mengepam yang saya sediakan di pejabat dan cuba untuk tidak skip jadual ini

3. Berfikiran positif

Memang agak stres bila lihat stok susu ibu semakin berkurang tapi stressla antara penyebab utama susu ibu semakin kurang. Saya pastikan diri saya tidak terlalu stres dan cuba untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti melukis dan mengaji

Terus release stress bila tengok muka budak kecik ni 🙂

4. Ambil Milk Booster

Saya sangat serasi sebenarnya dengan minuman protein Shaklee. Cumanya kadang-kadang saya tidak punya masa untuk membancuh minuman protein ini terutama di rumah. So, saya pastikan saya ambil 2 sudu ESP Shaklee pada waktu pagi agar ia boleh membantu saya dalam hal ini

5. Doa

Pada ketika ini memang saya rasa down tapi saya pasti saya boleh lakukannya. Saya meminta dengan Allah untuk permudahkan saya dalam perjuangan ini dan mengadu hanya padaNya

shaklee kk,shaklee sabah

Alhamdulillah.. Senang hati bila tengok macam ni 🙂

Alhamdulillah.. Dalam masa 3 hari nampak peningkatan yang ketara dalam jumlah susu ibu yang dipam. Saya bersyukur sangat-sangat dan kini perlahan-lahan stok di peti sejuk mula bertambah. Terima kasih Allah 🙂

Pada ibu-ibu yang mengepam sewaktu bekerja, jangan pernah putus asa dan yakin pada diri sendiri. Paling penting jangan skip jadual mengepam..hihi..

Mahu order ESP Shaklee? Klik di sini ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l  016-5879882

Share

KENAPA SUSU IBU KURANG SEMASA BERPANTANG

Salam dan hai semua. Sibuk betul 2-3 hari ini. Still adapting dengan orang baru dalam rumah ni. Jadual tidur pun masih belum teratur. Mana lagi perlu menjaga 3 orang anak kecil kami.

Hari ini masuk hari ke 29 saya berpantang. Berpantang sendiri sambil menjaga anak-anak bukannya mudah. Apatah lagi anak ke-3 saya masih menyusu badan. Dan sekarang Tandem Nursing atau berkongsi susu dengan adiknya

Walaupun agak penat seharian mengurus anak-anak sambil berpantang, Alhamdulillah, susu ibu saya sentiasa banyak untuk anak-anak. Sepatutnya ketika berpantang, susu ibu akan meriah kerana bayi sangat kuat menyusu. Tapi kenapa masih ada ibu berpantang yang mengalami masalah susu ibu kurang? Saya kongsikan sedikit sebab-sebabnya ya

punca-susu-ibu-kurang-semsa-berpantang

1 . Kurangnya Supply and Demand

Ini konsep paling penting dalam penyusuan susu ibu. Selalunya ibu yang kurang pengalaman dalam penyusuan susu ibu merasakan susu ibu mereka kurang hingga mereka top up dengan susu formula. Bila bayi diberikan susu formula, bayi akan kurang menyusu dengan ibu. So, akan berlakulah kekurangan Demand dari si bayi. Bila Demand kurang, Supply akan kurang.

The best way is untuk beri bayi anda susu ibu sahaja. Kerapkan menyusui bayi dan offer pada mereka bila-bila masa. Insha Allah bayi akan makin kerap menyusu. Bila bayi kerap menyusu, susu akan semakin banyak

2 . Berfikiran positif dan jangan stres

Yakin dengan diri anda yang susu ibu anda banyak. Tabahkan hati dengan apa yang orang lain perkatakan. Bila kita yakin susu kita banyak, susu kita akan jadi lebih banyak. Trust yourself and don’t stres out, ok 🙂

3 . Minum banyak air

70% kandungan susu ibu adalah air dan air itu datangnya dari badan si ibu. Sebab tu ibu menyusu mudah untuk sembelit jika kurang air di dalam badan. Ambil air yang banyak melebihi 3 liter sehari. Biar minum sedikit tetapi kerap. Saya pasti anda akan berasa cepat haus

4 . Makan makanan berkhasiat

Badan perlukan makanan berkhasiat agar badan sentiasa bertenaga dan mampu hasilkan susu ibu.  Kurangkan makanan segera ya. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

5 . Gali ilmu

Penting untuk anda mencari ilmu tentang Penyusuan susu ibu atau Breastfeeding ini sebelum anda bersalin. Cara banyakkan susu, pelekapan yang betul dan banyak lagi ilmu tentang Breastfeeding ini perlu anda tahu. Anda boleh rujuk kepada hospital terdekat, kawan-kawan yang ada pengalaman atau Google! 🙂

6 . Buat sesuatu yang anda suka

Antara benda penting dalam penyusuan susu ibu adalah untuk pastikan anda gembira, tidak stres out serta untuk elakkan meroyan. Buat sesuatu yang anda suka, contoh makan makanan kegemaran anda, menjahit atau seperti saya, blogging atau melihat resepi-resepi yang best atau drama best seperti Patahnya Sebelah Sayap yang tengah trending tu..Hihi..

Ok ibu-ibu berpantang sekalian, anda semua adalah ibu-ibu yang hebat. Pasti susu ibu anda banyak dan anak anda kenyang dan membesar dengan susu ibu anda. Be confident k 🙂

P/s: Boleh ambil Set Penyusuan Shaklee untuk membantu badan anda tidak mudah letih, tidak mudah stres dan susu ibu makin meriah seperti saya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

7 PUNCA KENAPA SUSU IBU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua. Maaf, agak sibuk minggu lepas. Sampai update 1 entry ja dalam semiggu. Minggu ni, Insha Allah, I’m back. Hehe..

Baru dapat whatsapp dari seorang ibu yang baru melahirkan. Anak sudah berusia 3 minggu tapi susu ibu makin kurang. Kalau diikutkan susu ibu semakin banyak pada ketika ini kerana bayi makin kerap menyusu lebih-lebih lagi kuning bayi sudah tiada. Tapi kenapa susu ibu boleh kurang?

punca susu ibu kurang

Ada beberapa faktor yang memungkinkan kurangnya susu badan. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri  yang telah mengamalkan penyusuan susu ibu selama hampir 5 tahun dan tandem nursing selama 3 tahun serta melalui  pembacaan dan ilmu-ilmu Breastfeeding daripada ramai Pro Breastfeeding. Antara penyebab susu ibu kurang adalah;

1 . Stress

Stres sangat-sangat mempengaruhi emosi ibu yang menyusukan anak. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya

Kerana itu sangat penting  untuk ibu kurangkan stres. Iyalah, memang tidak mudah untuk tidak stres lebih-lebih jika kita mengalami masalah seperti kuning bayi tinggi, anak ramai yang perlu diuruskan pada masa yang sama dan sebagainya. Akan tetapi, ambillah sedikit masa untuk anda menikmati saat-saat anda bersama bayi yang baru lahir ini. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan anda berdua malah membuatkan anda dan bayi lebih gembira. Nikmati saat ini kerana saat ini akan berlalu dengan begitu cepat dan tidak akan berulang lagi

2 . Faktor pemakanan

Ibu yang menyusui anak perlukan makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat, serta lebih gembira selepas penat menjaga bayi. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, banyak gula, banyak garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

3 . Kekerapan bayi menyusu

Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dahulu

4 .Bayi tidak menyusu dengan efektif

Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan  efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu

5 . Kurangnya demand dan supply

Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Adakalanya bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang

6 . Pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu perlu dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan

7 . Kurangnya minum air

Ibu yang mengamalkan Breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mengcukupkan keperluan air di dalam tubuh. Almaklumlah, susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Dahlah baby hisap yang 70% tu, badan kita pastilah perlu banyak air lagi untuk bekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untk elakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga

Selain cuba mengelakkan 7 perkara di atas yang boleh menyebab kan susu ibu semakin kurang, saya juga konsisten dengan mengambil Set Penyusuan Shaklee agar terus bertenaga untuk menyusukan kedua-dua orang anak sya yang berusia 3 tahun dan 1 tahun

Sila klik di sini untuk dapatkan tips penyusuan yang pernah saya kongsikan di sini. Terima kasih kerana membaca 🙂

Love, 

Aryn Fadz lee l 016-57 9882

Share