Archives

APAKAH ITU PROTEIN DAN KENAPA KITA PERLUKANNYA

Salam dan selamat pagi semua.. Wah, tajuk tu bunyi macam formal sangatkan? Hehe.. Kebetulan hari ni adalah hari terakhir promosi minuman protein Shaklee, so saya mahu kongsikan mengapakah protein penting dalam pengambilan diet kita seharian

Ok, sebelum tu, tahukah anda apakah makanan-makanan yang mengandungi protein? Jom, tengok ni

Makanan yang kaya dengan protein

Makanan yang kaya dengan protein

Nampakkan? Ia terdiri daripada daging, telur, kekacang seperti badam, bijirin,susu dan Β ikan. Perasankan ia adalah makanan yang kita ambil setiap hari. Dan kenapa ianya penting???

Ini adalah kerana 25% badan kita adalah terdiri daripada protein. Sifir dia mudah;

Badan kita terdiri daripada;

  1. 66 % air
  2. 25% protein
  3. 8% lemak
  4. 1% kombinasi daripada vitamin dan mineral

Nampak tak keutamaan protein di situ? No.2 beb πŸ™‚

Kebanyakan penyakit dan masalah badan sekarang ni adalah disebabkan pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat. Jadi, dengan pengambilan protein yang cukup sel kita akan lebih sihat dan kuat. Jangan tak tahu, protein lah yang bentuk sel darah merah dan membawa oksigen ke darah.

Kalau-kalau rasa kuku tidak sihat, rambut kering dan kerap gugur, otot-otot mengelember, mungkin anda kekurangan protein. Hehe..

Senang nak faham macam ni. Badan kita terdiri daripada sel, dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati

Sebab tu kalau rajin ambil protein, kulit jadi cantik dan senang mahu maintain slim. Hehe.. Sebab dalaman sihat πŸ™‚

Tapi, sanggupkah anda makan ayam, telur, daging dan makanan berprotein ini setiap hari dalam jumlah yang banyak?

Protein yang kita perlukan dalam sehari

Protein yang kita perlukan dalam sehari

Ini adalah jumlah protein yang kita perlukan setiap hari mengikut umur. Belum lagi kira jika anda mengandung atau menyusukan anak.

Jumlah protein yang terdapat dalam ayam

Jumlah protein yang terdapat dalam ayam

Dan ini pula adalah jumlah protein bagi sekeping potongan dada ayam.

So, kalau umur macam saya, kena ambil paling kurang 3.7 keping potongan dada ayam setiap hari. Tapi, saya ni ibu menyusukan anak. Jadi saya kena ambil paling kurang 4 potong dada ayam setiap hari. Tu pun kalau dapat protien tu betul-betul. Kalau dapat ayam yang dah lama kat kuali, protein tinggal berapa rasanya. Mak aihhh.. nak makan berapa banyak lagi???

Jadi, kenapa tidak kita ambil minuman berprotein yang mudah dan tiada bahan kimia? Cubalah ambil Energizing Soy Protein, minuman protein soya daripada Shaklee. 3 sudu dapat 14 gram , Β 6 sudu dapat 28gram. Shake kan sahaja. Mudah πŸ™‚

Jika anda terasa ingin mencuba minuman protein ini, boleh hubungi saya secepatnya. Harga sebelum GST berakhir hari ini πŸ™‚

Share