TIPS HADAPI PDPR – PEMBELAJARAN ONLINE ANAK-ANAK

Posted on

Assalammualaikum dan apa khabar semua???

Lama tidak update di sini. Lama tidak menulis dan berkongsi banyak di sini. Saya, Alhamdulillah sihat bersama keluarga. Anak-anak pun begitu. Saya doakan anda juga begitu di kala kita masih berdepan dengan Covid-19 ini. Sila jaga diri anda dan keluarga baik-baik ya. Sama-sama kita jaga kita agar kita terhindar daripada virus Covid- 19 ini

So, anda bagaimana sepanjang tahun 2020 hingga Februari 2021 ini? Saya, suami dan anak-anak sibuk dengan PDPR setiap hari. Cabarannya agak tinggi sebab ada 4 orang anak yg perlu diuruskan dengan subjek yang berbeza-beza. Dalam masa yang sama, perlu uruskan kerja hakiki, urus anak yang masih kecil, urus rumah dan macam-macam lagi

Saya percaya ramai ibu bapa mengalami masalah yang sama kan? Pengurusan masa tidak teratur buatkan banyak perkara berlaku. So, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk ibu bapa yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan kami. Apa yang perlu dilakukan apabila anak PDPR?

  1. Sediakan sarapan awal – Bagi anak yang mempunyai kelas online bersemuka yang selalunya diadakan pada waktu pagi, saya akan bangunkan mereka lebih awal dan pastikan mereka bersiap serta bersarapan sebelum kelas bermula. Ini sangat penting agar anak fokus ketika kelas berlangsung

2. Ibu dan bapa yag berada di rumah perlu uruskan tekanan yang ada dengan baik – Saya faham ia bukan mudah. Kerana menguruskan anak yang PDPR memang mencabar. Ia sangat-sangat mencabar mental dan emosi ibu bapa. Tapi, ibu bapa la yang buat anak-anak kuat. So, kita as ibu bapa kena kuat dan pandai urus emosi. Saya dan suami pun pernah rasa ‘burn out’. Tapi kami stop a while, bawa anak-anak sekali and enjoy moments dengan family..And its really help 🙂

3. Pastikan anak dalam keadaan bersedia. Sudah bersarapan, sudah mandi dan bersemangat pada pagi hari sebelum memulakan e-pembelajaran. Puji-pujian juga sangat membantu ketika ini

Farhah, anak ke empat kami ketika Google Meet kelas dorang berlangsung

Untuk semua ibu bapa, saya ucapkan tahniah kerana anda sentiasa bersabar walau apapun yang berlaku . Mungkin kita rasa letih tapi apa yang pasti kita dapat melihat sendiri potensi anak dan kelebihan anak-anak yang mungkin selama ini tidak kita sedari. Dan paling penting, kita dapat spend masa dengan anak-anak lebih banyak daripada biasa

WE ARE AWESOME PARENTS 🙂

  • ya, setuju…. paling penting, kita dapat spend masa dengan anak-anak lebih banyak daripada biasa dalam keadaan ini
    untuk itu yang penting ibu bapa perlu :
    Belajar mengenai aspek teknikal dalam PdPR
    Susun jadual waktu anak-anak dan ibu bapa.
    Maklumkan kepada guru dan/atau pihak sekolah mengenai kekangan yang dihadapi
    Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan sesuai
    Adab, tatacara dan etika berkomunikasi di media sosial

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge