Archives

CARA MENGATASI GIGI BERDARAH

Pernahkah anda mengalami masalah gigi berdarah dengan banyaknya dan ia kerap terjadi walaupun anda kerap memberus gigi? Mengapakah ini terjadi dan bagimanakah cara mencegah gigi berdarah?

Saya juga pernah mengalami pengalaman seperti itu. Jujur saya katakan, saya adalah seorang yang suka menjaga gigi dan memang suka memberus gigi. Ramai juga kawan-kawan yang memuji kan gigi saya ini. Akan tetapi, semasa mengandungkan anak ke-3, saya mengalami masalah gigi berdarah hampir setiap hari pada awal kehamilan. Saya juga dapati gigi saya sangat cepat rapuh dan berlubang dalam tempoh yang singkat walaupun saya rajin memberusnya.

Ini sangat mengecewakan saya. Bagi saya, gigi amat penting untuk penampilan diri saya. Gigi yang berlubang bukan sahaja menyebabkan saya kurang keyakinan diri, malah membuatkan saya merasai apa itu sakit gigi yang mana tidak pernah saya alami sebelum ini. Ternyata sakit gigi yang memang sakit itu bukan sahaja menganggu mood, tapi juga mengganggu tugas saya seharian kerana ia sakit sehingga ke kepala

Mengapakah gigi saya berdarah dan berlubang?

Gigi terdiri daripada kalsium. Ia merupakan zat utama gigi. Kekurangan kalsiumlah menyebabkan gigi mudah rapuh yang akhirnya menyebabkan gigi cepat berdarah dan berlubang. Kekurangan kalsium juga mnyebabkan anda mengalami sakit belakang atau pinggang dan susah untuk bangun pagi

Bagi saya yang ketika itu mengandung dan dalama masa yang sama menyusukan 2 orang lagi anak saya, mengalami masalah kekurangan kalsium adalah tinggi kerana saya perlu bekalkan susu ibu untuk 2 orang anak saya dan nutrisi yang penting untuk bayi di dalam kandungan saya. Kedua-dua perkara ini menyerap kalsium dalam badan saya. Kalsium adalah antara zat yang paling cepat diserap oleh anak melalui susu ibu dan semasa bayi di dalam kandungan.

Disebabkan itulah ibu-ibu dan sesiapa sahaja yang mengalami gigi berdarah dan berlubang dicadangkan untuk mengambil kalsium sama ada berbentuk tepung atau pil. Saya yang ketika itu, mengambil Ostematrix Shaklee meningkatkan dos pengambilan Ostematrix Shaklee itu bagi memenuhi keperluan kalsium tubuh saya. Saya juga pastikan saya berus gigi setiap kali makan, mengelakkan minuman berkafein, serta mengambil makanan yang berkalsium tinggi seperti sayur-sayuran dan menambah ESP SHAKLEE ke dalam diet seharian memandangkan ia juga mempunyai sumber kalsium

testimoni gigi berdarah
Seorang sahabat saya di Facebook yang mengalami masalah yang sama seperti saya
Bagi anda yang tidak hamil, saya sarankan anda untuk berjumpa doktor anda. Periksa keadaan gigi anda dan ambillah suplemen kalsium. Jangan lupa kerapkan memberus gigi dan berus gigi dalam jangka masa yang lebih lama

Jangan biarkan gigi anda terus berdarah kerana ia boleh membawa kepada gigi berlubang dan seterusnya masalah gigi yang lain. Cegah ia sebelum menjadi lebih teruk

Jika anda ingin mencari suplemen kalsium yang sesuai, anda boleh mencuba Ostematrix Shaklee. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian berikut:

keistimewaan jadi ahli shaklee
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂