Archives

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSEDEKAH

Tangan yang di atas (tangan yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta) ~ Hadis Bukhari

Alhamdulillah.. Saya sangat-sangat bersyukur kerana sejak bersama Shaklee saya sentiasa dapat memberi kepada yang memerlukan. Setiap bulan itulah yang kami amalkan dan ini jugalah yang mentor-mentor kami sentiasa ingatkan setiap kali menerima bonus daripada Shaklee. Sesungguhnya, memberi itu sangat indah. Ia bukan sahaja dapat menyucikan hati, ia juga membuat kita merasa tenang 🙂

Sedekah berasal daripada perkataan Shadaqa yang bermaksud BENAR. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi Syariat, pengertian sedekah sama denga pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material manakala sedekah merangkumi material dan sesuatu yang buakn bersifat material

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut di dalam Al-quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunayi harta yang lebih adalah sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.

Sabda Rasulullah (S.A.W) yang bermaksud 
“Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
Hadis Riwayat Al-Baihaqi

kelebihan bersedekah

Sedekahlah walaupun RM1. Kalau rasa susah sangat, sedekahkan orang sekeliling kita dengan senyuman dan sedekahkan AL-Fatihah untuk ibu bapa dan keluarga kita. Percayalah, sedekah tidak akan mengurangkan harta kita sedikitpun. Bersedekahlah dengan ikhlas dan dengan sepenuh hati.

Antara kelebihan bersedekah ialah;
– Menyucikan harta
– Membuat hati berasa tenang
– Murah rezeki
– Dapat membantu umat islam dan orang yang memerlukan
– Membuang rasa bongkak dan sombong
– Mendidik hati
– Mendidik hati agar selalu rasa rendah diri

Ayuh, kita bersedekah.. Niatkan Lillahi Ta’Ala.. InsyaAllah murah rezeki 🙂

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share