Archives

JOM TONTON DRAMA KAU, AKU, KITA DI TV3

Salam dan hai semua.. Hehe.. Tidak pernah saya story pasal-pasal drama di dalam blog ni. Tapi kali ni, rasanya macam Best ja mau share pasal Drama Kau, Aku, Kita di slot Lestary setiap Rabu dan Khamis , jam 9 malam eksklusif di TV3. Drama ini adalah merupakan adaptasi daripada novel hasil nukilan Orkid Edyliynie ynag diangkat ke Skrin tv oleh JS Pictuires. Drama ini diterajui oleh bintang utamanya Syarul Ridzwan dan Janna Nick

drama kau, aku, kita

Sebenarnya, saya memang jarang tengok tv dan minat drama-drama ni. Kalau tengok pun macam-macam tu jala. Tiada lah yang tengok dari awal smpai habis episod. Tapi yang cerita ni tiba-tiba tertengok dan terjatuh hati pula.

Lebih-lebih lagi bila tengok pelakon wanita utama drama ini iaitu Janna Nick. Ā Dengan cara lakonan yang bersahaja saya rasa enjoy melihat lakonan beliau. Dan yang tarik perhatian saya lagi, gadis ini punya suara sedap. Jom layan lagu akustika beliau yang beliau nyamyikan dalam Akustika HOT FM. Best tau suara dia šŸ™‚

Sebelum ni, saya pernah tengok Drama Syurga Nur terbitan JS Pictures juga. Situlah rasanya saya sedar tentang Janna Nick ni. Comel ja rasa budak perempuan ni. Hihi..Lagi comel kalau bertudung. Sebab dalam Syurga Nur, Janna Nick melakonkan watak sebagai Nur yang bertudung. Pastu jumpa balik dalam drama ini. Tulah yang excited mau tengok

 

janna nick

Kalau mau follow Janna Nick, boleh tengok instagram dia Janna NickĀ atau Facebook dia, Janna Nick di sini

Sedikit mengenai drama ini. Kisahnya bermula apabila Syarul Ridzwan ( Aus) dan Janna Nick ( Iman) bertemu dalam pertemuan yang tidak disangka gara-gara mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Aus yang berlari bersama-sama Iman yang ketika itu dalam masa yang sama berlari kerana dikejar lintah darat menyangka dirinya dikejar peminat, membuatkan beliau mengenali Iman, seorang yang langsung tidak mengenali Aus sebagai pelakon terkenal

Alkisahnya, disebabkan desakan ayahnya yang memberi pilihan kepada Aus untuk bernikah atau berhenti berlakon, Aus akhirnya memilih untuk mengahwini Iman. Iman anak yatim piatu ini mempunyai 5 lagi orang adik untuk dijaga menerima lamaran itu kerana memikirkan Aus sanggup untuk membayar hutang lintah darat ibu bapanya

Mampukah perkahwinan tanpa cinta ini berjaya???

Adakah perkahwinan tanpa cinta ini akan bertahan?

Adakah perkahwinan tanpa cinta ini akan bertahan?

Apa yang saya suka dengan cerita ni sebab rasa best betul tengok watak Iman tu. Gaya ala-ala lelaki tapi dalam hati ada taman.. Dan ada unsur-unsur kekeluargaan yang kuat. Best juga sebab walaupun hidup sebagai pelakon dan anak orang berada, solat tidak pernah dorang dilupakan.

Setakat ni, saya dah tengok hingga episod 8. Sebelum ni, sudah terlepas beberapa episod, so tengok dekat Youtube dan tonton.com.my jala..hehe.. Ā Ending episod 8 Khamis tu, Iman disahkan mengandung. Tidak sabar rasanya tengok the next episode minggu depan. Hehe..

Ok, kalau mau tahu pasal cerita ni, jom tengok minggu depan Rabu dan Khamis jam 9.oo malam di TV 3 k :). Korang pasti ikut tersenyum-senyum bila tontotn cerita ni..hehe