Archives

CARA-CARA TURUNKAN KOLESTROL

Tahukah anda lebih 6 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah koletsrol yang tinggi? Adakah anda salah seorang? Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa cara untk turunkan kadar kolestrol di dalam badan kita.

Sebelum itu, marilah kita kenali apa itu kolestrol..

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan kompenen tubuh yang penting pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh

Apakah dua sumber utama kolestrol

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi daripada makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan kolestrol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolestrol utama dalam darah kita;
1) LDL ( Lipoprotein ketumpatan rendah)
LDL dikenali sebagai kolestrol jahat kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit ( plak) dalm saluran darah. Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar

2) HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi)
HDL pula dikenali sebagai kolestrol baik kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah

Apakah penyebab utama kolestrol yang tinggi?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta tinggi kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.

CARA-CARA UNTUK MENURUNKAN KOLESTEROL ADALAH;
1) Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut seperti buah-buahan 
2) Lakukan senaman lebih kerap agar kolesterol jahat mudah dibakar
3) Turunkan berat badan. Bila anda berniat atau berusaha untuk turunkan berat badan, secara tidak langsung anda juga berusaha untuk mengawal pemakanan anda. Ini sangat baik bagi memastikan anda mengambil makanan yang seimbang dalam diet seharian anda
4) Banyakkan minum air
5) Kurangkan minuman berais, bergas dan manis
6) Institut Kesihatan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet seharian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi

Sekiranya anda mencari Fitosterol semulajadi saya cadangkan anda mengambil PhytoCol-St Shaklee dan ditambah dengan Omega Guard agar kolesterol yang tubuh anda tidak diperlukan akan dibakar dan dbawa keluar dari tubuh

set turun kolestrol shaklee
Suplemen yang sangat sesuai anda ambil bagi membantu menurunkan kadar kolestrol anda

Ingin dapatkannya. Hubungi kami segera!

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com