Archives

BLOGGER YANG SAYA FOLLOW DAN SELALU RUJUK

Baru-baru ini, saya kerap blogwalking ke blog blogger-blogger di luar sana. Tidak disangka banyak ilmu yang saya perolehi. Antara blogger yang saya follow dan selalu rujuk adalah Pakar SEO BLOGSPOT, Tuan Hasrul Hassan dengan blog www.hasrulhassan.com dan Tuan Denaihati dengan blog www.denaihati.com. Kedua-dua blogger ini menjana pendapatan secara online dan sangat terkenal di dunia alam maya.

Hasrulhassan.com

Banyak ilmu tentng SEO dan blogspot yang saya belajar melalui blog beliau. Di dalam blog beliau ini, selain menulis tentang isu semasa beliau juga ada berkongsi tentang tips-tips SEO dan Blogspot. Saya kerap mengunjungi blog beliau untuk belajar tentang ilmu SEO BLOGSPOT ini. Perkongsian beliau ini sangat banyak membantu ramai blogger-blogger baru sehinggalah beliau digelar PAKAR SEO BLOGSPOT MALAYSIA

Saya juga pernah bertanya dengan beliau kenapa tidak tinggalkan blogspot dan teruskan dengan WordPress memandangkan beliau sudah mahir tentang SEO dan word press. Jawapan beliau’ Saya seronok dengan blogspot dan saya ingin membantu blogger-bogger baru di luar sana kerana blogger-blogger baru menggunakan platform blogspot sebagai permulaan mereka’

Wah.. Kagum saya dengan semangat beliau. Entah berapa banyak sudah orang gunakan ilmu yang beliau kongsikan secara PERCUMA ini. Insha Allah, saya pun ingin menjadi seperti beliau. Berkongsi untuk membantu lebih ramai orang lagi. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki beliau

Denaihati.com

‘Hidupkan Untuk Memberi’ merupakan slogan Tuan Mohd Ilham @ Amir yang merupakan pemilik blog Denaihati ini yang juga merupakan seorang Traveller. Blog beliau bukan sahaja mempunyai ramai Follower tetapi beliau juga berkongsi tentang cara mencari duit melalui blog. Blog beliau juga telah memenangi banyak anugerah antaranya Best Blog of the year 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013.  

Insha Allah, pada 29hb ini saya akan mengikuti Kelas WordPress Essentials Kota Kinabalu yang diadakan oleh Team Denaihati. Mau cedok banyak-banyak ilmu dari Otai-otai blogger ni. Terima kasih kerana sudi turun ke Kota Kinabalu untuk buat kelas bersama kami.



Jika anda berminat  untuk join kelas ini juga, anda boleh klik di link ini.

Doakan saya beroleh ilmu yang bermanfaat nanti ya! 🙂

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com