Archives

KEPENTINGAN KURSUS FATHER FRIENDLY ATAU MESRA IBU UNTUK SUAMI ISTERI YANG BAKAL MENIMBANG CAHAYAMATA

Salam dan hai semua. Selasa lepas saya dan suami mengikuti Kursus Mesra Ibu atau mungkin dipanngil Kursus Father Friendly di sesetengah hospital, di Hospital Papar, Sabah. Kursus ini adalah syarat utama untuk suami atau orang yang layak untuk bersama-sama dengan isteri di bilik bersalin ketika isteri bersalin

Sebelum ini, saya dan suami sudah mengikuti Kursus ini di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Sabah. Akan tetapi, since kami sudah berpindah ke kawsan Kinarut Papar, so kami perlu bersedia jika saya akan melahirkan cahayamata ke-empat kami ini di Hospital Papar

Kalau di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas kursus ini perlu dihadiri oleh suami isteri atau peneman isteri selama 2 hari. Selama 2 hari itu, kami diajar peraturna-peraturan yang perlu kami tahu jika suami menemani isteri ketika bersalin, di mana terletaknya bilik penilaian dan bilik bersalin, penjagaan diri dan senaman ketika hamil dan cara menguruskan anak setelah bersalin

Berlainan di Hospital Papar, kami cuma berada dalam kursus ini selama 2 jam dan kami cuma dimaklumkan tentang peraturan -peraturan peneman isteri serta tempat  di mana isteri akan bersalin nanti

Syukur juga sebab suami sendiri pun sudah ada pengalaman bersama saya semasa bersalin anak pertama dan ke tiga, sedikit sebanyak suami mempunyai pengetahuan tentang kursus ini

KURSUS MESRA IBU ATAU FATHER FRIENDLY

Bagi suami isteri yang bakal menimbang cahaymata, saya sangat sarankan anda menjalani kursus ini kerana ia sangat-sangat membantu anda dan suami untuk mengetahui perkara-perakra penting sebelum dan semasa isteri bersalin seperti di mana anda harus hantar isteri sekiranya isteri hendak bersalin, apa yang perlu dibawa dan apa yang perlu anda lakukan.

Kehadiran suami di sisi sepanjang proses kelahiran boleh memberi sokongan emosi dan fizikal pada si isteri sewaktu proses kelahiran

Sebenarnya dulu, kami membuat keputusan untuk mengikuti kursus ini kerana inginkan suami menemani saya semasa bersalin. Setelah melalui pengalaman suami menemani saya semasa bersalin, saya dan suami rasa sangat-sangat seronok

Sejujurnya, kehadiran suami menemani saya seamsa bersalin sangat-sangat membantu. Kehadiran beliau membuatkan saya kuat semangat dan sangat membantu mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

Selalunya suami akan memberi sokongan dan galakan semsa saya berdepan sakit-sakit bersalin. Yang paling best, kami berkongsi kegembiraan dan kenangan saat anak dilahirkan. Sesuatu yang hanya menjadi milik saya dan suami

Bagi pihak suami, beliau rasakan melihat kelahiran anak sendiri itu adalah suatu moment yang sungguh indah. Selain tu, beliau ingin berada di sisi isteri tersayang mengharungi saat-saat getir ketika bersalin. Katanya, semua perasaan ada masa tu. Happy, excited dan menginsafkan 🙂

So, pada yang rasa-rasa ingin cuba join kursus ni, janganlah ragu-ragu. Bersama isteri semasa di bilk bersalin adalah sesuatu yang indah 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

 

Share