Archives

TIPS PUASA PENUH UNTUK IBU HAMIL ATAU MENGANDUNG

Salam Ramadhan semua dan selamat petang. Alhamdulillah, dapat kita bertemu Ramadhan lagi. Alhamdulillah, ini juga kali ke dua saya berpuasa ketika hamil dan dalam masa yang sama masih menyusukan anak

Memang mencabar berpuasa ketika hamil dan menyusukan anak. Ibu perlukan nutrisi yang lebih kerana perlu gunakan tenaga yang lebih semasa berpuasa di samping menahan lapar dan dahaga. Apa lagi kalau masih alahan dan memilih makanan. Memang agak mencabar

So, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk ibu hamil yang ingin berpuasa penuh agar dapat menjalaninya dengan penuh bertenaga dan tanpa lemah longlai. Tips ini juga sesuai buat ibu yang masih menyusukan anak juga 🙂

Tips berpuasa bagi ibu hamil atau mengandung

Tips berpuasa bagi ibu hamil atau mengandung

TIPS BERPUASA UNTUK IBU HAMIL DAN MENGANDUNG

1 . Niat

Pastikan anda berniat bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh dan tanpa ragu yang diri anda akan berjaya melakukannya. Elakkan berniat, kalau dapat, dapatlah. Kerana itu seakan-akan meragui kemampuan anda sendiri. Yakinlah, anda boleh melakukannya.

2. Ambil makanan bernutrisi ketika sahur

Sahur sangat penting bagi ibu yang mengandung atau hamil. Ini kerana, tenaga daripada makanan yang diambil ketika sahurlah yang membuatkan kita bertenaga sepanjang hari sebelum berbuka. Banyakkan mengambil makanan berprotein , sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Minum air secukupnya

Elak dehidrasi semasa berpuasa dengan mengambil air yang cukup. Kurangkan minuman manis dan berais. Elakkan juga minuman berkafein. Ambil sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Ambil semsa sahur dan cukupkan semasa berbuka

4. Ambil suplemen

Perlu dipastikan ibu tidak skip suplemen atau vitamin yang perlu diambil ketika mengandung walaupun berpuasa. Jika anda mengambil Set Kehamilan Shaklee, saya cadangkan ambil Vita Lea, B Complex dan Vit C ketika sahur dan Ostematrix sebelum tidur. Sebaiknya tambah ESP semasa sahur juga

5. Kurma

Saya sangat-sangat cadangkan ibu yang hamil atau mengandung untuk mengambil kurma semasa bersahur. Kurma mengandungi potassium yang diperlukan badan untuk elak dehidrasi dan tidak mudah berasa dahaga

6. Set Sahur Shaklee

Selain suplemen atau vitamin untuk ibu megandung, saya sangat cadangkan juga untuk para ibu mengambil Set Sahur Shaklee ini bagi memastikan badan tidak mudah letih, elak dehidrasi, tidak mudah lapar dan tidak cepat stres.

Saya sangat suka set ini kerana ia membuatkan saya tidak mudah letih walaupun hamil dan dalam masa yang sama perlu menyusukan anak kecil saya. Set ini jugalah yang saya ambil semasa bekerja dan perlu mengepam untuk anak-anak tersayang. Bila tidak mudah letih, kita tidak cepat lapar dan susu maintain banyak 🙂

Set sahur ini mebantu ibu tidak mudah ketih dan bertenaga sepanjang hari

Set sahur ini membantu ibu tidak mudah letih dan bertenaga sepanjang hari

7. Doa

Doa, senjata yang paling ampuh buat ibu hamil. Doa ibu hamil adalah antara doa yang tiada hijabnya dengan Allah. Mohonlah pada Yang Maha Esa untuk permudahkan perjalanan ibadah puasa kita ini. Mohonlah agar badan kita sihat dan kuat untuk menjalani ibadah wajib ini juga

Good luck buat semua ibu-ibu yang berniat berpuasa penuh tahun ini. Kita pasti boleh melakukannya 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

ALAHAN-ALAHAN YANG DIALAMI OLEH IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL

Salam dan hai..  Masih pening-pening saya ketika ini. Muntah-muntah masih juga. Selalunya ini adalah keadaan yang dialami oleh kebanyakan ibu yang mengandung dan selalunya di awal trimester pertama. Kebiasaannya bagi saya, alahan bagi setiap kehamilan adalah berbeza. So, hari ini saya ingin kongsikan alahan-alahan yang mungkin dan kebiasaannya dialami oleh ibu yang hamil

1 . Morning Sickness

Selalunya berlaku di awal pagi. Ada ibu yang rasa pening, muntah dan tidak selesa. Ada juga ibu yang muntah semasa berus gigi sahaja. Pelbagai Morning sickness boleh dialami oleh ibu yang berbeza

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami sebarang alahan

2 . Pening-pening

Ini kerap berlaku kepada saya pada setiap kehamilan. Rasa peningnya berbeza seakan-akan kepala berpusing-puisng setiap masa. Ada ibu yang cuma mengalami pening kadang-kadang. Tapi seperti saya, pening tersebut saya rasai sepanjang kehamilan

3 . Muntah-muntah

Kerap terjadi pada awal kehamilan. Selalunya terjadi apabila ibu mula loya atau sensitif pada bau sesuatu makanan hingga menyebabkan ibu mula kurang mengambil makanan yang secukupnya sehingga berlakunya gastrik. Bila berlakunya gastrik, perut kosong yang kerap berangin membuatkan ibu mudah muntah

4 . Sensitif pada bau

Ada ibu yang sensitif pada bau makanan, bau bahan pencuci malah ada yang sensitif pada bau badan suami sendiri. Seperti saya, saya sangat sensitif dengan bau masakan yang berasaskan ayam menyebabkan saya cuma mengambil ikan atau makanan laut sebagai hidangan utama

5. Loya

Ada ibu yang rasa loya setiap masa tetapi tidak muntah-muntah. Akan tetapi ia membuatkan ibu berasa tidak selesa sepanjang masa. Ada ibu yang mengambil inisiatif dengan berusaha untuk muntah agar rasa loya hilang

6 . Mengidam

Selalunya ibu yang hamil atau mengandung kerap mengidam atau ingin makan sesuatu yang mereka gemari atau idam-idamkan. Ada yang mengidam makanan masam-masam, ada yang mengidam makanan manis atau mengidam makanan yang sukar didapati. Ini merupakan 1 cabaran buat sang suami bagi menyampaikan hajat si siteri.

7 .  Cepat letih

Ini kerap terjadi terutama di akhir kehamilan di mana bayi semakin membesar. Keadaan ini menyebabkan ibu mengalami peningkatan berat badan yang ketarap,  mudah sakit belakang dan inggang serta sukar untuk tidur

Alahan berbeza boleh terjadi kepada ibu pada setiap kehamilan. Berdepan dengan alahan tidak mudah terutama apabila ibu perlu menjaga anak-anak yang lain atau perlu keluar bekerja. Ibu juga selalunya tidak tahu bila alahan akan berakhir. Buat para bapa, bantulah ibu berdepan dengan alahan ini dengan memberikan bantuan dan sokongan yang sepatutnya.

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share