PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU
Posted on
Salam dan hai semua.. Selamat tahun baru buat semua. Walaupun agak terlewat tapi saya percaya anda semua dalam keadaan dan mood yang baik kan..
Ok, post kali ini agak panjang kerana saya ingin share pengalaman saya dan suami mendaki Gunung Kinabalu pada tarikh 4 hingga 5 Januari 2020, bulan lepas
Sikit lagi saya tidak jadi pergi apabila mula-mula tidak dapat mencari penjaga anak-anak kami seramai 5 orang ini. Tapi, Alhamdulillah.. Akhirnya ibu dan adik saya dapat bantu. Terima kasih mami dan my family
Perjalanan kami bermula dari kampung seawal jam 4.20 pagi. Selepas sarapan, kami bergerak menuju ke KK untuk mengambil abang sepupu suami. Seawal jam 8.00 pagi kami tiba di Kinabalu Park untuk mendaftar dengan rombongan sekali.

Setelah briefing dan dengan diiringi bacaan doa, kami memulakan pendakian dari Timpohon sekitar jam 9.30 pagi. Saya bergerak bersama-sama suami dan kawan-kawan yang lain ada yang bergerak dengan laju

Kami perlu mendaki ke Laban Rata dan akan memulakan pendakian untuk ke Puncak pagi esoknya. Sejauh 6km perlu didaki dan ternyata pendakian kali ini agak mencabar bagi saya

Ini bukanlah kali pertama saya mendaki bersama suami. Kali pertama kami cuma smpai ke Sayat-Sayat, pondok terakhir sebelum sampai puncak. Dan kali ke-2 ini saya cuma sampai ke Laban Rata
Track pendakian ke Laban Rata ternyata berubah dan lutut saya yg pernah injured tahun lepas selepas bermain badminton, sakit ketika mendaki di KM4.

Pendakian semakin mencabar dan saya cuba dan paksa kaki untuk melangkah. Pelbagai perkara terlintas di fikiran ketika ini. Menyesal pun ada. Wajah anak-anak sentiasa bermain di fikiran dan saya katakan pada diri saya perlu lakukan ini untuk anak-anak
Pada ketika itu juga, view yang cantik tidak sudah saya nikmati dan nasib baiklah suami sentiasa di sisi untuk memberikan semangat dan bantuan
Kami sampai ke Laban Rata sekitar jam 4. Perjalanan yang mengambil masa 7 jam itu, memang memenatkan buat saya. Mungkin kerana kurang fit sebelum pendakian ditambah lutut yang sakit buat pace saya semakin slow

Selepas dinner dan masuk ke Lemaing Hut dan berehat, saya berbincang dengan suami dan kami bersetuju saya tidak perlu mendaki hingga ke puncak. Kami faham untuk mendaki ke puncak, pace kena lebih laju kerana perlu smpai ke Sayat-Sayat sebelum jam 5. Dan saya rasa saya cuma akan melambatkan usaha itu
Walaupun agak kesal dan memang saya betul-betul ingin sampai ke puncak kali ini, tapi saya tahu kemampuan saya. Dan saya berazam untuk smpai ke puncak jika berpeluang mendaki lagi
Sekitar jam 2.00 kami bangun untuk supper dan suami serta rombongan memulakan pendakian dalam jam 2.30 pagi. Saya pula kembali ke pondok
Ada hikmahnya tidak naik ke puncak, dapat juga tahajjud dan mengepam susu buat bekal anak kmi yang kecil. Dan sekitar jam 5.00 pagi suami bagitau beliau di Puncank gunung Kinabalu. Alhamdulillah..

Selepas suami turun dari puncak, kami sarapan sekitar jam 9.45am dan memulakan pendakian turun sekitar jam 10.30 pagi. Masa ni juga kami banyak mengambil gambar kerana memang banyak view yang cantik

Kali ini saya lebih laju dan berjaya sampai ke Timpohon dalam jam 4.00 petang. 3 jam awal dari masa mendaki naik. Memang tidak sabar untuk balik berjumpa anak-anak

Setelah mandi dan terima sijil, kami meneruskan perjalanan balik kampung untuk bertemu anak-anak
Terima kasih Allah atas pengalaman ini. Insha Allah, saya ingin pastikan saya fit betul-betul sebelum mendaki lagi Gunung Kinabalu
Doakan saya untuk share beberapa tips tentang mendaki dan suplemen yang saya ambil bagi membantu badan lebih kuat 🙂
Wahh mcm best jer sis.. harap suatu masa nnti boleh la jejak kaki kat sini..