Archives

7 PUNCA KENAPA SUSU IBU SEMAKIN KURANG

Salam dan hai semua. Maaf, agak sibuk minggu lepas. Sampai update 1 entry ja dalam semiggu. Minggu ni, Insha Allah, I’m back. Hehe..

Baru dapat whatsapp dari seorang ibu yang baru melahirkan. Anak sudah berusia 3 minggu tapi susu ibu makin kurang. Kalau diikutkan susu ibu semakin banyak pada ketika ini kerana bayi makin kerap menyusu lebih-lebih lagi kuning bayi sudah tiada. Tapi kenapa susu ibu boleh kurang?

punca susu ibu kurang

Ada beberapa faktor yang memungkinkan kurangnya susu badan. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri  yang telah mengamalkan penyusuan susu ibu selama hampir 5 tahun dan tandem nursing selama 3 tahun serta melalui  pembacaan dan ilmu-ilmu Breastfeeding daripada ramai Pro Breastfeeding. Antara penyebab susu ibu kurang adalah;

1 . Stress

Stres sangat-sangat mempengaruhi emosi ibu yang menyusukan anak. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya

Kerana itu sangat penting  untuk ibu kurangkan stres. Iyalah, memang tidak mudah untuk tidak stres lebih-lebih jika kita mengalami masalah seperti kuning bayi tinggi, anak ramai yang perlu diuruskan pada masa yang sama dan sebagainya. Akan tetapi, ambillah sedikit masa untuk anda menikmati saat-saat anda bersama bayi yang baru lahir ini. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan anda berdua malah membuatkan anda dan bayi lebih gembira. Nikmati saat ini kerana saat ini akan berlalu dengan begitu cepat dan tidak akan berulang lagi

2 . Faktor pemakanan

Ibu yang menyusui anak perlukan makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat, serta lebih gembira selepas penat menjaga bayi. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, banyak gula, banyak garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

Pemakanan yang seimbang sangat penting buat ibu yang menyusukan anaknya

3 . Kekerapan bayi menyusu

Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dahulu

4 .Bayi tidak menyusu dengan efektif

Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan  efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu

5 . Kurangnya demand dan supply

Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Adakalanya bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang

6 . Pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu perlu dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan

7 . Kurangnya minum air

Ibu yang mengamalkan Breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mengcukupkan keperluan air di dalam tubuh. Almaklumlah, susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Dahlah baby hisap yang 70% tu, badan kita pastilah perlu banyak air lagi untuk bekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untk elakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga

Selain cuba mengelakkan 7 perkara di atas yang boleh menyebab kan susu ibu semakin kurang, saya juga konsisten dengan mengambil Set Penyusuan Shaklee agar terus bertenaga untuk menyusukan kedua-dua orang anak sya yang berusia 3 tahun dan 1 tahun

Sila klik di sini untuk dapatkan tips penyusuan yang pernah saya kongsikan di sini. Terima kasih kerana membaca 🙂

Love, 

Aryn Fadz lee l 016-57 9882