Archives

PENTINGNYA MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEAWAL KELAHIRAN

Salam dan hai semua..Alhamdulillah.. Menjengah hari ke empat berpantang dan memulakan kehidupan dengan pertambahan orang baru. Bukan sesuatu yang mudah kerana ada 3 orang anak kecil yang over excited dengan kehadiran orang baru dan tidak henti-henti mencium adik mereka 🙂

Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi hari ini saya ingin kongsikan pentingnya penyusuan susu ibu seawal kelahiran lebih-lebih lagi jika anak mempunyai masalah jaundice atau bacaan kuning yang tinggi

Susu ibu yang dianugerahkan tuhan pada ibu-ibu selepas melahirkan mempunyai antibodi yang mampu membantu menurunkan kadar bacaan kuning bayi. Susu ibu mampu memperkuatkan pertahanan badan bayi dan membantu hati bayi agar mampu mengeluarkan bilirubin daripada badan

Sangat penting memulakan penyusuan susu ibu seawal kelahiran bayi bagi merangsang pengeluran kolostrum, susu awal terpenting

Sangat penting memulakan penyusuan susu ibu seawal kelahiran bayi bagi merangsang pengeluran kolostrum, susu awal terpenting

Seawal kelahiran saya sangat cadangkan ibu-ibu untuk terus offer bayi untuk menyusu agar dapat memulakan rangsangan pertama pada ibu. Ini juga membantu agar otak dapat memberi signal pada badan agar mengeluarkan susu ibu buat bayi yang baru lahir

Usah stres atau katakan pada diri susu ibu tidak banyak jika anda tidak merasa sebarang kehadiran cecair pada payudara anda. Ini adalah normal kerana susu permulaan yang dipanggil kolostrum adalah sangat pekat dan akan keluar jika bayi menyusu. Dan kolostrum inilah susu yang paling penting kerana ia mempunyai antibodi pertama dan kuat untuk bayi

Teruskan menyusukan bayi anda. Offer susu ibu kepada bayi anda secara berterusan dan jangan putus asa. Bayi anda juga dalam proses belajar seperti anda

Penting juga untuk pastikan anda;

1 . Jaga pemakanan

Makan mengikut jadual sepatutnya dan jangan lengahkan waktu makan. Kalau rasa lapar selepas bayi menyusu, makanlah sesuatu untuk mengelakkan anda lapar. Menyusukan bayi akan membuat anda cepat lapar kerana kalori anda banyak terbakar

2 . Berfikiran positif

Penting untuk yakin bahawa susu ibu anda ada dan banyak. Jangan ragu dengan itu. Anda perlukan pemikiran yang positif untuk bantu badan anda mampu mengeluarkan susu ibu

3 . Elak stres

Memang stres apabila kita rasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi. Tapi stres inilah salah satu penyebab utama susu ibu tidak dapat dihasilkan. Otak perlukan hormon ‘ gembira’ daripada anda untuk meyakinkan badan anda boleh menghasilkan susu ibu

4 . Gali ilmu

Ada banyak ilmu penyusuan masa kini sama ada secara online atau offline. Cari ilmu berkaitan penyusuan sebelum kelahiran. Ia sangat-sangat membantu

5 .  Minum banyak air

Pastikan badan tidak dehidrasi. Anda perlu banyak minum air agar badan anda cukup air

6 . Sokongan suami

Bawa suami bersama-sama dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini. Sokongan dan understanding suami sangat penting. Jika suami tidak faham, berikan info yang betul pada suami anda. Sokongan suami sangat-sangat membantu

7 . Talk to somebody

Jika rasa stres tidak berkurangan, talk to somebdoy yang tahu atau berpengalaman tentang susu ibu. Anda perlukan sokongan tentang hal ini. Saya pasti ramai yang boleh membantu. Anda juga boleh hubungi Kumpulan Sokongan Susu Ibu atau Unit Laktasi di hospital berdekat anda

8 . Ambil suplemen jika perlu

Suplemen yang sesuai mampu membantu anda lebih bertenaga, tidak cepat letih dan kurang stres. Ada suplemen yang boleh dijadikan sebagai Milk Booster. Apabila anda bertenaga dan happy, susu ibu pasti akan jadi lebih banyak

Ok, nanti saya kongsikan lagi tentang penyusuan susu ibu ini ya. Good luck untuk ibu-ibu berpantang ini. Kita pasti boleh menjayakan penyusuan susu ibu kita kepada bayi tersayang

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

SET B – SET PENYUSUAN BUDGET

Slm semua..Ahad lepas tiba-tiba saya menerima sms dari number yang begitu asing bagi saya yang terus bertanya tentang SET PENYUSUAN SHAKLEE. Setelah kami berbalas sms, barula saya tau beliau merupakan kenalan lama. Alhamdulillah, setelah saya advice suplement yang sesuai beliau setuju untuk beli set Penyusuan 3M Shaklee..

Sebenarnya, saya sangat bersyukur kerana makin ramai sahabat-sabahbat saya nampak kepentigngan penyusuan susu ibu ini. Walaupun ada juga yang mulanya berkata macam-macam, tapi akhirnya ada antara mereka mula faham yang susu ibu ini adalah susu terbaik buat bayi.. Alhamdulillah.. Ya Allah, ko mudahkanlah perjalanan penyusuan susu ibuku buat anak ke-2 ku hingga dia berusia 2 tahun..Aminnn..

SET B – SET PENYUSUAN BUDGET

SET PENYUSUAN BUDGET ini terdiri daripada;

1) Vita – Lea
– Multivitamin yang mempunyai 28 jenis vitamin untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal
– Menguatkan fungsi otak
– Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
– Membantu ibu-ibu yang mengalami kekurangan darah

2) B Complex
Mampu menukar makanan menjadi tenaga
– Mencegah kelesuan
– Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
– Mengawal kesihatan sistem saraf

3) Alfalfa
Milk Booster
– Membantu memulihkan sembelit
– Meneutralkan asid dalam badan
– Bagus untuk alergik dan ekzema

4) Energizing Soy Protein
Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu
Mengekalkan tenaga berkekalan
– Meningkatkan fungsi jantung dan payudara
– Membantu kenajalan kulit – Awet muda

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang SET ini, hubungi saya pada bila-bila masa. Konsultasi tentang penyusuan susu ibu saya sediakan dan saya akan sharekan pengalaman saya sendiri tentang penyusuan susu ibu sehinggan anak saya berusia 2  tahun dan sehingga kini.
 

 Hubungi saya untuk maklumat lanjut k;


Call/Msg/Whatsapp: 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort serta seluruh Malaysia. Hubungi saya untuk mengetahui tentang Suplement atau produk Shaklee 🙂
Share

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Salam jumaat semua kawan-kawan..Kawan-kawan sihat? Saya dan anak-anak sihat.. Suami pergi kursus, 3 hari..tinggal kami anak – beranak.. Nasib baik ada mummy dan adik-beradik datang. Tidaklah rasa kelam -kabut menjaga anak-anak sorang-sorang ;)..

Baru-baru ni, saya post d fb gambar susu ibu saya yang penuh kat icebox tu.. Ingat mau hint-hint husband untuk belikan freezer, tengok2 ramai pula orang komen tanya macammna cara mau banyakkan susu dengan ambil suplement apa.. 
Gambar stok susu kat icebox rumah 🙂

Walaupun saya sebagai pengedar sah SHAKLEE yang menjual suplement-suplement yang boleh membantu memperbanyakkan air susu, tapi saya juga nak semua orang tahu yang suplement-suplement ini hanya membantu ibu untuk hasilkan susu yang lebih banyak dengan teknik dan cara yang betul. The main person yang kena berusaha untuk hasilkan susu adalah ANDA sendiri.. Tanpa teknik dan cara yang betul, pengambilan suplement akan jadi sia-sia dan tidak hairanlah susu makin berkurang walau anda mengambil suplement yang mahal sekalipun.


Antara tip-tips yang penting ialah;

1) Kerap mengepam atau direct feed– Jika bayi kurang direct feed ( Menyusu badan secara direct) sebaiknya ibu teruskan mengepam dengan jadual mengepam yang konsisten.. 
Buat jadual sendiri mengikut kesesuaian masa anda. Ingat ya, penghasilan susu ibu adalah berasakan teori demand and supply.. Semakin banyak demand ( permintaan) semakin banyak supply ( bekalan). Semakin kerap kita kosongkan breast kita, semakin banyak susu akan terhasil sebab otak kita akan sampaikan mesej kepada badan kita untuk hasilkan susu ibu lebih banyak bila breast kita kerap kosong.

2) Berfikiran positif – Jangan stres wahai ibu-ibu. Stres menyebabkan kita tertekan dan kurang happy.. Penghasilan susu ibu sangat-sangat dipengaruhi oleh perasaan ibu itu sendiri. Setiap kali mengepam, bayangkan anak anda tengah menyusu dengan anda dan anda tengah alirkan kasih sayang anda yang melimpah ruah itu melalui air susu anda.

3) Berdoa – Sebelum anda mulakan sesi mengepam atau menyusukan anak, mohon dengan Allah untuk sentiasa banyaakn air susu untuk anak anda

4) Sekiranya anda ibu bekerja, ambil cuti 2-3 hari untuk meluangkan masa bersama anak anda. Macam saya dulu, Saya ambil cuti n rehatkan diri bersama anak-anak di rumah tanpa melakukan apa-apapun.. Makan pun minta hubby yang tapaukan.. So, hati rasa lebih relax dan happy sebab dapat meluangkan masa bersama anak-anak 🙂

5) Berzikir – Istighfar, Selawat setiap kali anda mengepam atau menyusukan bayi

6) Amalkan pemakanan seimbang – Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya badan rasa lebih sihat dan segar. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan sejuk. Saya ni susah mau uruskan pasal makanan seimbang ni, thats why saya ambil suplement SHAKLEE 🙂

7) Yakin bahawa susu ibu anada cukup dan banyak untuk anak-anak anda

8) Cari info-info penyusuan melalui pembacaan. Google ja..hihi..

9) Ikuti group-group penyusuan susu ibu. Saya join Support Group Susu Ibu Sabah kat FB

10) Power pumping – Power pumping adalah salah satu kaedah untuk membanyakkan demand kepada breast anda. Caranya ialah pam sebelah atau kedua-dua breast selama 15-2 0minit dan berhenti selama sepuluh- 15 minit.. Lakukan berulang kali selama sejam setiap hari. Pam sebaik-baiknya pada awal pagi ketika bayi sedang tidur kerana pada waktu ini susu yang terhasil adalah pekat dan dalam keadaan yang terbaik.

Tips2 dia atas adalah cara-cara yang saya lakukan untuk memperbanyakkan susu ibu saya dan Alhamdulillah berkesan.. Saya pun pernah mengalami kemerunduman susu ibu dan apa yang pasti saya sangat kekurangan ilmu tentang penyusuan pada masa itu sehingga membuatkan saya begitu stres. Sebaiknya, bagi ibu-ibu yang bekerja mulakan menyimpan stok seawal bayi berusia seminggu. 

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat tentang penyusuan, feel free to contact me k..Saya akan membantu sedaya upaya saya.. Moga kita sama-sama berjaya untuk berjuang menghasilkan susu ibu terbaik dan banyak untuk anak tersayang.. Aminnn

Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui tentang suplement yang sesuai untuk ibu menyusu k 🙂 ..

FB : Aryn Fadz Lee
FB Page ; Vitaminku Sefamilee
Call / Msg / Whatsapp : 016-587 9882
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

Kisah Penyusuanku Sehingga 2 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. Sorry..Lama xupdate blog..Ada kekangan masa sedikit akhir2 ini..Tapi itu bukan alasan la arynn!!! Hihihi.. 

Kisah Penyusuanku Sehingga 2 tahun..ALhamdulillah, 28 March 2013, lengkapla PHD saya dlm usaha saya menyusukan anak saya Eisra’ Muhamad Furqan, yang berusia genap 2 tahun. Hati saya berbunga-bunga, jiwa saya tersenyum lebar, hari saya berasa begitu ceria Khamis tu.. Akhirnya, setelah berusaha selama 2 tahun, saya berjaya menjayakan misi saya- Menyusukan Furqan sehingga 2 tahun…Terima kasih , Ya Allah..

Berbagai-bagai perkara dan cabaran yang berlaku, lebih-lebih lagi Furqan berkongsi susu dengan adik tersayang.. Berbagai pengalaman serta pahit manis juga yang dialami tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat saya sedikitpun.. Walaupun kurang sokongan keluarga, namun sokongan dari Suami Tersayang yang sangat kuat dan jitu buat saya lagi kuat walaupun masih terasa sakitnya Cik ‘B’ bila budak berusia 2 tahun ni menyusu ( sebab da banyak gigi..hihi)

Sehingga ke hari ini, saya masih menyusukan Furqan. Saya dan suami sudah berbincang dan buat keputusan untuk meneruskan penyusuan ini sehinggan Furqan berusia 2 tahun lebih. Alhamdulillah, suami sangat memahami.. Saya sebenarnya belum bersedia mau wean off..hehe..Belum sedia saya mau lepaskan ‘pandangan’ kasih sayang Furqan tiap kali dia menyusu. Saya tidak bersedia lagi tidur tanpa terasa pelukan lembut Furqan si Comelku sayang. Saya belum bersedia…banyakkkk perkara lagi. Saya belum sanggup lagi lepaskan semuanya pergi..Tapi saya sedar, masanya akan tiba.. Saya perlu melepaskan juga semuanya..Huhu.. Belum sedia la ummi, Furqan..
Saya masih teruskan amalan mengepam saya setiap hari 🙂
Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya bagiku Ya Allah.. Mudah2an bila masanya sudah tiba, saya bersedia untuk wean off Furqan dan mampu melepaskan perasaan tidak bersedia  ini.. Terima kasih juga , Ya Allah..kau permudahkan bagiku untuk terus menghasilkan susu ibu yang banyak untuk anak-anakku.. Teringat saya betapa sedihnya saya bila air susu ibu saya merudum kerana saya tengah mengandung..  Masa tulah saya berkenalan lebih rapat dengan Shaklee.. 🙂 .. Mungkin itulah hikmahnya..Sampai sekarang saya masih konsisten ambik Suplements Shaklee supaya badan lebih sihat dan susu maintain banyak.. Di samping menjana pendapatan sampingan yang hebat !

Celebrate Furqan’s Birthday at his nursery
 Gambar ni masa kami belikan KFC dan kek untuk Furqan masa 28 Mac tu.. Sambut kat taska ja, sekali dengan kawan-kawan.. Semangat betul Furqan makan dengan kawan-kawan sampai mau ambil gambarpun susah..sebab dia asyik mau makan ikut kawan-kawan dia..hihi.. LOVE U SAYANG.. Ummi akan sentiasa mengasihimu.. Emmmuuaahh.. Furqan, anak yang sangat pandai 🙂 .. (Ramai da orang tegur, kebanyakannya terkejut sebab dalam usia baru 2 tahun Furqan da boleh bercakap dengan lancar ) …Alhamdulillah.. anak susu ibu kan 🙂
Sekiranya anda ingin tahu rahsia untuk banyakkan air susu ibu seperti saya lebih-lebih lagi untuk maintainkannya walaupun tanderm nursing macam saya, sila hubungi saya.. Konsultasi percuma akan saya berikan 🙂

Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort serta seluruh Malaysia. Sekiranya anda mencari supelements yang selamat untuk menjayakan penyusuan susu ibu anda, sila hubungi saya!

FB : Aryn Fadz Lee
Call/ Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : kawan_sya@yahoo.com
Fb Page : Vitaminku Sefamilee 
Share