Archives

CARA KURANGKAN ALERGIK, GATAL HIDUNG DAN BERSIN TIDAK BERHENTI TANPA UBAT

Salam dan hai semua.. Cuaca tidak menentu dan keadaan berjerebu ni buat tekak kering dan alergik saya keluar semula. Lama juga hidung ni tidak gatal-gatal dan bersin tidak berhenti atau dipanggil sinus/resdung. Tapi 2-3 hari ni, non stop pula gata-gatal hidung dan bersin ni datang.

Sungguh menduga.. Kerana sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, perkara sebegini mengurangkan fokus dan pergerakan saya. Membuatkan saya rasa cepat letih (kerana bersin tidak berhenti ) dan hidung mulai sakit dan merah ( kerana kerap menggosok hidung dan mengelap hingus yang keluar tidak berhenti)

Jika teruk, kadang-kadang tidak terbuat kerja olehnya

Jika keadaan menjadi teruk, kadang-kadang tidak terbuat satu kerjapun di rumah

Bagi anda yang mengalami masalah yang sama seperti saya, ada beberapa cara ingin saya kongsikan untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya;

1 . Minum air yang banyak 

Ketika kita sakit atau hingus keluar tidak berhenti dari hidung macam ni, memanglah banyak air yang keluar daripada badan. So, kenalah minum lebih banyak air. Kalau masa sihat kena minum at least 3 iter sehari, masa macam ni memanglah kena ambil double.. Amacam?

Kena ingat, setiap 20 kg berat kita, kita kena minum at least 1 liter air.. So, kalau berat badan 60kg macam saya, maksud dia  kena ambil 3 liter air sehari. Itu kalau waktu sihat. Ni tengah-tengah sakit keluar hingus meleleh ni tidak berhenti, lagilah kena minum banyak air.

Tapi ingat, avoid dulu ya ambil minuman sejuk atau berais. Sebab minuman sejuk atau berais akan memburukkan keadaan. Minuam air suam-suam.. Mesti badan rasa lebih segar dan berbeza

2. Elak Air Cond atau tempat yang sejuk

Selalunya alergik cepat keluar ketika berada di dalam tempat berhawa dingin. Ini disebabkan kitaran udara tidak bersih yang berlegar-legar di dalam kawasan berhawa dingin ata disebabkan keadaan yang lebih sejuk. Cari tempat yang kurang sejuk seperti berada di luar rumah sementara bagi memanaskan badan sambil-sambil minum milo panas atau suam

3 . Elak stres

Ok, hal ni memang susah untuk dielakkan. Selalunya bila alergik atau sinus ni datang, memanglah kita mudah stres, marah atau geram. Bila kita geram dan terlalu fikirkan masalah atau alergik tersebut, keadaan kita akan semakin teruk kerana badan kita tidak kuat untukmelawan gatal-gatal dan alergik tersebut

Buat sesuatu yang buat anda lupa seketika alergik anda itu. Seperti makan makanan kegemaran anda atau melakukan aktiviti yang anda suka. Bila anda kurang fikirkan masalah tersebut, perlahan-lahan gatal-gatal tersebut akan berkurangan

4. Tidur

Tidur adalah salah satu ubat yang mujarab bila anda megalami kegatalan dan alergik sementara ini. Selalunya bila anda mengalami masalah begini, badan dan otak akan berasa penat. Rehatkanlah badan dan minda anda. Insha Allah.. Lepas bangun, gatal-gatal dan bersin akan kurang..

5 . Perlukah ambil ubat?

Sebolehnya saya mahu elakkan ubat kerana saya sudah merasai pengalaman bergantung dengan ubat. Mungkin sakit akan cepat berhenti, tapi ia akan datang semula. Sampai satu tahap, kita kena ambil dos yang lebih tinggi bila ubat tidak berkesan lagi. Dan terus terang, doktor pernah cadangkan saya mengggunakan Inhaler jika resdung atau alergi hidung ini semakin teruk

Kerana itu kini saya suka memilih yang natural. Ambil vitamin C 2 biji atau lebih, makan lebih banyak sayur dan buah-buahan untuk kuatkan imunisasi dan antibodi secara semulajadi. Atau kalau rasa nak datang dah sakit tu, terus telan Immune booster 2 sachet ( Waktu tulis ni Immune Booster saya dah habis 🙂 )

Dan jangann lupa.. Yang paling penting, berdoa, berdoa dan berdoalah, Mohonlah diberi kesembuhan oleh Allah. Mohonlah Allah tunjukkan jalan yang memberi kesembuhan 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share

APAKAH ITU SINUS ATAU RESDUNG?

Salam dan selamat membaca U olls.. 🙂
Selalu saya anggap gejala hidung gatal-gatal, kerap bersin di waktu pagi dan mata berair dan gatal merupakan tanda-tanda yang saya menghidap resdung.. Jom kita baca artirkel ini bagi membantu kita memahami tentang hal ini. Sama ada kita menghidapi resdung/ sinus atau tidak?
Sinus atau Resdung? – Dr. Ahmad Nordin
Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.

‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Saya akan memperkenalkan 2 jenis penyakit utama yang seringkali dikaitkan dengan dua istilah ini.

1. ‘Allergic rhinitis’ (Rhinitis Alahan)
Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.
Doktor ENT akan menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk memastikan tiada ketumbuhan di dalam hidung  Doktor biasa yang tidak biasa dengan rupa bentuk struktur normal hidung boleh membuat diagnosis yang salah dan menyebabkan kerisauan yang tidak sepatutnya berlaku pada individu yang normal. Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar, yang pada orang biasa, salah satu fungsinya ialah untuk melembapkan rongga hidung. Rawatan ialah ubat antihistamin bagi kes yang ringan dan ubat semburan hidung jenis steroid bagi kes yang teruk.

2. Sinusitis
Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi  hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.

Di kebanyakan klinik ENT, kes ‘allergic rhinitis’ adalah jauh lebih kerap dari sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah ‘allergic rhinitis’, terutamanya di kawasan bandar.

Jadi, ‘sinus’ atau resdung?
Dalam perawatan saya, sekiranya seseorang itu menyatakan beliau mempunnyai ‘sinus’– beliau merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis. Kebanyakan orang masih belum boleh membezakan dua penyakit yang biasa ini. Ramai juga yang akan mengaku mereka menghidapi ‘resdung’– mereka pun juga merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.

Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah atau perkataan yang orang gunakan untuk merujuk kepada  gejala atau penyakit mereka, kita perlu mengupas sejarah penyakit dan menjalankan  ujian fizikal tertentu untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.

Saya tidak menjangka akan terjadinya sebarang perubahan istilah ‘sinus’ atau resdung, saya Cuma berharap orang ramai dengan gejala seumpama ini akan berjumpa dengan dockor bertauliah, dan bukannya merujuk kepada jaminan palsu di internet dan media sosial yang menggunakan kaedah yang tidak diiktiraf dan merbahaya untuk pemulihan penyakit hidung.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:
  • Dorland’s Illustrated Medical Dictionary 32nd Edition
  • Dewan Bahasa & Pustaka Kamus Dewan website http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=resdung  accessed on 29 November 2013
  • Diseases of the Ear, Nose and Throat 4th Edition     PL Dhingra
Sehubungan dengan itu, dapatlah difahami bahawa istilah ‘Sinus’ atau ‘resdung’ adalah istilah yang kurang sesuai digunakan bagi masalah gatal-gatal hidung, mata berair dan kerap bersin di pagi hari seperti saya. Yag paling sesuai adalah Allergic Rhinitis.

Suplemen Shaklee yang sesuai
Antara suplemen Shaklee yang sesuai di ambil adalah;

Vivix : Membantu pemulihan badan daripada radkal bebas yang berada dalam badan lebih-lebih lagi bila terdedah dengan habuk

Nutriferon : Bantu kuatkan imunisasi badan agar badan kuat untuk melawan gejala penyakit ini

B Complex : Mengurangkan keradangan

Vit C : Bantu agar antibody badan jadi lebih kuat

Garlic : Antibiotik yang sesuai buat sesiapa yang sudah lama mengalami masalah seperti ini

Alfalfa : Herba yang ternyata mampu  mengurangkan keradangan dan kegatalan, serta mampu membantu mengurangkan atau ‘menghilangkan’ sakit ini dari dalam tubuh sekiranya diambil berterusan.

Perlu diingatkan juga, selain pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten sebagai usaha kita, kita juga perlu mengelak dari makan, minum atau mendekati apa saja yang boleh menyebabkan allergic kita itu ‘meletus’. Jangan salahkan suplemen kalau alergik masih ada sedangkan penyebab kepada alergik itu tidak kita jauhi.. Dan jangan lupa sentiasa derdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar penyakit ini tidak datang lagi J

Hubungi saya untuk info lanjut melalui;
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Terima kasih kerana sudi membaca..
Share