Archives

TIPS KURANGKAN SAKIT PUNGGUNG DAN PINGGANG IBU HAMIL

Kebanyakan ibu hamil sering mengadu tentang sakit belakang di bahagian punggung dan pinggang. Saya juga begitu, lebih-lebih apabila kandungan mula membesar dan perut mula memboyot. Jom kita baca tips daripada Majalah Pa & Ma ini sebagai panduan kita bersama
Mungkin ada sesetengah wanita mengandung tidak menyedari posisi duduk mereka boleh memberi kesan kepada kesihatan diri sendiri bahkan janin dalam kandungan. Cara duduk yang biasa dilakukan ketika belum mengandung mungkin tidak boleh diteruskan ketika diri sedang berbadan dua.
Masalah sakit punggung dan pinggang antara yang kerap diadu oleh ibu hamil. Semuanya gara-gara kesan yang diterima akibat posisi duduk yang salah. Berikut antara cara duduk yang boleh menyebabkan ibu tidak selesa.


Membongkok


Cara duduk begini akan menyebabkan ketegangan bagi tulang belakang ibu seterusnya ia tidak mampu menanggung berat badan ibu yang semakin bertambah. Ia turut boleh memberi tekanan kepada perut ibu.
Duduk dengan kaki tergantung

Ibu hamil yang banyak melakukan kerja di hadapan computer perlu berhati-hati dalam hal ini. Duduk dengan kaki tergantung akan meningkatkan pengaliran darah ke kaki. Ia akan meningkatkan lagi masalah kaki bengkak yang menjadi lumrah di kalangan ibu hamil.
Duduk tanpa bersandar

Duduk di kerusi tanpa menyandarkan punggung akan menambahkan lagi ketegangan punggung ibu. Masalah sakit punggung akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak menyandarkannya dan menjaga tulang belakang sentiasa lurus semasa duduk.
Separuh duduk

Ia posisi duduk yang kerap dilakukan di atas tempat tidur. Kedudukan ini memberi tekanan kepada sumsum tulang belakang. Ini membuatkan ibu berasa sakit di punggung dan tulang belakang jika duduk dengan cara ini pada waktu yang lama.

Selain itu, saya juga suka mengingatkan anda untuk lupa mengambil kalsium (susu) anda sama ada dalam bentuk serbuk atau pil.. Saya mengamalkan pengambilan 4 biji  Ostematrix sebelum tidur, kalsium Shaklee bagi melengkapkan jumlah kalsium seharian yang diperlukan oleh badan saya. Selain itu, ia sangat-sangat membantu mengurangkan sakit belakang saya dan membantu pelawasan ibu mengandung . Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ostematrix Shaklee, boleh klik disini 🙂

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Sabah kawasan Kota Kinabalu, Papar, Sabah, di Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda mencari produk Shaklee yang sesuai untuk masalah anda atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda di talian;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
FB : Aryn Fadz Lee
Fb Page : Vitaminku Sefamilee