TIPS TAHAN BERPUASA IBU MENYUSUKAN ANAK SECARA SERENTAK ATAU TANDEM NURSING

Salam Ramadhan dan selamat pagi. Alhamdulillah.. Dapat kita bertemu Ramadhan lagi. Bulan yang sangat berkat dan jika kita melakukan amalan dan kebaikan pahalanya akan berlipat ganda bulan ini. Dan bulan ini juga kita diminta untuk menahan diri daripada makan, minum, nafsu, marah dan banyakkan bersabar

Jika dikira tahun ini adalah tahun ke 3 saya berpuasa dan dalam masa yang sama masih Tandem Nursing. Tandem Nursing iaitu penyusuan bayi secara serentak mula berlaku kepada saya selepas melahirkan anak ke-2 kami iaitu Fyrash.

Selepas Fyrash lahir saya masih menyusukan Furqan, selepas Putri lahir saya masih susukan Fyrash dan kini, saya masih menyusukan Putri walaupun Farhah sudah lahir

Tandem Nursing bukan sesuatu yang mudah tapi saya enjoy the moment. Kadang-kadang memang sangat penat apabila anak-anak secara serentak mahu menyusu terutama selepas balik kerja. Tapi saya gagahkan diri kerana saya mahu berikan yang terbaik buat anak-anak tersayang

tips tahan puasa, ibu tandem nursing

Selalunya apabila berpuasa dalam keadaan Tandem Nursing ini ada beberapa perkara saya ambil berat. Antaranya

1 . Ambil makanan tinggi protein dan karbohidrat semasa sahur

Selalunya saya akan pastikan saya makan nasi dan ambil kurma semasa sahur kerana ia sangat penting untuk pastikan saya tidak mudah penat. Protein dan Karbohdrat penting untuk menjana tenaga. Saya juga mengambil protein Shaklee kerana ia mempunyai indeks glisemiks yang rendah yang mampu membantu saya agar tidak mudah lapar

2. Ambil air kosong yang banyak dan kurangkan minuman manis dan berkafein

Minuman manis dan berkafein tidak membantu untuk saya jadi lebih bertenaga dan tidak mudah letih. So, saya lebih suka minum banyak air kosong atau saya ambil minuman Performance Shaklee untuk elak dehidrasi

3. Mengepam seperti biasa

Walapun ada nampak pengurangan jumlah susu ibu yang dipam sewaktu berpuasa, saya teruskan aktiviti mengepam mengikut jadual seperti waktu tidak berpuasa. Ini sangat penting agar demand and supply seperti hari waktu tidak berpuasa

4. Tanam niat dari awal dan kuatkan semangat

Tanam niat untuk berpuasa penuh bersungguh-sungguh dan kuatkan semangat. Memang berpuasa dalam keadaan ini  mencabar kerana dalam masa yang sama kita perlu guna lebih banyak tenaga, mudah lapar dan mudah letih. Tapi Insha Allah, jika kita bersungguh-sungguh kita akan berjaya berpuasa dengan flying colours.. Hihi

5 . Berfikiran positif dan doa

Yakin pada diri sendiri bahawa anda boeh melakukannya. Mohonlah pada Yang Maha Esa untuk permudahkan perjuangan anda ini. Kita pasti boleh!

Good luck untuk anda ibu-ibu yang strong dan hebat 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

CARA SAYA HILANGKAN BATUK BERKAHAK SECARA SEMULAJADI

Salam dan hai semua.. Minggu lepas saya batuk yang tidak berhenti hinggakan ada 1 ketika saya rasa sangat rimas dan pening. Hal ini membuatkan aktiviti harian sya terjejas hingga saya rasa sangat stres terutama ketika mau tidur

Ada 1 ketika saya rasakan batuk saya semakin teruk apabila saya banyak makan makanan berminyak dan minum minuman yang sejuk. Adui..sakitnya tekak.. Rasa macam tekak luka pun ada..

Masa tu saya tetap konsisten dengan vitamin basic saya iaitu Multivitamin, Folik asid dan Vit c serta saya ambil Nutriferon hampir setiap hari. Batuk saya still ada dan masih belum hilang hinggalah ketika itu saya ingin mencuba Omega Guard tapi stok Omega Guard saya pula tiada

Pilihan yang ada ketika itu adalah Lecithin, yang baru beli masa promosi Buy 1 free 1. Tiada pilihan lain, saya telan 3 biji masa tu dan saya akan telan Lecithin setiap kali makan dan minum yang manis-manis

Alhamdulillah, lepas telan Lecithin batuk saya semakin ok dan saya boleh rasakan tekak saya tidak perit lagi. Saya tidak tahu pula Lecithin boleh membantu dalam hal ini 🙂

Melalui pembacaan saya, Lecithin yang boleh bertindak sebagai pembersih salur darah mampu membantu untuk mengemulsi metabolisme lemak, kolestrol, dan trigliserid di dalam tubuh badan. Rasanya Lecithin membantu membakar lemak-lemak jahat dari makanan berminyak yang saya ambil yang buatkan batuk saya semakin teruk

Alhamdulillah.. Pengambilan Lecithin yang berterusan banyak membantu mengurangkan masalah batuk saya

Dan apa yang saya perasan juga, dengan konsisten Lecithin, apabila membuang, najis-najis yang berminyak ikut sekali keluar which memang jarang sangat berlaku. hihi.. Syukur Alhamdulillah

Jika anda ingin kurangkan batuk apa kata ambil Vitamin C, Omega Guard dan Lecithin sekali. Insha Allah berkesan 🙂

Mau order Set Kurang batuk? Klik di sini 

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini dilanda kesibukan yang amat di pejabat hinggakan saya ‘terlari’ daripada jadual mengepam harian dan menyebabkan jumlah susu ibu yang diperah pun berkurangan. Ia terjadi apabila berlakunya pengurangan dalam Demand dan akhirnya Supply pun kurang dan ditambah dengan faktor badan dan otak yang letih menjadikan thing getting worse

Hal ini menyebabkan stok EBM (Expreessed Breatmilk) saya semakin berkurang hinggakan stok yang ada adalah stok yang baru saya perah sehari sebelum itu.

Benda ini sangat menakutkan bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu kerana stok susu ibu perlu ada di rumah untuk pastikan bayi mempunyai stok susu ibu yag mencukupi semasa ibu bekerja

Risau dengan keadaan ini, saya segera mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan demand susu ibu saya. Ia adalah;

1 . Ambil masa untuk mengepam di rumah

Benda ini sangat jarang saya lakukan kerana kebanyakan masa saya tidak sempat untuk lakukannya kerana anak-anak suka mengempeng. Tapi saya paksa juga diri untuk melakukannya dengan mengepam semasa anak-anak bermain dan ada sedikit masa untuk mengepam

2.  Ikut semula jadual mengepam susu

Saya ikut semula jadual mengepam yang saya sediakan di pejabat dan cuba untuk tidak skip jadual ini

3. Berfikiran positif

Memang agak stres bila lihat stok susu ibu semakin berkurang tapi stressla antara penyebab utama susu ibu semakin kurang. Saya pastikan diri saya tidak terlalu stres dan cuba untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti melukis dan mengaji

Terus release stress bila tengok muka budak kecik ni 🙂

4. Ambil Milk Booster

Saya sangat serasi sebenarnya dengan minuman protein Shaklee. Cumanya kadang-kadang saya tidak punya masa untuk membancuh minuman protein ini terutama di rumah. So, saya pastikan saya ambil 2 sudu ESP Shaklee pada waktu pagi agar ia boleh membantu saya dalam hal ini

5. Doa

Pada ketika ini memang saya rasa down tapi saya pasti saya boleh lakukannya. Saya meminta dengan Allah untuk permudahkan saya dalam perjuangan ini dan mengadu hanya padaNya

shaklee kk,shaklee sabah

Alhamdulillah.. Senang hati bila tengok macam ni 🙂

Alhamdulillah.. Dalam masa 3 hari nampak peningkatan yang ketara dalam jumlah susu ibu yang dipam. Saya bersyukur sangat-sangat dan kini perlahan-lahan stok di peti sejuk mula bertambah. Terima kasih Allah 🙂

Pada ibu-ibu yang mengepam sewaktu bekerja, jangan pernah putus asa dan yakin pada diri sendiri. Paling penting jangan skip jadual mengepam..hihi..

Mahu order ESP Shaklee? Klik di sini ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l  016-5879882

Share

KELAS E-USAHAWAN ANJURAN MDEC DI KOTA KINABALU, SABAH

Salam dan apa khabar semua.. Hujung minggu  selalunya kita bersama keluargakan. Tapi kelmarin saya luangkan masa sehari untuk menghadiri kelas E-Usahawan anjuran MDEC dan Trainer kami adalah Puan Salwa Mohd Sales, pemilik blog www.salwasaleh.com

Dalam kelas ini kami diajar tentang Online Marketing yang asas antaranya tentang Facebook, Instagram, Blog, cara Copywriting yang betul dan cara Segmentation yang betul. Memang best dan seronok dapat belajar begini kerana dapat banyak ilmu yang baru dan ia juga percuma. Ada lunch lagi uolss

Salah satu kerja yang Puan Salwa Saleh minta kami siapkan dan tunjuk dekat dia. Ambil gambar untuk upload di Instagram dan buat Copywriting Teaser

Kami juga diajar cara menggunakan Canva untuk hasilkan poster yang menarik, cara menangkap gambar yang cantik terutama untuk digunakan di Instagram dan juga medium yang sesuai untuk pengiklanan produk berdasarkan Segmentation kita

Sesiapa yang hadir akan dipantau dan jika berjaya tingkatkan sales selepas mengikuti E-Usahawan ini akan diberi peluang untuk mengikuti Accelerator Programme secara percuma. Kelas ini sendiri adalah percuma 🙂

Selfie dengan Puan Salwa yang cool 🙂

Ribuan terima kasih saya ucapkan buat Puan Salwa Saleh atas ilmu yang diberikan.  Ia sangat terbaik dan sangat memberi kesan dan membuka minda. Ternyata puan Salwa mempunyai banyak idea dan ilmu. Moga ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan sebaiknya untuk meningkatkan prestasi bisnes saya 🙂

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

KENAPA SAYA SUKA BLOGGING

Hari ini jika dikira merupakan tahun ke 4 saya berblog..Sebelum ini blog saya wujudkan menggunakan hosting blogspot dan setelah mengetahui tentang kelebihan WordPress saya terus membeli domain name sendiri dan hosting wordpress

Blogging bagi saya adalah sesuatu yg seronok.Mulanya agak payah kerana saya memulakannya tanpa ilmu..Menulis pun tanpa tujuan yang jelas.

Setelah ditegur oleh upline, yg melihat blog saya yang memang tulis sesuka hati ketika itu,saya terus berusaha menggali ilmu yg sepatutnya

Setelah itu, saya semakin suka menulis di blog. Semacam ada 1 perasaan yg sangat best bila dapat berkongsi pengalaman dan apatah lagi ada yang beritahu mereka jadikan blog ini sebagai panduan

Malah ada yang share mereka dapat info yang banyak daripada blog ini. Walaupun saya lakukannya secara percuma, ia seperti menjadi suatu kepuasan bila penulisan kita dihargai. Dan itu antara sebab kenapa saya terus berkongsi di sini walaupun masa untuk menulis semakin kurang

Dan saya juga suka menulis di sini tentang kisah anak-anak saya supaya boleh saya jadikan sebagai simpanan kenangan saya 🙂

Farhah ku yang baru tumbuh gigi.. Semua benda mau digigit. Termasuk Umminya

Terima kasih pada yang setiasa menyokong penulisan saya di sini..Terima kasih pada yang view di sini walaupun anda membaca dalam diam. Saya tahu anda selalu membaca dan melihat sharing saya di Facebook dan instagram

Pada yang baru dalam bidang penulisan blog ini, blog boleh menjadi medium yang bagus untuk mendekatkan kita dengan pembaca. Juga boleh dijadikan saau tempat untuk berkongsi ilmu yang mungkin kita anggap biasa tapi luarbiasa bagi oranglain. Jangan pernah putus asa dalam menulis. Insha Allah.. Pasti manis akhirnya 🙂

With love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

ULANGTAHUN KE 7 PERKAHWINAN KAMI DAN FURQAN GENAP 6 TAHUN

Salam dan hai. Hari ini saya bersiaran dari Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Mutiara kecil yang berhampiran dengan Sabah

Berada di sini kerana mengikuti suami yang membawa rombong pelajar IPG Kampus Gaya bagi mengikuti perlawanan hoki dan kebetulan pada tarikh 26hb Mac adalah anniversary perkahwinan kami yang ke7, suami request buat kenduri dan sambutan kecil di sini sekaligus meraikan Birthday Furqan yang ke 6 tahun

ejen shaklee labuan

Keluarga kecil kami

Dapatlah juga sediakan sedikit hidangan seperti soto, nasi, sayur dan ayam bakar dengan bantuan pelatih-pelatih dari IPG Kampus Gaya. Terima kasih pada yang membantu 😊

Kek yang sedap 🙂

Alhamdulillah.. Genap 7 tahun usia perkahwinan kami ini. Tidak mudah melaluinya tetapi memang begitulah lumrah perkahwinan. Hidup kami kini lebih bahagia dengan diwarnai dengan kehadiran 4 cahayamata. Walaupun sibuk dan anak tidak mahu berenggang dengan kami, tapi itulah yang membuatkan kami selalu ingin luangkan masa dengan mereka

Dan pada tanggal 28hb Mac nanti genaplah Furqan berusia 6 tahun. Tidak sangka masa begitu cepat berlalu dan sesungguhnya saya masih melihat Furqan seperti anak yang kecil sedangkan di usia 6 tahun ini Furqan sangat cerdik dan boleh bezakan yang baik dan yang buruk serta boleh diharap membantu saya menyelesaikan kerja-kerja rumah walaupun hobinya adalah suka bermain.

Di usia 6 tahun juga Furqan yang mempunyai 3 lagi adik ini sangat memahami tanggungjawabnya sebagai abang. Ummi doakan Furqan menjadi anak yang soleh, tidak tinggal solat dan sentiasa doakan Ummi dan Babah

Moga perkahwinan kami ini kekal bahagia hingga ke syurga. Terima kasih pada keluarga atas segala doa dan bantuan, saudara-mara dan sahabat handai yg juga selalu mendoakan kami . Hanya Allah yang mampu membalasnya 😊

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share