Archives

CARA UNTUK INSTALL WHATSAPP DI KOMPUTER

Salam sejahtera semua :). Baru-baru Ini ber’blogwalking’ di www.anakulucheka.com dan terjumpa artikel tentang cara untuk install Whatsapp di komputer atau PC anda. Bagus juga info ni, sangat berguna buat saya. Sebab kadang-kadang buat kerja di laptop, bolehlah terus layan whatsapp melalui komputer kan. Mudah sikit 🙂

Kalau kamurang pun mahu cuba, saya tunjukkan cara-caranya,k.

Mula-mula, anda kena pastikan anda update Appplication Whatsapp anda di Handphone kesayangan tu. Pergi ke Play Store dan update, ok 🙂

Lepas tu, buka internet di komputer anda dan pergi ke laman web https://web.whatsapp.com/. Anda akan nampak seperti gambar di bawah

whatsapp install1

Kemudian, pergi ke Aplikasi Whatsapp anda yang di dalam telefon anda. Pergi ke Setting dan cari Whatsapp Web. Contohnya seperti gambar di bawah

 

Kli pada perkataan Whatsapp Web di dalam aplikasi Whatsapp di Handphone anda

Klik pada perkataan Whatsapp Web di dalam aplikasi Whatsapp di Handphone anda

Seterusnya, scan QR CODE di web.whatsapp.com tadi bagi tujuan pengesahan. Setelah selesai, anda akan lihat Whatsapp di komputer anda bersambung atau Connected dan kelihatan begini. Anda sudah boleh berWhatsapp melalui kmputer.

Ini menunjukkan anda sudah connect Whatsapp anda ke komputer

Ini menunjukkan anda sudah berjaya connect Whatsapp anda ke komputer

Tapi pastikan Whatsapp di Handphone anda buka juga ya. Hihi..Ya, rasanya mcam bagus ja guna Whatsapp di telefon terus kan. Terpulang kepada anda.

Tapi kalau bagi saya, menggunakan aplikasi Whatsapp di komputer memudahkan saya berinteraksi ketika saya perlu menaip panjang, menghantar whatsapp untuk ramai orang atau menghantar gambar-gambar yang terdapat di komputer 🙂

Anda juga boleh check di Handphone anda sekiranya Whatsapp anda sudah bersambung ke komputer. Caranya, pergi ke aplikasi whatsapp di telefon anda, klik whatsapp Web dan ia akan keluar seperti gambar di bawah

install whatsapp3

Ok, selamat berwhatsapp! 🙂