KISAH KAMI MAC TAHUN LEPAS

Posted on

ejen shaklee sabah, shaklee sabah

Salam dan hai semua. Masa berlalu begitu pantas kan. Tidak sedar sudah masuk Mac 2019. Bila diingat-ingat waktu ni pada tahun lepas saya masih mual-mual dan masih dalam pemantauan doktor atas sebab berat bayi dalam kandungan cuma naik sedikit

Sebenarnya tahun lepas bermulanya anak sekolah darjah 1 dan dalam masa yang sama saya mengandung anak ke-5, ini adalah antara waktu yang sangat mencabar dalam kehidupan kami sekeluarga

Saya yang ketika itu mengalami alahan yang agak teruk dan pening sepanjang masa membuatkan kerja-kerja rumah dan urusan anak-anak saya serahkan pada suami

Menjaga anak seramai 4 orang bukanya mudah apatah lagi semuanya masih kecil-kecil dan perbezaaan jarak memang tidak jauh

Bayangkan kami perlu gerak sebeum jam 6 pagi agar kami boleh sampai ke sekolah Furqan sebelum jam 7. Memang struggle masa tu.. Jarak rumah dengan tempat kerja dan sekolah anak sulung yang agak jauh dan selalu jammed, membuatkan kami jalan awal pagi dan sampai ke rumah pada malam hari

Memasakpun saya jarang dan kebanyakan masa kami tapau makanan? Duit? Cepat sangat mengalir.. Stress? Jangan ceritala :p

Well.. semua itu adalah kenangan dan kadang-kadang saya terfikir mampu rupanya kami sekeluarga laluinya. Ia akan jadi kenangan terindah sepanjang hidup ini

Oh ya, since bulan ni adalah bulan anniversary kami, kami tengah dalam perancangan untuk buat contest dan beri hadiah kepada Follower kami. So stay tune ya.. Untuk info lebih cepat, anda boleh add saya di Facebook dan ig juga 🙂

Facebook : Aryn Fadz Lee

IG : aryn_fadzlee

Order vitamin? Direct Whatsapp saya di www.wasap.my/60165879882

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge