Archives

KELUARGAHEBAT.COM KINI SETAHUN!

Salam hujung minggu semua. Tidak sangka nama yang kami pilih keluargahebat.com kini sudah berusia setahun. Rasanya bagai baru sahaja kami berfikir-fikir dan sediakan beberapa nama untuk blog kami setahun yang lalu. Eh, sebenarnya 2 tahun yang lalu. Tapi setahun sebelum tu tak terbuka langsung domain ini disebabkan kurangnya ilmu

Syukur alhamdulillah, Allah ilhamkan kami satu nama yang awesome. Nama ni bukan sahaja mudah diingat akan tetapi mudah menjadi trademark kepada kami. Asal sebut keluargahebat, orang terus kaitkan dengan kami. Terima kasih Allah 🙂

Rasanay mau tukar dah gambar ni.. Hehe

Rasanya mau tukar dah gambar ni.. Hehe

Untuk makluman, domain name adalah nama blog pilihan kita yang kita beli agar nama itu tidak diambil oleh orang lain. Contoh seperti www.keluargahebat.com. Domain name adalah penting kerana ia dianggap sebagai alamat rumah atau alamat blog kita

Domain pula perlu datang bersama dengan hosting. Hosting pula adalah rumah kita. Tempat di mana kita simpan gamabr-gambar, maklumat-maklumat atau data seperti yang kita tulis dalam entry

Hosting ada yang berbayar seperti yang saya gunakan ini dan ada juga hosting percuma seperti blogspot.my. Anda boleh memilih mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda betul-betul serius dengan berblogging saya cadangkan anda pilih hosting berbayar seperti saya agar maklumat atau entry kita terjamin keselamatannya dan tidak mudah hilang

Jika anda berniat ingin mempunyai domain dan hosting sendiri, anda boleh hubungi saya atau klik di link ini http://client.saleiz.com/aff.php?aff=46

Apa yang bestnya jika kita mempunyai domain sendiri, kita yakin yang nama itu kita punya seorang dan boleh membuatkan orang ingat kita directly bila menyebut doamin name itu. Kita akan rasa istimewa, kan??? 🙂

Dan semakin lama saya makin seronok menulis. Saya bukan saja menulis untuk menjana income tapi atas tujuan ingin membantu lebih ramai orang lain. Seronoknya juga, saya mengenali ramai orang melalui blog ini. Ini membuatkan saya rasa sangat gembira kerana penulisan saya telah membantu ramai orang

Doakan saya agar boleh membantu lebih ramai orang dengan penulisan saya di sini. Terima kasih pada anda semua yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa mengikuti update di blog ini 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

IDEA TIADA? BLUR? MUNGKIN ANDA PERLUKAN INI!

Salam dan hai semua. Ada tinggal 9 hari lagi di bulan Ramadhan. Anda masih rasa lemah-lemah dan tidak bersemangat? Mungkin anda perlukan emosi dan idea booster 🙂

Di dalam entry lepas, saya ada menulis tentang cara mendapat idea untuk menulis entry terutama ketika otak jammed. Tidak dinafikan, kadang-kadang kita mengalami masalah otak jammed di mana kita tidak mempunyai sebarang idea untuk menulis atau melakukan sesuau kerja

Otak jammed disebabkan beberapa perkara antaranya;

1) Emosi yang tidak stabil

Adakalanya ketika otak jammed, emosi kita berada dalam keadaan yang tidak stabil. Ini menyebabkan kita tidak dapat mewujudkan emosi yang sihat dan gembira. Apabila menulis, mencari idea atau ingin melakukan sesuatu yang kreatif, kita perlu beremosi stabil agar kita lebih fokus dan bersemangat

Dalam situasi ini, adalah sangat sesuai kita mengambil suplemen yang mengandungi vitamin B. Ini kerana vitamin b membantu menghasilkan neurotransmeitter yang mana membantu mengurangkan stres, tekanan dan perasaan bimbang

Bila kita lebih tenang dan relax, Insha Allah idea akan datang mencurah-curah

Untuk mendapat idea, perlukan emosi dan mental yang stabl dan gembira

Untuk mendapat idea, perlukan emosi dan mental yang stabil dan gembira

2) Fikiran seakan blur dan kosong

Adakalanya fikiran dan otak kita seakan blur dan kosong. Ketika ini adalah sangat sesuai untuk mengambil Lecithin kerana Lecithin

membantu lebih banyak saraf neuro berhubung. Ini membantu dan menyokong komunikasi dan penghantaran maklumat antara sel-sel otak

Insha allah, otak kita akan lebih cerdas dan juga fokus

3) Kurang pergantungan kepada yang Maha Esa

Kadang-kadang kita seakan lupa bahawa idea dan bakat adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Berdoalah, mohonlah kepadaNya agar didatangkan idea yang mencurah-curah kepada kita dan dipermudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat. Aminnnn..

Niatkanlah seikhlasnya penulisan kita membantu ramai orang di luar sana. Pasti Allah berikan lebih banyak kemudahan kepada kita. Insha Allah.. 🙂

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882

CARA-CARA UNTUK MENDAPAT IDEA MENULIS ENTRY BLOG TERUTAMA KETIKA OTAK JAMMED

Salam dan hai semua. Selamat menikmati hujung minggu anda bersama keluarga. Hari ni saya ingin kongsikan cara untuk mendapat idea untuk menulis entry di dalam blog

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang kita memang kehilangan idea. Ada masanya idea mencurah-curah tapi masa tu pula tidak sempat buat entry disebabkan sibuk dengan hal lain. Kadang-kadang, idea dah ada tapi mood pula ke laut. Memang tidak siaplah entry tu kan. Hehe..

Idea selalunya datang pada waktu yang tidak kita duga

Idea selalunya datang pada waktu yang tidak kita duga

So, hari ini saya kongsikan 5 cara untuk mendapat idea menulis entry di blog. Cara-caranya;

1) Fokus pada Niche blog anda. Bila anda fokus, anda akan mudah mendapat idea. Anda boleh dapatkan idea dengan mencari info-info berkaitan di internet. Apa tu Niche? Boleh baca di sini

2) Cari majalah, buku atau bahan bacaan yang sesuai dengan niche anda. Contoh seperti blog ini, lebih fokus pada niche Parenting dan anak-anak. So, saya sangat suka dengan Majalah Pa & Ma. Banyak tips-tips yang boleh didapati di dalam majalah tersebut

Saya juga suka membaca status kawan-kawan di media sosial yang berkaitan dengan Parenting dan anak-anak. Dan selalunya, dengan membaca statuts mereka, saya akan mendapat idea

3) Ambil masa untuk relax

Kadang-kadang disebabkan terlalu kerap menulis,otak kita seakan jammed! So, ambillah masa untuk relax dan luangkan masa bersama keluarga agar anda boleh berasa segar semula. Otak segar, hati girang , idea mencurah-curah!

4) Bagi yang beragama Islam, ambillah masa untuk membaca Al-Quran, kisah-kisah nabi dan kisah-kisah tauladan. Dengan meluangkan masa untuk yang Esa, Insha Allah akan dipermudahkan dan didatangkan kepada kita idea yang hebat-hebat

5) Banyakkan pergaulan dengan keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan orang sekeliling. Bila kita berkomunikasi, selalunya orang sekeliling akan memberi tindak balas. Kadang-kadang melalui perbualan kita itu, kita akan mendapat banyak tips dari mereka yang berpengalaman. Tapi, pilihlah kawan yang boleh memberikan ilmu yang bermanfaat a.. Bukan kawan Gossip aja tau!

Selamat menulis buat semua. Hasilkanlah entry yang memberi manfaat kepada kita dan oranglain. Entry yang baik pasti membantu ranking di enjin pencarian. Ikhlaskanlah niat menulis untuk membantu pembaca blog kita 🙂

MENULIS BLOG UNTUK SEO DAN KEYWORDS?

Salam dan hai semua.. Isnin lepas sekali lagi saya adakan kelas WordPress di rumah. Kali ni bersama Puan Angelina Albinus. Angelina yang saya panggil Angel baru sahaja ingin mendaftarkan blog beliau www.playingroles.com menggunakan hosting WordPress.

Banyak juga yang kami kongsikan dengan beliau. Memandangkan Angel merupakan antara Mentee terawal saya dalam blogging, banyak perubahan tentang blogging yang saya kongsikan agar beliau tidak terkeliru

TErsenyum-senyum masih diambil gambar. Macam bukan belajar pula dua orang ni. Hehe

Tersenyum-senyum pula ketika diambil gambar. Macam bukan belajar pula dua orang ni. Hehe

Jika difikir-fikir semula, rasanya saya sudah berblogging hampir 2 tahun lebih. Satu jangka masa yang lama. Cuma dulu ilmu itu terlalu sedikit dan agak mengejar SEO. SEO itu penting kerana ia menarik Google dan enjin pencarian lain ke blog kita. Tapi paling utama adalah penulisan kita

Kita menulis untuk manusia. Bila terlalu mengejar SEO, bunyi entry pun jadi macam bunyi robot akhirnya. Sebab SEO – Search Engine Optimization adalah satu usaha mendekati Google dan enjin pencarian yang lain yang mana hanyalah sebuah perisian yang pastinya bukanlah manusia

Tapi akhirnya yang akan klik dan baca entry kita adalah manusia. Bukannya enjin pencarian. Sebab tu adalah amat penting menulis untuk manusia. Menulis agar manusia mudah faham dan manusia mudah terima

Menulis tanpa rasa, tanpa hala tuju akan menghasilkan pembaca yang keliru dan akhirnya tiada pembaca setia yang sudi singgah ke blog kita. Dan blog kita hanya menjadi blog suka sendiri 🙂

Pembaca setia atau Follower akan seronok membaca blog kita sekiranya penulisan kita bermanfaat atau seronok dibaca mereka. Which is, kadang-kadang kita terlupa tentang ini apabila terlalu mengejar Keywords -Kata Kunci dan SEO

Alhamdulillah. Sejak-sejak jadi student Akademi Denaihati, banyak dah berubah di otak ni. Blogging kini bagi saya adalah sesuatu yang seronok dan saya lakukan bukan sebab untuk mencari untung. Ia tentang manusia. Dari manusia kepada manusia. Dan InshaAllah, jika kita ikhlas menulis, Allah akan hadirkan Sales, untung dan apa sahaja yang berkaitan dengan kita juga 🙂

Happy blogging u olls!

KENAPA BLOG ANDA PERLU NICHE ATAU TEMA DAN HALA TUJU?

Salam dan hai semua.. Hari semakin hari, si Ummi anak tiga ini semakin sibuk. Dengan anak-anak yang tidak tidur siang dan terlalu aktif, memang agak sukar Ummi ini menghadap laptop :). Tapi tidak apa, itulah antara cabaran bekerja dari rumah

Insha Allah, Isnin ini saya akan adakan kelas WordPress dan Blogspot lagi. Kalau ada yang berminat untuk join, boleh contact saya directly ya 🙂

Ok, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Harap info ini dapat membantu anda ya 🙂

Apakah Niche blog anda ?

Apakah Niche blog anda ?

Apabila anda mula menulis di blog, adalah AMAT PENTING untuk anda mengenal pasti Niche atau tema /hala tuju / identiti / kategori blog anda. Ini kerana ia akan membantu pembaca, pengunjung serta anda sendiri dalam;

  • Pengunjung anak mudah menjadikan blog anda sebagai bahan rujukan kerana mereka dapat meihat dengan jelas blog anda berkaitan dengan apa
  • Pembaca pun akan mudah memahami diri anda sebagai penulis yang bagaimana, which is penting untuk mengekalkan pembaca agar terus setia membaca tulisan anda
  • Anda pun mudah untuk mendapatkan idea yang berkaitan Niche atau hala tuju blog anda untuk dijadikan entry blog
  • Blog anda akan nampak lebih fokus dan professional
  • Blog anda akan lebih beridentiti

Mungkin ada yang mula menulis blog sekadar suka-suka (macam saya juga pada mulanya).. Akan tetapi, anda boleh dengan perlahan-lahan mencari identiti atau hala tuju blog anda dengan teruskan menulis. Insha Allah.. Bila anda biasa menulis, lama-lama anda akan nampak hala tuju blog anda

Contoh, blog saya ini sendiri. Pada mulanya blog ini agak tidak beridentiti. Tapi lama-kelamaan, saya dapat melihat diri saya suka menulis tentang kehidupan keluarga dan anak-anak. Ini membuatkan saya lebih fokus kepada Niche Parenting atau keibubapaan

Ada banyak lagi niche dan kategori blog ini. Contohnya,  Food blog, Travel Blog, Sports Blog, News Blog dan macam-macam lagi. Anda juga boleh rujuk di entry blog Sifu Hasrul Hassan ini mengenai 30 kategori blog dan blogger yang tersenarai. Dan blog saya ini tersenarai dalam blog Parenting dalam entry beliau ini 🙂

Ok, selamat mula menulis blog. Blogging is always fun! 🙂