Archives

TIPS MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BALIK KAMPUNG AIDILFITRI INI AGAR KEPALA TIDAK SERABUT FIKIRKAN RUMAH SAHAJA

Salam dan hai semua.. Ada 2 hari lagi sebelum Syawal dan rasanya sudah ramai yang memulakan perjalanan untuk balik kampung tersayang. Jika kampung anda jauh dan akan meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama, 7 tips ini mungkin boleh membantu anda agar rumah selamat sepanjang anda meninggalkannya. Insha Allah..

Mesti tidak sbar balik kampung kan? Hati-hati di jalan raya k

Mesti tidak sbar balik kampung kan? Hati-hati di jalan raya k

1) Pastikan plug elektrik untuk pemanas air,  mesin basuh dan barangan elektrik di cabut

Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya fius terbakar sepanjang ketiadaan anda. Jika anda rajin, bersihkan peti sejuk anda dan matikan dan cabut juga plug peti sejuk tersebut

Oh, ya.. Jangan lupa tutup atau cabut kepada gas anda, ok 🙂

2) Jika anda mempunyai haiwan peliharaan dan anda tinggalkannya di rumah, sediakan makanan dan minuman yang mencukupi agar mereka tidak kelaparan. Atau cara paling mudah, bawa mereka balik kampung sekali 🙂

3) Laporkan kepada balai polis berdekatan tentang pemergian anda. Ini juga penting agar pihak polis boleh membantu mengawasi rumah anda semasa anda bercuti

4) Pastikan semua sampah dibuang bagi mengelakkan rumah berbau dan sampah berulat

5) Rancang perjalanan dan aktiviti anda di kampung

In penting agar anda boleh sediakan pakaian, peralatan atau barang-barang yang diperlukan atau untuk digunakan di kampung. Ia juga bagi mengelakkan anda tertinggal benda-benda penting yang harus anda bawa ketika balik kampung

6) Pastikan kenderaan anda sudah bersedia

Pastikan kenderaan anda sudah beredia untuk memulakan perjalanan yang jauh. Servis kenderaan anda yang sepatutnya bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan balik kampung anda

7) Pastikan anda kunci rumah sebaiknya

Kunci pintu belakang , jendela dan kenderaan yang mungkin anda tinggalkan seperti motor atau basikal sebaiknya

Dan yang paling penting, berdoa dan memohonlah dengan Yang Esa agar dipermudahkan perjalanan balik kampung anda untuk bertemu insan-insan tersayang dan rumah terjaga  erta selamat dengan izinNya. Selamat balik kampung dan Selamat hari Raya 🙂