Archives

CARA KURANGKAN ALERGIK, GATAL HIDUNG DAN BERSIN TIDAK BERHENTI TANPA UBAT

Salam dan hai semua.. Cuaca tidak menentu dan keadaan berjerebu ni buat tekak kering dan alergik saya keluar semula. Lama juga hidung ni tidak gatal-gatal dan bersin tidak berhenti atau dipanggil sinus/resdung. Tapi 2-3 hari ni, non stop pula gata-gatal hidung dan bersin ni datang.

Sungguh menduga.. Kerana sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, perkara sebegini mengurangkan fokus dan pergerakan saya. Membuatkan saya rasa cepat letih (kerana bersin tidak berhenti ) dan hidung mulai sakit dan merah ( kerana kerap menggosok hidung dan mengelap hingus yang keluar tidak berhenti)

Jika teruk, kadang-kadang tidak terbuat kerja olehnya

Jika keadaan menjadi teruk, kadang-kadang tidak terbuat satu kerjapun di rumah

Bagi anda yang mengalami masalah yang sama seperti saya, ada beberapa cara ingin saya kongsikan untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya;

1 . Minum air yang banyak 

Ketika kita sakit atau hingus keluar tidak berhenti dari hidung macam ni, memanglah banyak air yang keluar daripada badan. So, kenalah minum lebih banyak air. Kalau masa sihat kena minum at least 3 iter sehari, masa macam ni memanglah kena ambil double.. Amacam?

Kena ingat, setiap 20 kg berat kita, kita kena minum at least 1 liter air.. So, kalau berat badan 60kg macam saya, maksud dia  kena ambil 3 liter air sehari. Itu kalau waktu sihat. Ni tengah-tengah sakit keluar hingus meleleh ni tidak berhenti, lagilah kena minum banyak air.

Tapi ingat, avoid dulu ya ambil minuman sejuk atau berais. Sebab minuman sejuk atau berais akan memburukkan keadaan. Minuam air suam-suam.. Mesti badan rasa lebih segar dan berbeza

2. Elak Air Cond atau tempat yang sejuk

Selalunya alergik cepat keluar ketika berada di dalam tempat berhawa dingin. Ini disebabkan kitaran udara tidak bersih yang berlegar-legar di dalam kawasan berhawa dingin ata disebabkan keadaan yang lebih sejuk. Cari tempat yang kurang sejuk seperti berada di luar rumah sementara bagi memanaskan badan sambil-sambil minum milo panas atau suam

3 . Elak stres

Ok, hal ni memang susah untuk dielakkan. Selalunya bila alergik atau sinus ni datang, memanglah kita mudah stres, marah atau geram. Bila kita geram dan terlalu fikirkan masalah atau alergik tersebut, keadaan kita akan semakin teruk kerana badan kita tidak kuat untukmelawan gatal-gatal dan alergik tersebut

Buat sesuatu yang buat anda lupa seketika alergik anda itu. Seperti makan makanan kegemaran anda atau melakukan aktiviti yang anda suka. Bila anda kurang fikirkan masalah tersebut, perlahan-lahan gatal-gatal tersebut akan berkurangan

4. Tidur

Tidur adalah salah satu ubat yang mujarab bila anda megalami kegatalan dan alergik sementara ini. Selalunya bila anda mengalami masalah begini, badan dan otak akan berasa penat. Rehatkanlah badan dan minda anda. Insha Allah.. Lepas bangun, gatal-gatal dan bersin akan kurang..

5 . Perlukah ambil ubat?

Sebolehnya saya mahu elakkan ubat kerana saya sudah merasai pengalaman bergantung dengan ubat. Mungkin sakit akan cepat berhenti, tapi ia akan datang semula. Sampai satu tahap, kita kena ambil dos yang lebih tinggi bila ubat tidak berkesan lagi. Dan terus terang, doktor pernah cadangkan saya mengggunakan Inhaler jika resdung atau alergi hidung ini semakin teruk

Kerana itu kini saya suka memilih yang natural. Ambil vitamin C 2 biji atau lebih, makan lebih banyak sayur dan buah-buahan untuk kuatkan imunisasi dan antibodi secara semulajadi. Atau kalau rasa nak datang dah sakit tu, terus telan Immune booster 2 sachet ( Waktu tulis ni Immune Booster saya dah habis 🙂 )

Dan jangann lupa.. Yang paling penting, berdoa, berdoa dan berdoalah, Mohonlah diberi kesembuhan oleh Allah. Mohonlah Allah tunjukkan jalan yang memberi kesembuhan 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882