Archives

KENAPA SAYA SUKA BLOGGING

Hari ini jika dikira merupakan tahun ke 4 saya berblog..Sebelum ini blog saya wujudkan menggunakan hosting blogspot dan setelah mengetahui tentang kelebihan WordPress saya terus membeli domain name sendiri dan hosting wordpress

Blogging bagi saya adalah sesuatu yg seronok.Mulanya agak payah kerana saya memulakannya tanpa ilmu..Menulis pun tanpa tujuan yang jelas.

Setelah ditegur oleh upline, yg melihat blog saya yang memang tulis sesuka hati ketika itu,saya terus berusaha menggali ilmu yg sepatutnya

Setelah itu, saya semakin suka menulis di blog. Semacam ada 1 perasaan yg sangat best bila dapat berkongsi pengalaman dan apatah lagi ada yang beritahu mereka jadikan blog ini sebagai panduan

Malah ada yang share mereka dapat info yang banyak daripada blog ini. Walaupun saya lakukannya secara percuma, ia seperti menjadi suatu kepuasan bila penulisan kita dihargai. Dan itu antara sebab kenapa saya terus berkongsi di sini walaupun masa untuk menulis semakin kurang

Dan saya juga suka menulis di sini tentang kisah anak-anak saya supaya boleh saya jadikan sebagai simpanan kenangan saya 🙂

Farhah ku yang baru tumbuh gigi.. Semua benda mau digigit. Termasuk Umminya

Terima kasih pada yang setiasa menyokong penulisan saya di sini..Terima kasih pada yang view di sini walaupun anda membaca dalam diam. Saya tahu anda selalu membaca dan melihat sharing saya di Facebook dan instagram

Pada yang baru dalam bidang penulisan blog ini, blog boleh menjadi medium yang bagus untuk mendekatkan kita dengan pembaca. Juga boleh dijadikan saau tempat untuk berkongsi ilmu yang mungkin kita anggap biasa tapi luarbiasa bagi oranglain. Jangan pernah putus asa dalam menulis. Insha Allah.. Pasti manis akhirnya 🙂

With love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

ULANGTAHUN KE 7 PERKAHWINAN KAMI DAN FURQAN GENAP 6 TAHUN

Salam dan hai. Hari ini saya bersiaran dari Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Mutiara kecil yang berhampiran dengan Sabah

Berada di sini kerana mengikuti suami yang membawa rombong pelajar IPG Kampus Gaya bagi mengikuti perlawanan hoki dan kebetulan pada tarikh 26hb Mac adalah anniversary perkahwinan kami yang ke7, suami request buat kenduri dan sambutan kecil di sini sekaligus meraikan Birthday Furqan yang ke 6 tahun

ejen shaklee labuan

Keluarga kecil kami

Dapatlah juga sediakan sedikit hidangan seperti soto, nasi, sayur dan ayam bakar dengan bantuan pelatih-pelatih dari IPG Kampus Gaya. Terima kasih pada yang membantu 😊

Kek yang sedap 🙂

Alhamdulillah.. Genap 7 tahun usia perkahwinan kami ini. Tidak mudah melaluinya tetapi memang begitulah lumrah perkahwinan. Hidup kami kini lebih bahagia dengan diwarnai dengan kehadiran 4 cahayamata. Walaupun sibuk dan anak tidak mahu berenggang dengan kami, tapi itulah yang membuatkan kami selalu ingin luangkan masa dengan mereka

Dan pada tanggal 28hb Mac nanti genaplah Furqan berusia 6 tahun. Tidak sangka masa begitu cepat berlalu dan sesungguhnya saya masih melihat Furqan seperti anak yang kecil sedangkan di usia 6 tahun ini Furqan sangat cerdik dan boleh bezakan yang baik dan yang buruk serta boleh diharap membantu saya menyelesaikan kerja-kerja rumah walaupun hobinya adalah suka bermain.

Di usia 6 tahun juga Furqan yang mempunyai 3 lagi adik ini sangat memahami tanggungjawabnya sebagai abang. Ummi doakan Furqan menjadi anak yang soleh, tidak tinggal solat dan sentiasa doakan Ummi dan Babah

Moga perkahwinan kami ini kekal bahagia hingga ke syurga. Terima kasih pada keluarga atas segala doa dan bantuan, saudara-mara dan sahabat handai yg juga selalu mendoakan kami . Hanya Allah yang mampu membalasnya 😊

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

SET PENYUSUAN SHAKLEE BANTU PERJUANGAN 6 TAHUN MENYUSUKAN ANAK

Salam dan hai semua.. Jarang sudah saya share tentang anak-anak di sini.. Ibu anak empat ini sekarang mengalami fasa ‘Asal bangun anak ikut bangun’.. Hihihi..

Alhamdulillah. Saya masih teruskan penyusuan susu ibu buat anak-anak saya., Putri dan Farhah. 6 tahun sudah melaluinya cuma kali ini saya harapkan Farhah dapat saya susukan susu ibu sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Doakan saya ya..

Shaklee kk,shaklee sabah,shaklee papar

Luangkan masa bersama anak-anak adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan

6 tahun di dalam perjuangan susu ibu bukan mudah. Dan ada juga bertanya bagaimana saya bertahan melakukannya. Antara sebab utamanya adalah kerana ingin anak saya mendapatkan yang terbaik dan susu ibu penuh dengan khasiat yang anak-anak saya perlukan biarpun saya akan rasa sakit elakang, sakit gigi, letih dan macam-macam lagi 🙂 Dan syukur Alhamdulillah, suami sangat-sangat memahami dan membantu sepanjang perjuangan ini.

Dan saya sangat-sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Set Penyusuan Shaklee kerana set ini banyak membantu agar saya tidak mudah penat, lapar , stres dan mampu bertahan walaupun perjuangan susu ibu ini tidak pernah mudah

Ejen shaklee sabah

Inilah suplemen yang banyak membantu saya sepanjang perjalanan dan perjuangan saya dalam Breastfeeding

Ibu-ibu yang Breastfeeding, anda perlukan semangat yang kuat. Galilah ilmu tentang penyusuan susu ibu, abaikan kata-kata yang membuatkan kita lemah semnagat. Susu ibu adalah anugerah istimewa dari Illahi khas untuk insan yang bergelar ibu. Gunakanlah ia sebaiknya dan berikanlah ia kepada anak-anak anda, orang yang paling berhak untuk menerimanya

Buat para suami, ambilah tahu tentang isteri anda. Menyusukan anak dengan susu ibu perlukan sokongan suami yang kuat. Sokongan suami menentukan sekuat mana semangat si isteri. Jika isteri lapar sediakanlah hidangan yang sepatutnya, jika si isteri mengadu sakit belakang, urutlah belakang isteri. Jika isteri perlu masa rehat sebentar, ambillah anak anda sebenatar dan jagalah ia.

Belikan si isteri suplemen atau produk yang boleh menyokong perjuangan si isteri itu. Set Penyusuan Shaklee misalnya. Ingatkan isteri selalu untuk kurangkan minuman berkafein dan yang sejuk sejuk ya:)

Good Luck buat anda. Teruskan perjuangan dan jangan pernah berputus asa

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882 🙂

CLOSING SHAKLEE YANG MENDEBARKAN

Salam dan hai semua. Maaf, agak sibuk dengan kerja di office dan anak-anak buatkan masa yang ada agak terhad. Tapi itu bukanlah menjadi halangan sepatutnya kan? Hihi..

Hari ini Closing shaklee, bermakna hari ini adalah hari terakhir untuk perkiraan unit value atau point bagi mendapatkan bonus Shaklee bulan hadapan. Sesuatu yang mendebarkan kerana percapaian Januari dikira terakhir pada hari ini. Doakan kami mencapai GUV yang kami perlukan ya. Aminnn..

Akhir-akhir ini saya jug aktif di Channel Youtube saya iaitu Aryn Fadz Lee Keluarga Hebat Dot Com. Masih berada di tapak permulaan, kadang-kadang tergagap bila bercakap dan tersasul tapi i really enjoy it buat masa ini. Jom subscribe channel Youtube saya ni. Pada yang telah subscribe, jutaan terima kasih saya ucapkan 🙂

shaklee sabah, ejen shaklee sabah, pengedar shaklee sabah, ejen vivix shaklee, vivix shaklee sabah

Baru dapat bergambar sekeluarga 2 minggu lepas. Biasalah kalau anak-anak posing berlainan dan tidak mengikut tema 🙂

Dan jangan lupa promo Vivix Shaklee akan berakhir pada jam 11.59 malam ini. Jom dapatkannya segera! Tengok video ini kenapa harus anda dapatkan Vivix, suplemen yang selamat dan berkesan dan terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan badan apabila diambil secara konsisten

Antara 3 kelebihan Vivix adalah;

1 . Produk yang mempunyai Resveratol dan Polifenol, antioksida terbaik yang mampu untuk memperbaiki DNA dan sel dalam badan. Dan ini tiada dalam suplemen lain. Apabila DNA dan sel badan kita sihat, past kulit luaran dan sistem pertahanan badan  kita juga sihat

2. Terlibat dengan Landmark Study, kajian yang dilakukan oleh badan bebas yang mana membuktikan pengambilan Vivix secara konsisten akan melambatkan pemendekan Telomeres, penutup kromosom. Apabila penutup atau pelindung kromosom ini lambat untuk pendek, kita akan kurang terdedah kepada risiko penyakit merbahaya terutama apabila usia meningkat

3. Pengambilan Vivix secara konsisten membantu DNA dan sel dalam badan 25 tahun lebih  muda. Ini membuatkan kulit kita akan kelihatan lebih sihat, glowing dan awet muda.

Insha Allah pengambilan Vivix secara konsisten boleh membantu kita lebih sihat, ceria dan bebas daripada masalah stress. Mau tahu bagaimana? Anda harus hubungi saya 🙂

Sehingga bertemu lagi di next entry 🙂

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

STAYCATION DI GRAND BORNEO HOTEL, 1 BORNEO HYPERMALL KOTA KINABALU DENGAN ANAK-ANAK

Salam dan hai semua. Isnin dan selasa lepas kami bawa anak-anak staycation di Grand Borneo Hotel dan jalan-jalan di 1 Borneo Hypermall serta sekitar bandar Kota Kinabalu. Staycation yang best sebab anak-anak betul-betul enjoy 🙂

Booking di Grand Hotel Borneo ini saya lakukan melalui application Agoda di HP. Rupanya, booking melalui apps Agoda lagi murah berbanding melalui Desktop. Saya juga sudah bandingkan booking melalui hotel atau menggunakan Government Rate. Ternyata booking melalui apps Agoda lagi murah. Kami bayar RM148, dengan 1 katil Queen termasuk sarapan untuk 2 orang. Sarapan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma

Rupanya Hotel Grand Borneo ini banyak menerima award daripada Agoda.com dan Booking. com. Patutpun booking melalui Agoda jadi lebih murah. Ada entrance direct dari hotel ke 1 Borneo Hypermall yang bagi saya sangat-sangat memudahkan kami. Juga ada parking khas untuk Guest hotel ini. Jimatlah daripada bayar Jockey Parking RM10 di 1 Borneo ni 🙂

Sebelum check in kami bawa anak-anak ke tempat permainan dan seterusnya belikan dorang mainan di D.I.Y. Then kami check in dan solat. Lepas solat, kami bawa mereka ke Kidzoona. Rupanya Kidzoona sudah bertukar milik kepada Molly Fantasy. Bayaran RM10 seorang dengan diskaun RM2 kerana like page Molly Fantasy

Seterusnya kami tapau Nasi Ayam Penyet di Koki Bandung dan anak-anak request for KFC. Terpaksa tapau sebab kami berkejar mau tengok wayang Sing pada jam 8.45malam. Wah, best juga cerita Sing ni. Banyak nyanyian dan pengajaran daripada cerita ini. Anak-anak memang suka. Kami pun 🙂

The next day, awal pagi kami Breakfast dan bawa anak-anak mandi kolam. Lepas tu kami check out dan bawa anak-anak ke Trick-Eye Museum ni. Kasihan anak-anak. Penat jadi model. Sempat lagi 1 keluarga kehilangan anak mereka dalam museum ni. Gambar-gambar juga, anak-anak jangan lupa 🙂

Antara gambar menarik kami di Trick-Eye Museum

Lama juga kami tidak pergi ke 1 Borneo Hypermall ni. Selain Kidzoona yang sudah bertukar milik, ada Trick-Eye Museum, Laser tag yang belum lagi kami kunjungi. Yuran Laser Tag adalah RM15 seorang.  Ada Familia Store yang besar juga di sini

Selepas dari 1 Boneo, singgah sekejap di Kingfisher untuk menikmati Pisang Goreng Cheese yang sedap dan seterusnya ke Oceanus. Niat mau bawa dorang cuba Robotic tu, tapi hujanlah pula. So, plan tu kami cancel. Terpaksalah ganti dengan bawa dorang ke Playground di Ground Floor Oceanus dengan bayaran RM10 per entry. Lain hari kita pergi ya nak.. Insha Allah

Sempat lagi kami mandikan dorang di Baby’s Room di tingkat 1 Oceanus. Best bilik ni. Besar dan sangat selesa untuk Breastfeed atau tukar  diaper baby. Lepas tu, Babah dan Ummi dorang lagi lepas gian main bowling dan kami dinner di Restoran D’Soka Kinarut

Alhamdulillah.. Anak-anak sangat-sangat enjoy. Inilah yang buat ibu bapa happy kan. Terima kasih atas peluang ini Allah. Dan terima kasih Shaklee kerana dengan bonus Shakleelah kami berani bawa anak-anak berseronok begini

Info lebih lanjut tentang Grand Borneo Hotel, Trick-Eye Musem serta 1 Boneo Hypermall akan saya kongsikan di www.encikbos.com ya. Insha Allah..

Thank you for reading 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

PESTA SUKAN SAKSI ANTARA IPG SABAH DAN SARAWAK

Salam dan hai semua. Minggu lepas bermula 30 November hingga 4 Disember 2016, kami berada di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak bagi mewakili IPG Kampus Gaya di dalam Pesta Sukan SAKSI antra IPG Sabah dan Sarawak. Saya mewakili IPG dalam sukan Petanque dan badminton manakala suami saya bermain dalam sukan bowling dan bola sepak

Kami memulakan perjalanan menaiki van bersama 1 lagi keluarga sahabat kami bermula 28 November.Stay 1 malam di Miri dan tiba di Kuching sekitar jam 12.00malam keesokan harinya. Perjalanan yang agak mencabar kerana kami membawa anak-anak kecil dan perjalanan kami berhenti-henti bagi memberi keselesaan pada si kecil. Rakan-rakan yang lain menaiki bas dan ada juga yang menaiki flight

IPG Kampus Gaya sebenarnya pertama kali mengikuti sukan SAKSI ini. Kami semua excited kerana inilah kami pertama kami mewakili IPG ke sukan luar dari Sabah ini.

Setiba kami di IPG Kampus Batu Lintang, kami sempat membuat latihan pada sehari sebelum Kejohanan  bermula iaitu pada 30hb. Sempat juga jalan-jalan di Kuching dan menikmati Mee Kolok special di Restoran Mom’s Laksa di Satok. Lepas tu jalan-jalan di Waterfront dan India Street

Kejohanan bermula pada 1hb dimulai dengan Perasmian dan diikuti dengan Budaya kerja Cemerlang. Seterusnya pada petang pula dimulai dengan pertandingan Badminton dan Petanque. Beberapa perubahan jadual dilakukan juga. Ping Pong dan dart diawalkan. Dan malam 1hb pasukan Ping Pong berjaya merangkul naib johan

Keesokan harinya sukan seperti Petanque, Bola Jaring , Bolasepak, Tennis dan Bowling terus berlangsung. Tahniah pada Team Bowling dan bols sepak kerana mendapat naib johan. Buat Petanque, tahniah juga kerana mendapat tempat ke-4 yang saya kira itu cukup bagus bagi kami yang pertama kali bermain Petanque dan baru menjalani latihan dalam kira-kira sebulan

Malam penutup kami diakhiri dengan Battle Of The band pada 3hb. Walaupun bukan menjadi juara, tapi persembahan Battle Of The Band Gaya berjaya meraih sorakan yang gemuruh dan penonton sama-sama bertepuk tangan dan menyanyi bersama band. Persembahan yang best!

Tahniah pada semua pemain yang mewakili IPG Kampus Gaya. Walaupun pertama kali, tapi kita mampu buktikan kita boleh lakukannya. Mana lagi bas Gaya berdepan dengan masalah semasa pergi dan balik ke Kuching dan KK dan bermacam-macam lagi

Nanti lagi saya kongsikan makanan best yang kami telah cuba sepanjang perjalanan kami ini ok..

With Love,

Ary Fadz Lee l 016-587 9882