Archives

BILA SUSU IBUKU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua.. Baru-baru ini dilanda kesibukan yang amat di pejabat hinggakan saya ‘terlari’ daripada jadual mengepam harian dan menyebabkan jumlah susu ibu yang diperah pun berkurangan. Ia terjadi apabila berlakunya pengurangan dalam Demand dan akhirnya Supply pun kurang dan ditambah dengan faktor badan dan otak yang letih menjadikan thing getting worse

Hal ini menyebabkan stok EBM (Expreessed Breatmilk) saya semakin berkurang hinggakan stok yang ada adalah stok yang baru saya perah sehari sebelum itu.

Benda ini sangat menakutkan bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu kerana stok susu ibu perlu ada di rumah untuk pastikan bayi mempunyai stok susu ibu yag mencukupi semasa ibu bekerja

Risau dengan keadaan ini, saya segera mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan demand susu ibu saya. Ia adalah;

1 . Ambil masa untuk mengepam di rumah

Benda ini sangat jarang saya lakukan kerana kebanyakan masa saya tidak sempat untuk lakukannya kerana anak-anak suka mengempeng. Tapi saya paksa juga diri untuk melakukannya dengan mengepam semasa anak-anak bermain dan ada sedikit masa untuk mengepam

2.  Ikut semula jadual mengepam susu

Saya ikut semula jadual mengepam yang saya sediakan di pejabat dan cuba untuk tidak skip jadual ini

3. Berfikiran positif

Memang agak stres bila lihat stok susu ibu semakin berkurang tapi stressla antara penyebab utama susu ibu semakin kurang. Saya pastikan diri saya tidak terlalu stres dan cuba untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti melukis dan mengaji

Terus release stress bila tengok muka budak kecik ni 🙂

4. Ambil Milk Booster

Saya sangat serasi sebenarnya dengan minuman protein Shaklee. Cumanya kadang-kadang saya tidak punya masa untuk membancuh minuman protein ini terutama di rumah. So, saya pastikan saya ambil 2 sudu ESP Shaklee pada waktu pagi agar ia boleh membantu saya dalam hal ini

5. Doa

Pada ketika ini memang saya rasa down tapi saya pasti saya boleh lakukannya. Saya meminta dengan Allah untuk permudahkan saya dalam perjuangan ini dan mengadu hanya padaNya

shaklee kk,shaklee sabah

Alhamdulillah.. Senang hati bila tengok macam ni 🙂

Alhamdulillah.. Dalam masa 3 hari nampak peningkatan yang ketara dalam jumlah susu ibu yang dipam. Saya bersyukur sangat-sangat dan kini perlahan-lahan stok di peti sejuk mula bertambah. Terima kasih Allah 🙂

Pada ibu-ibu yang mengepam sewaktu bekerja, jangan pernah putus asa dan yakin pada diri sendiri. Paling penting jangan skip jadual mengepam..hihi..

Mahu order ESP Shaklee? Klik di sini ya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l  016-5879882

KERANA POKEMON GO, ORANG PANJAT PAGAR RUMAH AWAL PAGI

Salam dan hai semua.. Baru ja terbaca  di Harian Metro tentang artikel bertajuk ‘ Pokemon terbang ke bumbung rumah saya‘ , kejadian hampir sama berlaku pula di rumah kami semalam

Awal pagi, saya yang tersedar kerana anak bangun yang ingin menyusu, saya dimaklumkan oleh suami yang ada orang hendak masuk kawasan rumah kerana mencari Pokemon. Sempat lagi dia bagi salam, kata suami. Masa tu masih mamai-mamai lagi, so cerita itu terhenti setakat itu sahaja

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, suami ceritakan semula tentang orang yang dikatakan mencari Pokemon itu. Sekitar jam 2.oo pagi, suami yang sudah tidur terdengar bunyi pagar seperti dinaiki seseorang

Bingkas bangun, suami terus menuju ke pintu dan ke luar rumah. Ketika itu beliau melihat seorang anak muda sedang berusaha memanjat pagar rumah. Tindakan pemuda itu terhenti apabila melihat suami

Pokemon Go, games yang hangat diperkatakan kini

Pokemon Go, games yang hangat diperkatakan kini

Pemuda : Assalammualaikum bang, mau cari Pokemon bang..

Katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya pada suami

Suami : Ko nda kerjaka bsuk ada di sini awal-awal pagi?

Pemuda : Nda bang, saya nda kerja. Masih sekolah

Suami : Di sini tiada Pokemon, samurai ada

Dan terus anak muda itu masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu di luar rumah kawasan kami

Suami memang agak marah. Sampai terus memuatnaik status berkenaan hal itu pagi tadi di Facebook beliau. Kata suami, mencari Pokemon bukan alasan untuk masuk ke rumah orang sesuka hati.  Nasib baiklah, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku

Sebenarnya, kami sekeluarga tidak bermain Games ini. Cuma bila terjadi begini, buat risau pula. Patutpun ada beberapa negara sudah mengharamkan permainan ini dan sudah ada fatwa yang ingin mengharamkan permainan ini. Mungkin player games ini yang ketagih membuatkan segelintir pihak risau tentang keselamatan negara

Untuk info, Pokemon Go adalah satu permainan yang dilancarkan untuk mencari dan menangkap Pokemon. Dalam permainan ini, pemain menggunakan GPS telefon bimbit masing-masing untuk mencari lokasi, menngkap, berlawan dan juga melatih beberapa karakter atau kartun yang dipanggil Pokemon yang mana akan kelihatan di skrin handphone mereka jika mereka berada di tempat yang sama atau sesuai

Harap kejadian yang sama tidak berulang kembali.  Risau juga orang yang masuk ke rumah itu berniat yang lain dan bukannya mencari Pokemon. Moga hal ini menjadi iktibar buat semua.

ALAHAN-ALAHAN YANG DIALAMI OLEH IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL

Salam dan hai..  Masih pening-pening saya ketika ini. Muntah-muntah masih juga. Selalunya ini adalah keadaan yang dialami oleh kebanyakan ibu yang mengandung dan selalunya di awal trimester pertama. Kebiasaannya bagi saya, alahan bagi setiap kehamilan adalah berbeza. So, hari ini saya ingin kongsikan alahan-alahan yang mungkin dan kebiasaannya dialami oleh ibu yang hamil

1 . Morning Sickness

Selalunya berlaku di awal pagi. Ada ibu yang rasa pening, muntah dan tidak selesa. Ada juga ibu yang muntah semasa berus gigi sahaja. Pelbagai Morning sickness boleh dialami oleh ibu yang berbeza

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

2 . Pening-pening

Ini kerap berlaku kepada saya pada setiap kehamilan. Rasa peningnya berbeza seakan-akan kepala berpusing-puisng setiap masa. Ada ibu yang cuma mengalami pening kadang-kadang. Tapi seperti saya, pening tersebut saya rasai sepanjang kehamilan

3 . Muntah-muntah

Kerap terjadi pada awal kehamilan. Selalunya terjadi apabila ibu mula loya atau sensitif pada bau sesuatu makanan hingga menyebabkan ibu mula kurang mengambil makanan yang secukupnya sehingga berlakunya gastrik. Bila berlakunya gastrik, perut kosong yang kerap berangin membuatkan ibu mudah muntah

4 . Sensitif pada bau

Ada ibu yang sensitif pada bau makanan, bau bahan pencuci malah ada yang sensitif pada bau badan suami sendiri. Seperti saya, saya sangat sensitif dengan bau masakan yang berasaskan ayam menyebabkan saya cuma mengambil ikan atau makanan laut sebagai hidangan utama

5. Loya

Ada ibu yang rasa loya setiap masa tetapi tidak muntah-muntah. Akan tetapi ia membuatkan ibu berasa tidak selesa sepanjang masa. Ada ibu yang mengambil inisiatif dengan berusaha untuk muntah agar rasa loya hilang

6 . Mengidam

Selalunya ibu yang hamil atau mengandung kerap mengidam atau ingin makan sesuatu yang mereka gemari atau idam-idamkan. Ada yang mengidam makanan masam-masam, ada yang mengidam makanan manis atau mengidam makanan yang sukar didapati. Ini merupakan 1 cabaran buat sang suami bagi menyampaikan hajat si siteri.

7 .  Cepat letih

Ini kerap terjadi terutama di akhir kehamilan di mana bayi semakin membesar. Keadaan ini menyebabkan ibu mengalami peningkatan berat badan yang ketarap,  mudah sakit belakang dan inggang serta sukar untuk tidur

Alahan berbeza boleh terjadi kepada ibu pada setiap kehamilan. Berdepan dengan alahan tidak mudah terutama apabila ibu perlu menjaga anak-anak yang lain atau perlu keluar bekerja. Ibu juga selalunya tidak tahu bila alahan akan berakhir. Buat para bapa, bantulah ibu berdepan dengan alahan ini dengan memberikan bantuan dan sokongan yang sepatutnya.

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

SHAKLEE HEALTH AND WELLNESS FAIR DI KOTA KINABALU SABAH

Salam dan hai semua. 23hb Januari yang lepas, buat julung kalinya Shaklee menganjurkan Health and Wellness Fair di Shaklee Kota Kinabalu Branch. Antara aktiviti yang mereka anjurkan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, demo penggunaan produk Nutriwhite, demo resepi cinch dan konsultasi kesihatan dan produk.

H & W Fair ini bukan sahaja dihadiri oleh Pengedar Shaklee berdaftar tapi juga boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja. Antara aktiviti yang paling saya suka adalah demo Cinch sebab staf Shaklee bagi cuba cinch yang telah diblend dan dicampur dengan pelbagai buah-buahan. Paling saya suka rasanya, Cinch Vanilla blend dgn strawberi.. Sedap!!! Lepas ni kena cuab sendiri di rumah 🙂

Saya kongsikan beberapa gambr ketika acara ini berlangsung k

demo dan penerangan ttg produk shaklee

Acara pertama dimulakan dengan sesi demo dan penerangan tentang produk Shaklee. Paling best demo cara bersihkan muka dengan betul dan perbezaan air yang telah ditapis oleh Water Pitcher Shaklee. Dari ujian yang dilakukan, ternyata air di kawasan KK ni punya klorin yang tinggi

h&W shaklee sabah

Sebelum timbang, wefie dulu di tempat penimbang 🙂

h&W shaklee kk

Tengah tunggu turn 🙂

health and wellnes fair shaklee kk

Ok, my turn. Pakar Nutrisi bagtau lemak kat bahagian paha banyak. Kena kurangkan. Nampaknya Omega lah jadi peneman lepas ni 🙂

nutriwhite

Ada demo set penjagaan muka Nutriwhite ni. Tapi saya tidak sempat join. Mau balik cepat 🙂

Best sangat Health and Wellness Fair ni. Sebab banyak sangat ilmu yang dapat belajar. Kalau Shaklee KK Branch buat lagi, sudi-sudikanlah datang ya. Free ja 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

KERAP KENA ULSER? ANDA PATUT AMBIL VITAMIN C SEMULAJADI INI

Salam dan hai semua… Minggu lepas saya ada menulis tentang cara kurangkan ulser mulut agar tidak mengganggu tugas seharian. Ulser ni kecil ja dalam mulut tu tapi kalau dah terkena memang rasa sakit ja dan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi masa berus gigi, kan? Hehe..

So, hari ni saya mau share vitamin yang sesuai anda ambil untuk percepatkan ulser ni sembuh. Dengan izin Allah juga ya. Ini berdasarkan testimoni pengguna-pengguna produk semulajadi ini sendiri. Jom tengok di bawah

testimoni ulser

Pengguna ni kerap kena ulser

 

testimoni ulser

Mengikut kajian, antara penyebab ulser kerap dan mudah berada di dalam mulut adalah kerana lemahnya sistem pertahanan badan. Dengan meningkatkan jumlah pengambilan Vitamin C seharian, ia membantu memperkuatkan sistem pertahanan dan antibodi badan. Ini sangat-sangat membantu percepatkan proses penyembuhan ulser itu sendiri

Selain itu, anda juga digalakkan mengambil makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B bagi membantu badan jadi lebih kuat. Dan yang paling penting adalah banyakkan minum air untuk elakkan badan dehidrasi atau panas, yang juga merupakan antara punca ulser terjadi atau lambat sembuh

Selain itu, pengambilan Vitamin C semulajadi ini juga membantu luka cepat baik, lebam-lebam cepat berkurang atau bekas pembedahan atau luka selepas bersalin cepat sembuh. Vitamin C juga membantu kulit semakin sihat dan segar yang membuatkan pengamal vitamin C akan keihatan lebih menawan dan kulit lebih glowing. Jangan tak percaya 🙂

Saya juga sangat-sangat cadangkan jika anda rasa mau demam, selsema atau gata-gatal hidung/badan kerana alergik, ambil Vit C dua biji untuk elakkan demam , selsema atau gatal-gatal makin menjadi. Mau tahu lagi pasal Vitamin C, klik di sini ya 🙂

Vitamin untuk gusi bengkak dan kulit cantik juga :)

Vitamin untuk gusi bengkak dan kulit cantik juga 🙂

Oh ya, bulan ni promsi Vitamin C ini ya. So, ada HARGA ISTIMEWA menanti pelanggan saya dari blog ini. Jadi terus ja hubungi saya di talian 016-587 9882 ya! 🙂

With Love;

Aryn Fadz Lee

TIPS KAWAL SELERA MAKAN KETIKA AIDILFITRI AGAR BERAT TIDAK NAIK MENDADAK

Salam dan hai semua. Aidilfitri anda bagaimana? Best? Open house sana-sini,  rasanya tidak sah kalau hadir Rumah Terbuka Raya dan tidak menjamah hidangan yang menyelerakan setelah berpuasa sebulan kan?

Hidangan dan makanan yang lazat dan enak ketika Aidilfitri memang tidak dapat dielakkan bukan?

Hidangan dan makanan yang lazat dan enak ketika Aidilfitri memang tidak dapat dielakkan bukan?

Akan tetapi, risau pula terlebih menjamah makanan lazat dan sedap itu hingga sebabkan berat badan naik, bukan?

Ok, untuk itu, hari ini saya kongsikan tips untuk kita kawal selera makan ketika Aidilifitri ini agar berat yang sudah turun ketika ramadhan tidak naik secara mendadak terutama ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Antaranya;

1) Pilih minum yang tidak bergas dan manis

Bunyi kedengaran agak sukar bukan? Kerana minuman bergas dan sejuk adalah antara minuman utama yang sering dihidangkan tuan rumah. Tapi anda masih boleh memilih.

Sampai di rumah saudara-mara tersebut, teruslah memilih minuman yang tidak bergas atau paling mudah pilihlah air mineral dan terus tuangkannya ke dalam  gelas anda. Buat tidak nampak sahaja minuman bergas dan sejuk yang disukai ramai itu 🙂

2) Makan buah-buahan terlebih dahulu

Sekiranya hidangan tuan rumah banyak dan sedap, pilihlah untuk menjamah buah dahulu. Buah akan membuat anda rasa kenyang terlebih dahulu. Jika anda mempunyai suplemen yang boleh buat anda rasa kenyang, ambil suplemen itu sebelum memulakan kunjungan anda.

Ini bagi membantu anda cepat berasa kenyang 🙂

3) Berhenti makan sebelum perut penuh

Berhentilah makan sebelum perut anda betul-betul kenyang atau Full. Jika ikutkan nafsu, memang semua ingin dijanmah , kan? Tapi sanggupkah anda menghadapi berat badan yang pasti naik mendadak jika makan berlebihan ? 🙂 Rasullulah pun berpesan, berhenti makan sebelum kenyang. Mungkin masa ini adalah masa yang sesuai untuk melakukannya

4) Duduk di kerusi yang jauh dari hidangan yang lazat tu

Duduklah di tempat duduk yang jauh dari hidangan-hidangan yang lazat itu atau langsung tidak berkunjung ke meja hidangan tersebut. Tapi dapatkah kita bertahan? 🙂

5) Kawal jumlah karbohidrat dan protein yang anda ambil

Kedengaran terlalu saintifik bukan. Tapi sebenarnya mudah sahaja. Kurangkan pengambilan nasi, daging dan ayam serta banyakkan pengambilan sayur-sayuran ketika makan. Kawal pemakanan nada untuk kekalkan berat badan idaman

Ok, Good luck semua. Moga berjaya Aidilfitri ini :). Kalau rasanya memang susah nak tahan diri daripada makan yang best-best tu, bolehlah ambil suplemen yang sesuai diambil sebelum makan agar lemak-lemak jahat di’block’ terlebih dahulu

Nak tahu supelemn apa yang sesuai? Boleh hubungi saya! 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882