Archives

TIPS TAHAN BERPUASA IBU MENYUSUKAN ANAK SECARA SERENTAK ATAU TANDEM NURSING

Salam Ramadhan dan selamat pagi. Alhamdulillah.. Dapat kita bertemu Ramadhan lagi. Bulan yang sangat berkat dan jika kita melakukan amalan dan kebaikan pahalanya akan berlipat ganda bulan ini. Dan bulan ini juga kita diminta untuk menahan diri daripada makan, minum, nafsu, marah dan banyakkan bersabar

Jika dikira tahun ini adalah tahun ke 3 saya berpuasa dan dalam masa yang sama masih Tandem Nursing. Tandem Nursing iaitu penyusuan bayi secara serentak mula berlaku kepada saya selepas melahirkan anak ke-2 kami iaitu Fyrash.

Selepas Fyrash lahir saya masih menyusukan Furqan, selepas Putri lahir saya masih susukan Fyrash dan kini, saya masih menyusukan Putri walaupun Farhah sudah lahir

Tandem Nursing bukan sesuatu yang mudah tapi saya enjoy the moment. Kadang-kadang memang sangat penat apabila anak-anak secara serentak mahu menyusu terutama selepas balik kerja. Tapi saya gagahkan diri kerana saya mahu berikan yang terbaik buat anak-anak tersayang

tips tahan puasa, ibu tandem nursing

Selalunya apabila berpuasa dalam keadaan Tandem Nursing ini ada beberapa perkara saya ambil berat. Antaranya

1 . Ambil makanan tinggi protein dan karbohidrat semasa sahur

Selalunya saya akan pastikan saya makan nasi dan ambil kurma semasa sahur kerana ia sangat penting untuk pastikan saya tidak mudah penat. Protein dan Karbohdrat penting untuk menjana tenaga. Saya juga mengambil protein Shaklee kerana ia mempunyai indeks glisemiks yang rendah yang mampu membantu saya agar tidak mudah lapar

2. Ambil air kosong yang banyak dan kurangkan minuman manis dan berkafein

Minuman manis dan berkafein tidak membantu untuk saya jadi lebih bertenaga dan tidak mudah letih. So, saya lebih suka minum banyak air kosong atau saya ambil minuman Performance Shaklee untuk elak dehidrasi

3. Mengepam seperti biasa

Walapun ada nampak pengurangan jumlah susu ibu yang dipam sewaktu berpuasa, saya teruskan aktiviti mengepam mengikut jadual seperti waktu tidak berpuasa. Ini sangat penting agar demand and supply seperti hari waktu tidak berpuasa

4. Tanam niat dari awal dan kuatkan semangat

Tanam niat untuk berpuasa penuh bersungguh-sungguh dan kuatkan semangat. Memang berpuasa dalam keadaan ini  mencabar kerana dalam masa yang sama kita perlu guna lebih banyak tenaga, mudah lapar dan mudah letih. Tapi Insha Allah, jika kita bersungguh-sungguh kita akan berjaya berpuasa dengan flying colours.. Hihi

5 . Berfikiran positif dan doa

Yakin pada diri sendiri bahawa anda boeh melakukannya. Mohonlah pada Yang Maha Esa untuk permudahkan perjuangan anda ini. Kita pasti boleh!

Good luck untuk anda ibu-ibu yang strong dan hebat 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

Share