Malaysia Lockdown Jun 2021

Posted on

Assalammualaikum dan hai semua..

Bertemu kita di Lockdown 2021 selepas peningkatan kes Covid-19 yang positif di Malaysia. Sesuatu yang sangat merisaukan kerana varian terbaru Covid-19 ini mudah menjangkiti dan kada kematian pun tinggi

So, kita lakukanlah Lockdown kendiri ya.. Antara yang boleh kita lakukan bagi sama-sama mengekang virus ini adalah;

  1. Kurangkan pergerakan keluar dari rumah. Dicadangkan kita membeli barang-barang keperluan rumah seminggu sekali. Kalau seminggu sekali maybe agak payah, at least kita tidaklah keluar tiap hari jika tidak perlu since jangkitan sekarang boleh berjangkit secara sporadik iaitu melalui udara
  2. Terus mandi dan bersihkan diri selepas keluar dan kembali ke rumah. Eakkan memegang ahli keluarga sebelum mandi
  3. Menggunakan Hand Sanitizer semasa di luar dan kerap mencuci tangan
  4. Amalkan penjarakan sosial. Elakkan bersalaman atau sentuhan yang tidak perlu
  5. Menguatkan sistem pertahanan badan dengan mengambil diet yang sihat
  6. Memantau kesihtan badan diri sendiri dan keluarga
  7. Kurangkan stres dan berfikiran positif selalu
  8. Membanyakkan amal soleh dan doa agar kita dan keluarga dihindari dari jangkitan ini
Terima kasih Perdana Menteri atas pengumuman Lockdown serta bantuan kewangan yang diberikan

Banyak hikmahnya atas Lockdown ini. Kita boleh meluangkan masa bersama keluarga, melihat sendiri perkembangan anak-anak, dapat berehat dan menenangkan fikiran

Antara yang boleh kita lakukan di rumah bersama keluarga adalah;

  • Solat berjemaah bersama
  • Melakukan akitiviti seperti menonton tv, membaca buku , membaca Al-Quran bersama keluarga
  • Mencuba resepi baru
  • Mengemas rumah
  • Menelaah pelajaran anak-anak
  • Melatih anak melakukan kerja-kerja rumah
  • dan banyak lagi..

Tidak juga dilupa pada yang tidak berkemampuan dan kehilangan mata pencarian semasa Lockdown ini. Cuba-cuba dengar berita atau lihat-lihat lah jiran tetangga yang mungkin sangat memerlukan bantuan pada ketika ini. Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah asbab Lockdown ini Allah permudahkan segalanya untuk mereka. Allah pasti bantu dan Allah tidak menguji seseorang jika ia tidak mampu menghadapinya

Bagi yang perlu bekerja dan semua Frontliners, saya doakan moga anda sentaisa sihat dan dilindungi Allah selalu

Semoga Lockdown ini membantu penurunan kes postiif Covid-19 di Malaysia dan memberi banyak manfaat buat kita semua. Aminnn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge