Tag Archive | ejen vivix shaklee

SELAMAT TAHUN BARU DAN PROMOSI VIVIX SHAKLEE

Salam dan hai semua.. Selamat Tahun Baru saya ucapkan pada keluarga, sahabat dan  semua pembaca, Followers serta pelanggan blog dan Shaklee saya. Saya doakan semua anda berjaya mencapai apa yang anda inginkan tahun ini dan menjadi lebih baik dari diri kita sebelum ini

Januari ini Shaklee memulakan promosi produk terbaiknya iaitu Vivix. Dicipta dengan ujian klinikal, Vivix adalah antara salah satu suplemen yang boleh mengurangkan kependekan Telomere sebanyak 40%.

Landmark Study Shaklee yang kedua menemui bahawa  kromosom kita yang dilindungi Telomere daan enzim Telomerase akan memendek disebabkan faktor pencemaran di dalam badan dan faktor usia. Pendeknya Telomere akan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit, akan cepat menghadapi masalah ketika usia makin lanjut dan akan kelihatan lebih tua. Kajian ini dilakukan bersama Dr. Elizabeth Blackburn, pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009

Telomere adalah seperti pelindung pada kromosom kita. Kita bayangkan kromosom  seperti tali kasut. Di hujung tali kasut ada pelindung kecil yang seperti diikat bukan? Dan Telomere lah seperti apa yang berada di hujung tali kasut dan kromosom kita. Vivix membantu agar Telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA kita terlindung daripada kerosakan dan radikal bebas. Menurut kajian ini, pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten (Vitalizer, Vivix dan Cinch) secara konsisten setiap hari selama 5 tahun akan membantu mengurangkan kependekan Telomere sebanyak 40%

Insha Allah, kita akan jadi lebih sihat, sistem pertahanan badan semakin kuat dan kita kelihatan awet muda. Apa lagi penting daripada sihat pada usia yang semakin meningkat, bukan?

vivix shaklee, shaklee vivix, vivix shaklee sabah

Pelbagai testimoni didapati daripada pengguna Vivix Shaklee ini. Antaranya ada yang berjaya pulih daripada masalah buah pinggang atau diabetes hingga tidak perlu lagi dialisis,  bacaan darah tinggi semakin turun hingga tidak perlu ambil ubat lagi, bapa yang selama ini tidak mampu berjalan seperti biasa kerana gout dapat berjalan secara normal  dan yang pastinya kulit jadi semakin cantik dan kelihatan awet muda

Ikuti video di bawah di mana suami Puan Hafza berjaya pulih daripada strok asbab Vivix

 

Apa kata anda cuba Vivix bulan ini? Bulan ini jika anda beli Vivix 6 botol anda akan dapat PERCUMA 1 botol, free keahlian dan bonus sekitar RM240 ke atas. Jika anda beli 2 botol pula, anda akan dapat diskaun sebanyak 5%, percuma keahlian dan bonus Shaklee dalam RM36 ke atas. Seronok bukan? Jom try Vivix!!!!

Cari saya jika anda mau ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

BADAN LEBIH CERGAS DAN LUKA CEPAT SEMBUH BILA BERPANTANG DENGAN VIVIX

Salam dan hai semua. Alhamdulillah.. Tamat sudah hari berpantang saya. Tapi, bukan bermakna saya boleh makan sesuka hati. Still kena jaga diri kerana anak masih menyusu dan untuk pastikan badan sentiasa fit. Hari ini saya ingin kongsikan kisah seorang ibu yang mengambil Vivix semasa berpantang seperti saya. Memang rasa perbezaannya kerana mengambil Vivix semasa berpantang selain mengambil Set Berpantang Shaklee membuatkan badan lagi cergas dan rasa lagi cepat sihat. Ikuti pengalaman ibu ini ya 🙂

PENGALAMAN TERINDAH BERPANTANG BERSAMA VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nor Shahizan Rahimi Bt. Mohd Saad lebih senang dengan panggilan Yan. Sedikit perkongsian yang bakal di terjemahkan dalam sebuah penulisan ini bukanlah satu omongan kosong tapi satu perkongsian yang memberi manfaat extra pada diri saya. Syukur Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik.

Sejak lahir saya jarang sakit. Mungkin itu salah satu sebab mengapa saya kurang kesedaran untuk mengambil sebarang vitamin secara rutin. Suka-suka ambil. Terlupa, maka jadilah vitamin itu bagai tukun tiruan. Lebih menyedihkan apabila “tukun tiruan” luput tarikh begitu sahaja.

Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.

Berpantang dengan Vivix buat muka cantik berseri :)

Berpantang dengan Vivix buat muka cantik berseri 🙂

Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya di beri panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil set berpantang premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber’Shaklee’. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.

Terima kasih sahabat Shaklee yang sudi berkongsi ilmu dan manfaat Shaklee. Semoga dengan kebaikan yang ada pada produk terbaik ini membuka mata semua orang tentang kepentingan hidup secara sihat. Saya masih lagi baru belajar dan ingin terus menggali ilmu dalam gaya hidup sihat bersama SHAKLEE.

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

SHAKLEE KOTA KINABALU BRANCH DI NEUTRON POINT

Selamat pagi semua..Akhir-akhir ini semakin ramai yang ingin mengetahui di manakah terletaknya Shaklee Branch di Kota Kinabalu Sabah ni. Untuk makluman anda, sebelum ini Shaklee KK terletak di kawasan Damai, Kota Kinabalu

Cawangan Shaklee Kota Kinabalu ini baru sahaja berpindah ke pejabat baru mereka di Neutron Point, Kolombong pada Januari tahun ini . Alamat mereka adalah seperti di bawah;

SHAKLEE KOTA KINABALU
LOT 4.1, NEUTRON POINT
LORONG PON NEUTRON
JALAN LINTAS KHIDMAT
88300
KOTA KINABALU
TEL : 088-393 848
FAX : 088-393 851
 
WAKTU BEKERJA
Isnin – Jumaat – 10.00 pagi  – 7.00 malam
Sabtu ( Pertama dan ke-3) – 10.00 pagi  – 7.00 malam
shaklee kota kinabalu
Bangunan Shaklee Kota Kinabalu, Sabah
BAGAIMANA CARA KE CAWANGAN SHAKLEE SABAH INI MELALUI JALAN LNTAS, DAMAI, KOTA KINABALU

Anda boleh view video ini untuk melihat jalan yang mana satu perlu anda lalui untuk ke Branch Shaklee Kota Kinabalu melalui jalan Lintas Damai

Bagi sesiapa yang tidak tahu di mana Neutron Point di Jalan Lintas Khidmat ini, saya terangkan satu persatu cara ke sana, ok.. 

Jika anda bergerak dari bandar Kota Kinabalu, mula-mula cari jalan ke Citymall.. Bangunan Citymall ini akan berada di sebelah kiri anda.. Ikut jalan utama and sila bersedia untuk mengambil lorong kanan memandangkan anda perlu membuat pusingan U-TURN untuk ke Shaklee KK Branch.. 

JALAN KE SHAKLEE KK
Antara bangunan yang anda akan lalu sebelum sampai ke Shaklee Kota Kinabalu

 

jalan ke shaklee sabah
Antara bangunan di seberang jalan yang anda akan lalu untuk sampai ke Shaklee Sabah


Sila aware dengan simpang U-TURN.. Ambil simpang U-TURN yang ke-2 di mana kamu akan nampak di seberang jalan adanya Pusat Jualan Kereta MITSUBISHI.. Pusing U-TURN then terus masuk simpang kiri.. 

pusat jualan mitsubishi ke shaklee kk
Pusat Jualan Mitsubishi on the way ke Shaklee Kota Kinabalu. Sila masuk lorong kanan kerana anda perlu membuat pusingan U-TURN tidak lama lagi

Ketika ini, anda akan lihat sebuah bangunan sebelah kanan yang besar.. di tingkat bawah bangunan tersebut, anda akan nampak dengan jelas Restoran FOOK YUEN dan JOURNEYEAST.. Jika anda nampak bangunan ini, sila masuk simpang kanan.. Shaklee Branch berada tingkat 4 k.. 

Bangunan shaklee kota kinabalu
Cawangan Shaklee di tingkat 4, ok. Di dalam bangunan yang sama, terdapat Restoran Fook Yuen di tingkat bawah


CARA KE SHAKLEE KK BRANCH MELALUI JALAN KOLOMBONG ATAU INANAM

 
Bagi yang datang dari area Inanam atau Kolombong , sila cari jalan ke Citymall . Dari Inanam atau Kolombong ni, bangunan Citymall berada di seberang jalan sebelah kanan..

Sebelum masuk simpang ke bangunan Shaklee.. Mitsubishi Showroom di sebelah kiri


Ambil jalan utama dan teruskan perjalanan sehingga anda lihat Showroom Mitsubishi di sebelah kiri. Masuk simpang kiri dan anda akan lihat  bangunan 5 tingkat di mana  Shaklee  Sabah Branch berada bersama Restoran FOOK YUEN dan pejabat JOURNEYEAST.COM di tingkat bawah.  Warna bangunan tu silver, di simpang sebelah kanan.

Di bawah adalah video yang saya ambil melalui jalan Inanam, Kolombong yang menuju ke Shaklee Cawangan Kota Kinabalu

 
Ok…Selamat mencuba.. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi saya terus 🙂
shaklee kk, shaklee sabha, shaklee papar

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee kk ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034) di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul
 
FB Fan Page : Vitaminku Sefamilee
Instagram : aryn_fadzlee
Call / Msg / Whatsapp/ Telegram : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com