Tag Archive | ostematrix shaklee

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL SUPAYA KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG KEHAMILAN

Salam dan hai semua. Alhamdulillah. Kandungan saya sudah masuk 35 minggu. Syukur juga selera makan semakin baik dan mual-mula berkurangan

Sepanjang kehamilan kali ini, walaupun mengalami alahan yang agak teruk juga, bacaan HB saya  kekal dan konsisten pada angka 11. Saya juga konsisten dengan vitamin -vitamin Shaklee yang sesuai diambil oleh ibu mengandung bagi membantu saya untuk cergas menguruskan anak-anak dan HB tidak turun mendadak

Antara vitamin dan suplemen yang saya amalkan adalah:

1 . Vita Lea

Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral yang mempunyai iron tablet. Iron inilah yang membantu HB ibu tidak turun naik dan manakala 28 jenis multivitamin dan multimineral yang ada dalam 1 biji Vita Lea ini mampu menolong menambah nutrisi yang kurang dalam badan akibat pengambilan pola makanan yang tidak seimbang.

Semasa hamil adalah amat penting untuk kita pastikan kita mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untk pastikan bayi di dalam kandungan menerima sumber zat makanan yang berkhasiat dan bernutrisi

2 . B Complex

B Complex Shaklee ini mengandung 8 jenis vitamin B yang penting dalam badan dan salah satunya adalah folik asid. Folik asid sangat penting kerana ia membantu mengurangkan masalah Spina Bifida yang sering berlaku pada bayi yang kurang folik asid. Dan folik asid juga mudah hilang dari dalam badan sekiranya kita stres dan tidak mengambil makanan seimbang

B Complex ini juga membantu agar kita tidak mudah stres, tidak mudah letih dan mengurangkan masalah sakit kepala

3 . Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk kuatkan pertahanan badan terutama buat saya yang ada masalah alergik. Vit C membantu saya agar tidak mudah diserang alergik dan ia sangat sesuai diambil bersama Vita Lea agar penyerapan Vita Lea jadi lebih baik

SET IBU HAMIL DAN MENGANDUNG SHAKLEE

Suplemen ini banyak membantu saya sejak mengandung anak ke-2 kami

4 . Ostematrix

My favourite and a must! Ostematrix banyak membantu saya dalam mengatasi masalah gigi yang kerap berdarah. Memandangkan saya ibu yang menyusukan anak sejak 7 tahun yang lepas, gigi berdarah antara masalah utama saya sejak melahirkan anak ke 3.

Maslaah gigi berdarah terjadi kerana kurangnya kalsium dalam badan dan kalsium adalah antara mineral yang banyak diserap oleh bayi dalam kandungan dan semasa menyusukan kerana kalsium membantu pembentukan tulang bayi

4 biji Ostematrix adalah memenuhi keperluan kalsium seharian kita. Pengambilan Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sakit belakang, sakit pinggang, kebas kaki dan melawaskan pembuangan

5 . ESP

ESP adalah minuman protein yang membantu untuk cukupkan protein dalam badan ibu hamil kerana protein sangat pentng bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. ESP juga mampu mengurangkan rasa lapar, memberi tenaga dan mengurangkan masalah gastrik

Alhamdulillah.. Saya sudah amalkan suplemen dan vitamin ini sejak mengandung anak ke-2 dan ia sangat-sangat membantu saya ketika mengandung

Jika anda berminat dengan Set Ibu hamil atau mengandung ini, boleh terus hubungi saya di talian 016-587 9882. Tq 🙂

Share

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL ATAU IBU MENGANDUNG

Salam hujung minggu dan hai semua.. Rabu lepas saya menghadiri Health and Wellness Shaklee yang bertajuk Perjalanan Si Ibu yang Menakjubkan. Antara salah satu info yang saya rasa penting untuk kongsikan dengan anda semua di sini adalah pentingnya kalsium buat ibu yang hamil.

Kalsium yang selalunya kita dapati daripada susu, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat-sanagat penting buat ibu yang hamil. Ini kerana kalsiumlah yang membantu pembentukan tulang bayi di dalam kandungan. Kalsium yang mencukupi akan membuatkan bayi membesar dengan tulang yang sihat dan kuat

Akan tetapi, jika kalsium yang kita dapati daripada makanan tidak mencukupi, bayi akan menyerap kalsium daripada tulang dan gigi kita. Apabila ini berlaku, ibu mengandung akan mulai rasa tidak selesa dan mengalami masalah seperti sakit belakang, pinggang, sakit gigi dan  mudah cramp atau mengalami kekejangan kaki

Kalsium sangat penting buat ibu yang hamil dan mengandung

Kalsium sangat penting buat ibu yang hamil dan mengandung

Antara kepentingan kalsium lagi untuk ibu yang hamil adalah;

1 . Bantu penghasilan saraf dan otot bayi di dalam kandungan

2 . Memastikan ibu tidak mengalami masalah sakit belakang

3. Membantu gigi ibu dan bayi sihat

4. Mengelakkan Osteoporosis

5. Membantu penghasilan jantung bayi yang lebih sihat

6. Memudahkan ibu bergerak

7. Memastikan tulang ibu kuat

Sehubungan itu, sangat penting untuk ibu yang hamil dan mengandung memastikan mereka mendapat kalsium yang cukup. Masalahnya, kalsium yang cukup bukan mudah didapati daripada makanan terutamanya apabila makanan yang kita ambil sudah diubah secara genetik (GMO).

Sebab tu saya pilih untuk ambil kalsium Shaklee iaitut Ostematrix. Tablet Kalsium Shaklee ini yang juga mempunyai Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium agar betul-betul masuk ke tulang juga mempunyai Magnesium, Boron, Mangan, Kuprum dan Zinc

kalsium shaklee

Si Kalsium Shaklee yang hebat

Fungsi-fungsi mereka adalah

  • Magnesium ~ Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Boron ~ Membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, Kuprum dan zinc ~ Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Gabungan semua khasiat ini membantu Ostematrix berfungsi sebaik mungkin, mampu menyerap ke dalam tulang sebaiknya, bantu untuk memudahkan ibu hamil untuk tidur lebih lena, bantu memudahkan pelawasan, mengurangkan sakit gigi, sakit belakang dan cramp kaki seta mengurangkan sakit kepala dan migrain

Saya sangat suka produk ini kerana ia sangat-sangat memudahkan saya membuang dengan setiap hari, mengurangkan sakit pinggang saya dan mengurangkan sakit gigi dan gigi berdarah saya. Saya ambil 6 biji sehari dan saya pastikannya saya ambil setiap hari. Jika saya tidak ambil dalam masa paling kurang 2 hari, gigi saya akan sakit dan berdarah dengan banyak

Untuk info anda, bulan ini Shaklee menawarkan promosi istimewa untuk produk ini. Beli 2 botol dan anda akan mendapat diskaun 5% dan sekiranya anda beli 6 botol anda akan mendapat PERCUMA 1 botol lagi. Hubungi saya segera sekiranya anda berminat dengan kalsium Shaklee ini ya. Dengan harga RM61 sebotol, harganya setandaing kehebatannya 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

ELAK SEMBELIT SEMASA HAMIL

Salam Jumaat dan hai semua.. Semasa hamil, selalunya doktor akan menasihatkan para ibu yang sedang mengandung untuk meminimakan pengambilan ubat-ubatan. Tapi bagaimana  jika kita sembelit?

Alhamdulillah.. Sepanjang kehamilan kami ini saya jarang sembelit. Mungkin kerana saya memang suka minum air kosong dan sentiasa mengambil kalsium Shaklee yang dinamakan Ostematrix kerana ia boleh melembutkan otot yang terlibat dengan pembuangan najis. Selalunya bila saya ambil Ostematrix sebelum tidur, keesokan paginya saya akan membuang dengan mudah

Ketahui tips untuk elak sembelit semasa hamil

Ketahui tips untuk elak sembelit semasa hamil

Selain itu, antara tips penting untuk elak sembelit semsa hamil adalah;

1 . Banyak meminum air kosong

Kurangkan pengambilan minuman manis. Selalunya minuman manis memang menggoda selera ibu yang sedang hamil. Jika anda sering mengambil minuman manis, seimbangkannya dengan mengambil air koosng yang banyak setiap hari. Minuman manis juga tidak membantu dalam usaha ibu mengurangkan bacaan gula dalam darah

2 . Kurangkan minuman berkafein

Minuman berkafein mengganggu penyerapan nutrisi.  Ia juga sangat tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung kerana takut mengganggu sistem penyerapan nutrisi bayi di dalam kandungan

3 . Kurangkan makanan berminyak dan berlemak

Pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak memperlahankan proses pembuangan.

4 . Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara makanan yang mempunyai serat yang banyak. Makanan yang banyak serat membantu mempercepatkan proses pembuangan. Ia juga mempunyai kalsium. Kalsium penting untuk pembentukan tulang

5 . Ambil suplemen yang sesuai

Untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dari diet seharian kita agak susah lebih-lebih lagi banyak makanan kita sekarang mengandungi bahan perisa, pengawet dan bahan kimia berbahaya. Ambil suplemen yang sesuai yang boleh mengcukupkan nutrisi yang kita perlukan untuk tubuh badan kita dan bayi. Bila nutrisi badan cukup, kita akan senang membuang

Sebab tu saya suka ambil Ostematrix serta Set Kehamilan Shaklee kerana ia sangat-sangat membantu melawaskan najis dan mengelakkan sembelit ketika saya hamil serta mencukupkan nutrisi yang saya dan bayi perlukan.

Ostematrix juga membantu mengatasi kekurangan kalsium dalam badan, mengurangkan sakit pinggang, menguraangkan sakit belakang dan yang paling saya suka gigi saya tidak lagi kerap berdarah apabila pengambilan kalsium cukup dalam badan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen yang sesuai dengan anda, jangan lupa hubungi saya di 016-587 9882 🙂

Share

ADUH! SAKITNYA GIGI! KETAHUI SEBAB KENAPA GIGI MUDAH RAPUH

Salam sejahtera semua.. 2 minggu lepas gigi saya dicabut lagi. Masih terngiang-ngiang rasa gigi apabila ia sakit. Saya yang tidak pernah rasa apa itu sakit gigi, memang menyerah kalah dengan kesakitannya. Tidur memang tidak dapat, makan memang tidak lalu sebab sakit  yang teramat sangat.

Sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak. Beul ka???

Sakit gigi lebih sakit daripada sakit beranak. Betul ka???

Patutpun kawan sepejabat pernah menyatakan bahawa sakit gigi lebih sakit daripada sakit bersalin. Tapi, lepas tu kena tibailah dia. Sebab yang bercakap tu lelaki dan yang mendengar tu perempuan, kena marahlah sebab cakap macam tu. Hahaha..

Untuk tahun ini sahaja, sudah 2 kali gigi saya dicabut. Selama 20 tahun gigi saya tidak pernah dicabut tup tup di usia 31 tahun ini pula ia dicabut. Saya sedari ia berlaku disebabkan gigi saya yang cepat rapuh dan rosak. Yalah, ibu menyusukan dua orang anak sebenarnya memerlukan kalsium yang lebih banyak kerana dua orang anak tadi menyerap dengan cepat kalsium dari badan

Antara tanda-tanda badan kita kekurangan kalsium adalah;
  1. Gigi cepat rapuh, rosak, berdarah dan pecah walaupun sering memberus gigi
  2. Tulang dan belakang badan cepat sakit.
  3. Bahagian belakang badan akan cepat sakit jika tunduk dengan tidak betul
  4. Tangan atau kaki cepat kebas
  5. Cepat lesu dan penat
  6. Mudah stress
  7. Susah untuk tidur

Kasihan sungguh ibu ini. Ibu di dalam video ini mengalami masalah kalsium yang teruk dari kehamilan pertama beliau. Klik video ini untuk mengetahui apakah yang beliau lalui akibat kekurangan kalsium yang teruk

Agak terlewat juga saya sedari yang saya sebenarnya kekurangan kalsium di dalam badan. Setelah gigi dicabut, barulah saya sedar bahawa badan saya kekurangan kalsium kerana saya jarang sekali mengabaikan kebersihan gigi tapi gigi mudah sakit dan rosak.

Disebabkan itu, saya yang kebiasaannya mengambil pil kalsium Shaklee sebanyak 4 biji satu hari meningkatkan jumlah pengambilan sebanyak 6 – 8 biji sehari.

Selain itu, saya juga mengamalkan penjagaan kebersihan gigi yang lebih baik. Antara yang kita boleh lakukan;
  1. Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam
  2. Guna ubat gigi berfluorida
  3. Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika sekiranya tidak sempat memberus gigi
  4. Jangan berkongsi berus gigi
  5. Membersihkan lidah setelah memberus gigi
  6. Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang
  7. Berjumpa doktor gigi anda

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan kekuatan gigi kita sebelum gigi kita rosak dan terpaksa dicabut sebelum masanya 🙂

Share

Syoknya Si Energy Booster dan Si Kalsium ini

Alhamdulillah. Bulan ni Shaklee bagi promosi 2 produk yang saya sangat suka. Vita lea dan Ostematrix. Yahooo!!

Dua produk ini adalah antara produk yang telah membantu saya sepanjang perjalanan Breastfeeding atau menyusukan anak dengan susu ibu kepada 3 orang anak saya. Lebih-lebih lagi, saya merupakan ibu yang memilih untuk Tanderm Nursing, pengambilan suplemen adalah amat penting buat saya bagi memastikan saya tidak mudah letih, tidak mudah sakit belakang dan gigi tidak mudah rapuh

Sebenarnya Vita-Lea adalah vitamin utama yang tidak boleh saya tinggal. Ini disebabkan pengambilannya secara konsisten membantu dalam penghasilan darah merah buat saya. Memandangkan saya ibu yang menyusukan 2 orang anak secara serentak,  saya perlukan jumlah darah merah yang cukup agar penghasilan susu ibu lancar dan saya sendiri tidak kekurangan darah merah.

Selain itu, antara perkara yang saya sangat suka tentang Vita Vita -Lea ini adalah kerana ia mampu membuat saya cergas sepanjang hari dan tidak mudah lembik walaupun menguruskan 3 orang anak kecil. Jika badan rasa lemas-lemas, saya ambil 2 biji sekaligus 🙂

Ibu yang cepat penat, harus ambil suplemen atau take a rest for a while

Ibu yang cepat penat, harus ambil suplemen atau take a rest for a while

Ostematrix pula saya perlukan kerana ia merupakan kalsium yang lengkap dengan Vitamin D. Memandangkan saya kurang minum susu, saya telan Ostematrix agar ia membantu kalsium badan saya cukup dan kalsium ini dapat menyerap sebaiknya ke dalam tulang.

Ini adalah kerana, semasa anak-anak menyusu dengan saya, anak-anak ini menyerap sekali kalsium yang terdapat di dalam badan dengan cepatnya. Jika kalsium di dalam badan tidak cukup, kalsium daripada tulang dan gigi pula yang akan diserap.

Inilah yang menyebabkan gigi cepat berdarah, pinggang dan belakang mudah sakit, kita cepat rasa mengantuk dan juga letih serta mudah stres. Yang paling penting, ia membuatkan saya mudah ‘membuang’ 🙂

Vita Lea dan Ostematrix ini juga sesuai diambil oleh ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin, sesiapa yang cepat letih dan sesiapa yang mencari vitamin yang asas sebagai suplemen harian

Ini antara ibu yang seronok mengambil Ostematrix 🙂 – Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Ketahui lebih lanjut tentang Vita Lea si Energy Booster ini di sini dan Ostematrix si kalsium lengkap ini dengan klik di sini

PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1, HANYA BULAN INI SAHAJA!

PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1, HANYA BULAN INI SAHAJA! BELI 2 BOTOL DAPAT DISCOUNT 5 % TAU!

Sesiapa yang ingin mencuba dan ingin dapatkan Multivitamin dan Ostematrix ini, jangan malu-malu untuk hubungi saya. Boleh rasa sendiri kalau rajin datang rumah saya . Hehe..

Share