Archives

PENGALAMAN 7 TAHUN BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK BUAT SAYA RASA IBU INI HEBAT!

Salam dan hai semua. Pengalaman selama 7 tahun berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak buat saya rasai ibu ini sangat hebat. Jom tonton video ini untuk mengetahui tips-tips yang beliau amalkan

 

RahsiaΒ dan tips berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan anak

Bagaimana? Sudah take note?

Berpuasa dalam keaddan diri sedang hamil dan menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu sendiri perlu kuatkan semangat dan siapkan diri secara fizikal bagi memastikan ibu mampu menghabiskan puasa sehingga waktu berbuka di kala badan rasa lapar dan haus yang lebih daripada biasa

Antara tips-tips yang Puan Salwa Saleh kongsikan Β di dalam video beliau adalah;

TIPS KEKAL CERGAS BERPUASA DALAM KEADAAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

1) Pastikan konsep utama penyusuan iaitu Demand And Supply dipenuhi

Teruskan sesi mengepam seperti biasa mengikut jadual mengepam setiap hari di pejabat. Untuk yang tidak bekerja di pejabat, boleh teruskan penyusuan susu ibu dengan anak seperti biasa. Jika anda rasakan susu makin kurang, adalah sebaiknya anda pam lagi pada waktu malam atau semasa sahur

2) Pengambilan air yang cukup

Pengambilan air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari sangat penting untuk elakkan badan dehidrasi. Anda boleh cukupkan 3 liter dari waktu berbuka hingga ke sahur

3) Elakkan stres

Stres atau tidak yakin susu anda cukup akan membuatkan susu ibu anda makin berkurangan. Anda perlu setkan di minda bahawa susu anda banyak dan cukup buat bayi kesayangan anda

4) Konsisten dengan Set Penyusuan dan Set Tambah tenaga

Set-set ini sangat membantu ibu kekal bertenaga, tidak mudah letih dan tidak mudah stres ketika hamil dan menyusukan anak. Set ini bukan sahaja selamat diambil oleh ibu yang hamil, tapi juga membantu menggalakkan pengeluaran susu ibu. Akan tetapi jangan dilupa, proses Demand dan Supply itu paling utama

Saya sendiri merasai pengalaman berpuasa dalam keadaan hamil dan menyusukan 2 oang anak serentak (Tanderm Nursing). Walaupun kadang-kadang saya rasa lebih mudah letih, tapi saya juga yakin saya akan berjaya habiskan puasa sehari. Saya yakin anda juga boleh!

Amalkanlah tips-tips di atas. Insha Allah, anda boleh berpuasa tanpa atau kurang rasa letih.

KISAH PENYUSUAN BAYI PRAMATANGKU, FYRASH

Teringat dan masih terbayang-bayang di mata kisah kelahiran dan penyusuan bayi pramatangku setiap kali saya melihat Fyrash. Macam rasa tidak percaya melihat dia sebesar ini. Dulu dengan berat 2 kg, lengannya hanya sebesar 1 1/2 jari saya. Kini, Alhamdulillah.. πŸ™‚

tips naikkan berat bayi pramatang
Eirsyad Muhamad Fyrash.. Lahir 2 Ogos 2012 dengan berat 2kg sahaja 

KISAH KELAHIRAN FYRASH


Sedikit kisah tentang kelahiran Fyrash.

Putera kedua kami ini lahir di kala kandungan saya mencecah 33 minggu 5 hari pada 2 Ogos 2012 jam 7.30 pagi . Ia adalah sesuatu yang tidak saya dan suami jangkakan memandangkan putera pertama kami lahir cukup bulan. Dengan berat cuma 2kg, saya terus mengalirkan air mata selepas Fyrash lahir ke dunia

Macam-macam yang berlegar di fikiran saya ketika itu. Saya sangat takut Fyrash dimasukkan ke dalam kaca dan kami ditahan di hospital dalam jangka waktu yang lama. Saya risau Fyrash tidak dapat saya susukan sepenuhnya dan juga risau dia akan mudah mendapat sakit seperti mana ramai orang katakan tentang bayi pramatang ini

Hati saya makin bertambah risau bila mana sebaik sahaja Fyrash dibersihkan, nurse bawa Fyrash jumpa saya hanya sekejap dan selepas itu, bawa dia pergi. Nurse bagitau yang Fyrash perlu dibawa ke WAD NCU kanak-kanak untuk diperiksa lebih lanjut. Dalam masa yang sama, saya cuba juga menyusukan Fyrash tapi tidak berjaya.

Selepas itu, datang seorang doktor menerangkan kepada saya tentang keadaan Fyrash. Memandangkan Fyrash lahir tidak cukup bulan dan saya sendiri demam, selsema dan batuk sebelum kelahirannya, mereka perlu periksa dan analisa Fyrash kerana dikhuatiri Fyrash menghidap jangkitan. Dan saya cuma mampu redha lebih-lebih lagi suami tiada di sisi ;'(

KISAH PENYUSUAN KAMI


Setelah discharge daripada wad, saya segera ke unit NCU kanak-kanak. Saya tidak sabar bertemu Fyrash lebih-lebih lagi saya tahu dia tidak disusukan dengan susu ibu. Dia cuma dibawa berjumpa saya sekejap sahaja semasa di labour room untuk disusukan.

Sebelum saya discharge, suami terlebih dahulu melawat Fyrash di wad NCU. Sempat juga suami kirimkan gambar Fyrash. Saya sesungguhnya sangat sedih kerana kebiasaannya selepas bayi lahir, mereka akan terus berada di dalam dakapan si ibu. Tapi tidak bagi Fyrash. Airmata saya mengalir lagi

Alhamdulillah, dengan berat melebihi 1.8kg Fyrash tidak dimasukkan di dalam kaca. Dan dengan izinNya, kami cuma bermalam selama 1 malam di wad NCU selepas disahkan Fyrash sihat dan bebas dari sebarang jangkitan

Episod perjuangan penyusuan kami bermula setelah balik dari hospital. Dengan berat yang dikira underweight dan bacaan kuning yang tinggi, ia sememangnya sesuatu yang mencabar. Saya sentiasa berfikir cara untuk menaikkan berat badan Fyrash. Dan saya tahu salah satu jawapannya adalah dengan menyusukan susu ibu

premature baby
Aidilfitri 2012. Fyrash belum sampai usia sebulan. Terdapat komen daripada junior di sekolah yang tidak perasan ada Fyrash di situ kerana terlalu kecil πŸ™‚

Setelah mencari maklumat, saya dapati cara-cara ini berjaya bantu meningkatkan berat badan bayi pramatang kami ini

pengedar shaklee beaufort
Fyrash ketika berusia 3 bulan
1) Melebihkan Supply susu ibu daripada Demand

Saya kerap menyusukan Fyrash dan tidak menunggu bayi menangis. Saya akan menawarkan susu ibu pada bila-bila masa kepada Fyrash. Bila saya melihat Fyrash dalam keadaan relax dan gembira, saya akan terus offer susu kepada bayi kami ini. Kaedah ini ternyata berkesan kerana Fyrash tidak pernah menolak

2. Urutan

Saya juga mengamalkan cara urutan yang betul setiap kali selepas Fyrash mandi. Cara ini ternyata seronok kerana Fyrash memang sukakannya. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami berdua

3) Berkomunikasi dengan bayi

Saya akan pastikan saya berkomunikasi dengan Fyrash sambil menatap tepat ke matanya, menyentuh serta mengusap dirinya. Tindakan ini bagi saya sangat penting agar Fyrash tahu yang saya sangat-sangat sayangkan dirinya. Ini sangat membantu Fyrash berada dalam keadaan yang lebih gembira dan seterusnya menyusu dalam suasana yang selesa

4) Jaga pemakanan

Dalam proses ini, penyusuan susu ibu itu sangat penting. Jadi, saya pastikan diri saya mengambil makanan yang boleh membantu saya menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan penuh nutrisi. Saya juga mengurangkan minuman berais dan berkafein

5) Mengambil vitamin dan suplemen yang sesuai

Ketika ini juga, saya amalkan pengambilan Vita Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix Shaklee agar badan saya cukup bertenaga dan tidak cepat stres memandangkan saya menyusukan 2 anak saya secara serentak. Selepas Fyrash lahir, Furqan masih menyusu dengan saya πŸ™‚

Alhamdulillah..dengan mengamalkan kaedah ini berat fyrash 2kg naik ke 4 kg dalam masa 3 bulan. Sampaikan saya sendiri tidak sedar yang badan Fyrash makin gemuk sehinggalah orang sekeliling menegur. Terima kasih Allah..

6) Doa 

Doa ibu adalah doa yang tiada hijabnya dengan Allah. Setiap saat saya memohon kepada Allah untuk membantu saya dan suami agar kami berjaya dalam usaha menaikkan berat badan bayi pramatang kami ini. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar Doa :’)


Bagi ibu-ibu di luar sana, seperti sahabat saya Puan Hidayah Kassim ini yang juga melahirkan bayi pramatang seperti saya, yakinlah bahawa kita mampu besarkan anak ini dengan penuh kasih sayang dan kita akan melihat bayi ini membesar dengan sangat sihat. Jangan pernah putus asa
Sesungguhnya, kasih sayang ibulah antara penyebab bayi pramatang mampu membesar dengan sihat dan gembira

Untuk Fyrash, ketahuilah.. Walaupun kelahiranmu penuh dengan airmata, tapi Ummi membesarkanmu dengan penuh senyuman :’)
Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan atau berkongsi kisah bayi pramatang anda bersama saya. Sesungguhnya, saya amat-amat memahami perasaan anda

TESTIMONI SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE SAYA

Alhamdulillah..siap juga video ni.. Dari semalam janji dengan hubby mau ambil video Testimoni Set Penyusuan Lengkap (3M) Shaklee saya sendiri. Berusahalah tidurkan 2 hero tersayang tu.. Last-last ummi dia yang ikut tidur pula.. Hahaha..

Akhirnya, kitorang buat lepas Solat subuh tadi. Budak-budak masih tidur, jadi memang ngamlah waktu tu. Lucu juga tadi.. Tanpa skrip dan spontan. Tapi dekat 6-7 kali kitorang ambil video. Mau pilih yang terbaik kan..Hihi.. Selalu saya ambil video orang, minta orang bercakap. Kali ni diri sendiri pula yang jadi model.. Ambik ko.. Rupanya bukan senang bercakap depan hp ni walaupun tiada orang di sekeliling. Almaklumlah, nervous juga tadi sebab tahu video ni nak masuk You Tube.. Hihi..

Jom layan video ni..:)

Macamana? Comel tak mak jemah hihi…Mungkin suara saya kurang jelas, so saya mau kongsikan sekali lagi dalam bentuk penulisan perbezaan yang saya rasai selepas melahirkan anak ke-3 kami, Putri. For info u olls, hanya pada kelahiran ke-3 ini saya consume set ini sepenuhnya dan selengkapnya. Pada kelahiran pertama, saya belum mengenali Shaklee. Kelahiran ke-2 saya cuma ambil Set Asas Penyusuan itupun tidak konsisten. So, kira kelahiran ke-3 lah sebenarnya baru saya consume Set Penyusuan ini dengan lengkap dan konsisten.

Antara perbezaan yang saya rasai adalah;

1) Tidak mudah penat
2) Tidak mudah stress
3) TIdak mengalami sakit belakang
4) Cepat lawas
5) Susu cepat banyak
6) Bayi cepat kenyang
7) Bayi tidur lama dan tidak kerap bangun
8) Jaundis baby tidak tinggi. Kedua-dua abang Putri ditahan selama 1 malam akibat masalah bacaan kuning yang tinggi tetapi alhamdulillah, Putri tidak..
9) Berat badan saya tidak mudah naik walaupun makan agak banyak. Almaklumlah, saya masih menyusukan 2 anak tersayang πŸ™‚
10) Putri cepat membesar dan cepat naik berat badan

testimoni set penyusuan lengkap
Antara Testimoni Set Penyusuan Lengkap pelanggan terawal kami
testimoni set penyusuan lengkap shaklee
Testimoni Set Penyusuan Lengkap Shaklee
Suka saya ingatkan pada ibu-ibu yang mengamalkan atau berhajat untuk menyusukan anak, jangan lupa untuk meminta dan berdoa pada Yang Maha Esa agar dimurahkan rezeki kita dan dibanyakkan susu kita. InshaAllah.. Allah lah yang memberi anugerah susu ibu ini kepada kita dan kepadaNya jua kita memohon agar dipermudahkan perjalanan penyusuan susu ibu selama yang kita hajati. Aminnn πŸ™‚

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang atau inginkan tips tentang penyusuan, anda boleh klik di sini.. Anda juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan info, tips dan apa-apa tentang penyusuan susu ibu 
Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya πŸ™‚

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com