TIPS DAN CARA ELAK SUSU MERUDUM SEMASA BERPUASA

Posted on

Salam Ramadhan Al -Mubarak. Selamat berpuasa pada semua umat Islam yang berpuasa

Puasa tahun ini saya menyahut cabaran lagi pabila berpuasa sambil mengepam dan menyusukan 2 orang anak. Setakat ni Alhamdulillah, dapat dijalani dengan baik sekali.

Hari pertama ja saya rasa letih sangat maybe sebab badan tengah adjust. Tapi paling mencabar lepas mngepam dan lepas anak menyusu, memang rasa lapar yang amat sangat. Tapi bestnya Ramadhan sebab masa nilah badan rasa sangat kuat untuk melaluinya 🙂

Berpuasa sambil Breastfeeding memang mencabar. Sepanjang pengalaman saya selama 8 tahun menjayakan Breastfeeding dan dalam masa yang sama berpuasa, susu memang akan berkurang sedikit dari kebiasaan

Saya selalunya akan mengepam juga dan berhenti apabila susu nampak semakin kurang. Namun dengan izin Allah, susu ibu yang diperah cukup untuk anak sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah.. Hasil dari mengepam pagi ini 🙂

So, saya ingin share beberapa tips yang boleh membantu ibu-ibu yang Breastfeeding ini agar mampu berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak yang tersayang.

Anda juga boleh tonton video saya ini tentang tips berpuasa sambil menyusukan anak 🙂

Antara cara untuk maintainkan hasil susu ibu yang diperah;

1 . Jangan skip sahur

Sahur umpama breakfast dan ketika sahur lah kita mengumpul tenaga yang akan digunakan di siang hari semasa berpuasa.

2 . Banyakkan pengambilan air

Ambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibu-ibu boleh ambil air yang lebih banyak tapi minum sedikit-sedikit untuk mengelakkan kembung perut

3. Banyakkan pengambilan protein waktu sahur

Protein antara sumber yang membina tenaga. Protein boleh didapati dari ayam, ikan, telur, tauhu dan pelbagai makanan lagi. Anda juga boleh ambil ESP, minuman protein Shaklee dalam usaha ini

4 . Makan makanan bernutrisi. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

Penting untuk ibu ambil makanan berkhasiat dan bernutrisi agar badan ibu fit untuk menghasilkan susu ibu yang cukup. Pengambilan buah-buahan dan sayuran membantu berlakunya dehidrasi

5 . Elak minuman berkafein dan manis

Minuman berkafein dan manis akan membuat kita cepat dahaga. Cuba elak minuman jenis ini ya ibu 🙂

6 . Niat dari awal dan yakin kita boleh menjayakannya

Niat sebelum Ramadhan yang kita ingin berpuasa walaupun menyusukan anak dan yakin hal ini boleh berjaya. Bila kita yakin, proses ini akan lebih mudah

7 . Doa

Mohon dan doalah pada Allah untuk mempermudahkan usaha kita ini. Insha Allah, kita pasti berjaya! 🙂

Saya juga sangat cadangkan anda cuba ambil suplemen Shaklee seperti ESP, Vita Lea, B Complex dan Vitamin semasa sahur, Performance semasa berbuka dan sebelum tidur ambil Ostematrix untuk pastikan ibu bertenaga sepanjang berpuasa dan dapat hasilkan susu ibu yang berkualiti dan cukup nutrisi buat anak-anak

Bagi ibu-ibu yang membaca post ini dan telah amalkan tips di atas tetapi masih susu merudum teruk, boleh hubungi saya di talian 016-587 9882 untuk saya bantu

Terima kasih kerana membaca 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge