Archives

HOTEL REVIEW : SABAH ORIENTAL HOTEL, KOTA KINABALU SABAH

Salam dan hai semua. Isnin hingga Selasa lepas kami sekeluarga menghabiskan masa sekitar Kota Kinabalu a.k.a KK dan mengambil kesempatan menginap di Sabah Oriental Hotel selama semalam untuk memudahkan kami berjalan-jalan sekitar KK. So, siapa-siapa yang ingin mencari hotel dengan Government Rate yang saya kira agak ok, bolehlah ke sini

Harga normal bilik untuk 2 katil adalah RM230 tapi since kami guna Government Rate dia jadi RM180 semalam. Oklahkan. Sebab suami mahu sangat hotel yang ada kolam. Memang ada juga yang budget tapi kebanyakannya tiada Swimming Pool. Budak-budak ni suka sangat berenang di Swimming Pool. Jadi layankan ajalah

Alamat dan cara menghubungi hotel ni adalah;

Sabah Oriental Hotel,

Lorong Kemajuan, 88000

Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-258 998 (Am) & 088-298 500 ( Sales)

Email : reservation@sabahoriental.com.my

Web : www.sabahoriental.com.my

sabah oriental 2

Pemandangan dari aras 9, bilik kami.

Pemandangan dari aras 9, bilik kami. Bangunan tinggi sebelah kiri tu adalah Sky Hotel dan BV Hotel

Masa mula-mula masuk bilik

Masa mula-mula masuk bilik. Semua orang excited. Terutama budak-budak lelaki 2 orang tu πŸ™‚

Excited sangat sampai terus lompat atas katil

Excited sangat sampai terus lompat atas katil

Kemudahan yang ada

Kemudahan yang ada

Cermin ni di tengah-tengah antara 2 katil

Cermin ni di tengah-tengah antara 2 katil. Babah tengah check-check keadaan bilik, Ummi jadi photographer jala. Hihi..

Tanda not bad. Tapi Bath tub dia rosak la pula..

Tandas not bad. Tapi Bath tub dia rosak la pula..

Lepas check in dan masuk bilik, kami keluar pula untuk Lunch. Hotel ini berhampiran dengan bangunan Maybank, Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam di Karamunsing. Tidak jauh dari shopping mall, tapi kalau nak jalan kaki ke shopping mall boleh berpeluh jugala. So, sesuai bawa kenderaan ke sini. Parking space di basement, so tidak risau tentang parking space la

Tengah dalam mood Krismas. So, banyak perhiasan tentang Krismas ketika ini

Tengah dalam mood Krismas. So, banyak perhiasan tentang Krismas ketika ini

Di tenah-tengah hotel berdekatan dengan Reception ada tempat untuk menuggu. Dan dorang hiasa dengan pondok kecil ini. Very nice vew kan? :)

Di tengah-tengah hotel berdekatan dengan Reception ada tempat untuk menunggu. Dan dorang hias dengan pondok kecil ini. Very nice vew kan? πŸ™‚

Reception counter, Kaunter depan

Reception counter, Kaunter depan

sabah oriental hotel 12

Tapai Lounge

Oh ya. LUpa mau bagitau. RM180 1 malam yang kami bayar aalah termasuk Breakfast untuk 2 orang, kanak-kanak bawah 5 athun free entrance. so, kami semua anka beranak boleh masuk. :)

Oh ya. Lupa mau bagitau. RM180 1 malam yang kami bayar adalah termasuk Breakfast untuk 2 orang, kanak-kanak bawah 5 tahun dapat free entrance. So, kami semua anak beranak boleh masuk. πŸ™‚

Lepas penat berjalan seharian, esok dia kami Breakfast dulu di Cafe Oriental ni before ke Swimming Pool. Tidak sabar mau berenang. Hehe..

Nasi Leak dengan kari ayam. Tapi sambal dia agak masinla. Sudahlah terletak atas telur dan blis tu, terpaksalaah telan juga sebab nak makan telur dan bilis tu. Tapi kari ayam dia memang marvellous. Sepatutnya kari ayam amakan dengan roti canai. Hehe.. Tapi mau makan nasi juga pagi-pagi ni

Nasi Lemak dengan kari ayam. Tapi sambal dia agak masinla. Sudahlah terletak sambal atas telur dan bilis tu, terpaksalah telan juga sebab mauΒ makan telur dan bilis tu. Tapi kari ayam dia memang marvellous. Sepatutnya kari ayam makan dengan roti canai. Hehe..

Pau dan roti.. Tidak silap buffet Breakfast di sini dalam RM32 per head

Pau dan roti.. Tidak silap buffet Breakfast di sini dalam RM32 per head

Western Food Breakfast. Yummy!

Western Food Breakfast. Yummy!

Tempat makan yang ada. Ummi tengah snap Babah yang tengah ambil gambar budak-buadak dua orang tu. Hihi

Tempat makan yang ada. Ummi tengah snap Babah yang tengah ambil gambar budak-budak dua orang tu. Hihi

Tempat terletaknya biskun dan Coco Crunch kegemaran kami. Hihi

Tempat terletaknya biskut, roti dan Cocoa Crunch kegemaran kami. Hihi

Kawasan hidangan utama. ADa nasi Lemak, Roti canai dan bubur serta hidanagn sampigan di sini. Sorry, gamabr kabur sikit :)

Kawasan hidangan utama. Ada Nasi Lemak, Roti canai dan bubur serta hidangan sampingan di sini. Sorry, gambar kabur sikit πŸ™‚

coco Crunch dan Cornflakes emmang favourite sekeluraga. Ultrmana tu pun mau makan juga bilang si Fyras :')

Cocoa Crunch dan Cornflakes memang favourite sekeluarga. Ultraman tu pun mau makan juga bilang si Fyrash :’)

Pemandangan ari belakang. DI seberang sungai tu adalah Mong Garden Hotel

Pemandangan dari belakang. Di seberang sungai tu adalah Ming Garden Hotel

Ok, lepas sarapan kami semua naik ke Swimming Pool yang berada di tingkat 3. Tapi sedihnya, Swimming Pool dia ada 1 jak. Tiada Swimming Pool kecil untuk kanak-kanak. Dan nampaknya, Pool dia pun macam kurang terjaga. So, tidak banyak masa kami di sini. Sedikit kecewa tapi kami bawa juga budak-budak tu mandi. Suami yang banyak bawa dorang berenang. Si Ummi ni di tepi-tepi kolam ja.

Opss.. Sorry, tidak sempat snap gambar. Excited punya pasal, tidak sempat ambil hp. Lagipun kebanyakan masa tangan basah. Hihi

Overall, hotel ni memang bagus cuma kalau tidak ada kenderaan mungkin kena fikir macamana nak bergerak dari hotel ni ke Mall atau sebagainya. Kalau mau cari kedai runcit ka atau untuk beli brang-barang such as Maggi and so on, memang kena keluar dari kawasan hotel ni. So, kena siap sedia barang-barang yang anda perlu dalam hotel. Kalau tidak, tidak pasal-pasal keluar malam mau beli Maggi semata-mata pula πŸ™‚

Apapun, we enjoy our stay here. Still recommended sebb ada free Breakfast for two dan ruang bilik pun ok untuk kami berlima. Iron pun ada standby dekat almari. Tempat untuk solat dalam bilik pun ok juga. Dan yang penting anak-anak enjoy πŸ™‚

Selamat bercuti semua πŸ™‚

With Love,

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882