Archives

MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK

Sambungan dari entry saya sebelum ini yang bertajuk APA ITU ASID FOLIK DAN KEPENTINGANNYA. Terdapat beberapa sumber MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK. Antaranya ialah;
  • Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan asparagus ( Patutlah klinik selalu sebut makan sayur bayam ni kalau rendah bacaan HB tu)
  • Kacang peas, jagung dan kacang tanah
  • Hati lembu, daging lembu dan ayam
  • Bijirin yang diperkayakan dengan asid folik seperti roti, bijirin sarapan pagi, gandum, susu, beras perang dan barli ( Barli pun dikatakan antara makanan yang boleh menambahkan susu ibu)
  • Jus oren segar dan buah-buahan seperti pisang dan buah kurma
  • Pil asid folik ( Selalunya doktor di klinik kerajaan akan memberikan pil asid folik yang kecil dan berwarna kuning untuk ibu-ibu yang hamil ) atau anda boleh ambil B Complex Shaklee
makanan kaya asid folik

Antara Tanda-Tanda anda Kekurangan Asid Folik ialah;
1)  Tanda-tanda biasa
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan
  • Turun berat badan
2) Tanda-tanda lain;
  • Lemah
  • Lidah bengkak
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Keresahan
  • Gangguan tingkah laku
3) Tanda kekurangan Folic Acid bagi ibu mengandung
  • Bayi kekurangan berat badan
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang menghidap kecacatan tiub neural
4) Orang dewasa;
  • Anemia
5) Bayi dan kanak-kanak
  • Kadar pertumbuhan yang perlahan
TIPS UNTUK MENGEKALKAN ASID FOLIK DALAM MAKANAN
Asid folik mudah larut di dalam air dan jika anda memasak makanan terlalu lama, ia akan memusnahkan folik asid yang terdapat dalam sumber makanan tersebut. Oleh itu, anda adalah disyorkan untuk;
  • Memendekkan masa memasak
  • Kurangkan penggunaan air atau kuah dalam masakan ( Dahlah, suka sangat makanan yang berkuah-kuah ni)
  • Masak secara kukus atau menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Pilih makanan atau sayuran yang segar
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL ASID FOLIK SEMASA MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI

1) Untuk menampung keperluan folic acid yang tinggi semasa mengandung memandangkan bayi dan ibu sama-sama memerlukannya bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan
2) Asid folik yang diambil melalui makanan mungkin tidak mencukupi
3) Asid folik tidak cukup kerana makanan yang dimasak sudah kurang nutrisinya
4) Pengambilan ubat-ubatan yang kerap juga mampu mengurangkan asid folik di dalam badan

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share