Archives

CARA MENGATASI ALAHAN KETIKA MENGANDUNG

Selamat petang semua.. Petang ni saya mau kongsi kan cara-cara untuk mengatasi alahan ketika mengandung. Moga boleh menjadi panduan kepada ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan yang teruk.


Saya juga pernah mengalaminya sehinggakan doktor bagi cuti selama seminggu kerana saya muntah-muntah dan tak lalu makan. Sabar jala.. Ingat pas seminggu tu mau minta cuti lagi dengan doktor tapi husband tidak bagi sebab husband kata kalau saya kerja saya tidak berapa ingat tentang alahan tu. Tapi betul jugala..hihi.. Walaupun penat, at least tidaklah terbaring sja di rumah..hihi..

Ok ,antara Cara Mengatasi Alahan Ketika Mengandung adalah;

1) Makanan

– Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaay perut tidak kosong   walaupuan ibu tidak lapar. Makanlah walaupun sedikit

– Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng

– Jika ibu tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak
– Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
– Elakkan mengambil kafein dan merokok


2) Minuman 

– Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari

– Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan

– Pengambilan air halia boelh mengurangkan rasa mual

3) Rutin harian

– Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan
– Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung   kerap berasa letih dan mengantuk
– Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah

– Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual
Ibu yang mengandung pertama kali kerap mengalami alahan 

Credit to Majalah Pa & Ma 🙂

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort serta seluruh Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

Call/Msg/Whatsapp/Wechat : 016-587 9882
Fb : Aryn Fadz Lee
Fb Page : Vitaminku Sefamilee

Email : kawan_sya@yahoo.com

Share