Archives

SELAMAT HARI PRAMATANG DUNIA!

Salam dan hai semua. Hari ini merupakan Hari Pramatang Dunia atau World’s Premature  Day. Sebenarnya, baru tahun ini saya ketahui tentang hari istimewa ini apabila join group Facebook Baby Premature Malaysia- NICU

Istimewa hari ini buat saya dan keluarga. Terutama buat Fyrash. Fyrash merupakan baby premature saya yang lahir ketika usia kandungan saya ketika itu 33 minggu dan 5 hari. Lahir dengan berat 2 kg, Fyrash tidak diletakkan di dalam kaca kerana beratnya yang mencukupi. Alhamdulillah..

Fyrash dengan abangya Furqan ketika berusia sebulan lebih

Fyrash dengan abangya Furqan ketika berusia sebulan lebih. Baju untuk baby umur sebulan pun belum dia muat lagi. Semua baju besar-besar..hihi

Bila diimbas kembali, kelahirannya sungguh cepat dan tidak diduga. Hanya dengan sekali teran, Fyrash lahir menjenguk dunia dan airmata saya terus mengalir dengan deras selepas kelahirannya. Saya berasa sangat sedih kerana berfikir Fyrash akan ditahan di NICU.

Paling menyedihkan, selepas Fyrash lahir, Fyrash hanya dibenarkan berada dalam pelukan saya sebentar cuma dan selepas itu terus dibawa ke NICU. Tiada momen room-in dan Breatfeeding awal yang indah antara saya dan dia. Sungguh pilu hati saya bila mengingatkannya. Saya pernah menulis tentang usaha saya menyusukan bayi pramtang saya ini di sini

Tapi, sesungguhnya, setelah sampai di NICU baru saya sedari betapa beruntungnya saya. Ada bayi pramatang yang mengalami pelbagai masalah selepas dilahirkan. Ada yang berbulan-bulan tinggal di hospital, ada yang menghidap masalah jantung dan lain-lain kerana bayi lahir tidak cukup bulan. Ya Allah, beruntungnya kami

Namun begitu, perjalanan membesarkan Fyrash juga bukan mudah lebih-lebih lagi Fyrash berdepan dengan masalah bacaan kuning yang tinggi dan Prolong Jaundice. Dan ketika berusia setahun 6 bulan, Fyrash menjalani pembedahan di bawah mata kerana adanya jangkitan.

Fyrash selepas pembedahan mata

Fyrash selepas pembedahan mata

fyrash

2 hari lepas pembedahan. Kami ke hospital untuk review semula. Mata sebelah kiri masih bengkak dan doktor cadangkan untuk operate semula dan kami refused. Kami ambil langkah alternatif dan hingga kini matanya tidak bengkak lagi. Alhamdulillah 🙂

Tapi, sesuatu yang manis tentang Fyrash. Fyrash jarang sangat sakit dan sangat menyenangkan. Fyrash yang manja selalunya menurut perintah Ummi dan Babah dan tidak cerewet. Fyrash pandai bergaya dan selalu sebut dirinya hnesem.  Hehe..

Alhamdulillah.. Fyrash kini membesar sebagai anak yang sihat dan bijak. Fokus pada pembelajaran, saya yakin Fyrash pasti cemerlang dalam pembelajarannya. Insha Allah

Semoga Fyrash terus membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh dan tidak tinggalkan solat

Semoga Fyrash terus membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh dan tidak tinggalkan solat

Buat semua ibu-ibu di luar sana yang mempunyai bayi pramatang, saya ucapkan selamat hari bayi , kanak-kanak pramatag kepada anda. Saya percya, keluarga yang mempunyai anak istimewa ini adalah keluarga yang kental. Mempunyai anak istimewa ini perlukan kesabaran dan kekuatan semangat yang tinggi bagi memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak yang lahir cukup bulan

Saya juga percaya anda ingin berikan mereka yang terbaik walaupun anda letih berada di hospital berbulan-bulan, berusaha naikkan berat badan mereka dan sebagainya. Tapi ingat ya ibu. Anak kuat bila ibu mereka kuat. Jagalah kesihatan. Happy selalu. Kalau perlu ambillah suplemen untuk kurangkan keletihan dan stres anda. Saya percaya suplemen yang betul boleh membantu

Dan yang paling penting, mintalah dengan Allah. Berdoalah dengan serendah hati. Mohonlah apa sahaja. Jangan pernah putus harap dengan doa anda. Doa ibu adalah doa yang tiada hijabnay dengan Allah. Moga bayi dan anak-anak pramatang ini akan terus membesar dengan sihat. Aminnn..

With Love

Aryn Fadz Lee l 016-587 9882