RANAU RABBIT FARM DESTINASI MENARIK DI RANAU UNTUK DIKUNJUNGI

Posted on

ranau rabbit farm, tempat menarik di ranau sabah

Salam dan hai semua. Hujung tahun lepas berkesempatan berkumpul bersama keluarga dan melawat beberapa tempat di sekitar Ranau dan Kundasang. Dan salah satu tempat yang kami kunjungi adalah Ranau Rabbit Farm

Anak-anak kami memang sukakan haiwan dan salah satu haiwan yang mereka gemari adalah rabbit atau arnab. Sebab tu kami memang suka bawa mereka ke tempat-tempat sebegini πŸ™‚

Yuran kemasukan atau Entrance Fee ke tempat ini adalah RM3 untuk oramg dewasa, manakala untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas adalah RM2. Entrance fee bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, warga emas dan O.KU adalah percuma

Ranau Rabbit Farm ini terletak di Kg Kigiok di Ranau. Anda perlu melalui jalan kecil dan perlu masuk lebih ke dalam sebelum menemui Ranau Rabbit Farm ini. Jika rasa susah, anda boleh sahaja waze!

Anda juga boleh like Facebook Page mereka juga dengan search Ranau Rabbit Farm

Waktu ladang arnab ini dibuka adalah pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang. Di depan Ladang arnab ini, ada gerai kecil untuk makan dan minum. Ahli kelurga yang tidak masuk ke ladang arnab Ranau ini boleh duduk menunggu di gerai ini

ranau rabbit farm, tempat menarik di ranau sabah
Boleh bergambar di sini, di pintu utama sebelum masuk ke dalam
pengedar shaklee sabah, shaklee sabah, shaklee kk
Bersama encik suami..hihi

Apa yang menarik di sini adalah pemandangannya yang cantik kerana terdapat payung berwarna-warni sebagai bumbung, arnab yang banyak, kawasan yang luas dan ada tempat duduk untuk ibu bapa atau ahli keluarga menunggu

Anak-anak memang suka main di rumah kecil ni sebab banyak arnab ‘lepak’ di sini. Kesiokan dorang bagi makan arnab
Ready to go. Dari belakang Fyrash dan Aleesya.. Di depan dengan beg dan baju pink adalah Putri dan yang comel baju pink seluar hitam adalah Farhah

Bagi anda yang membawa keluarga dan anak-anak berkunjung ke Kundasang atau Ranau, saya sangat recommend untuk anda sekeluarga singgah di sini

Tempat ni memang best dan patut ada dalam senarai persinggahan anda

Jika anda terfikir untuk ke sini dengan menempah van atau kereta sewa,boleh berhubung dengan Admin www.encikbos.com di talian 013-542 5450. Kami pastikan anda mendapat servis terbaik pada harga berpatutan

Kalau mahu tempah vitamin semulajadi Shaklee pula boleh cari saya di talian 016-587 9882. Saya sangat recommend ambil Omega Guard, Vitamin C dan Vita Lea semasa melancong ke sini agar anda tidak mudah kesejukan,pertahanan badan kuat dan bertenaga sepanjang jalan-jalan ke Kundasang atau Ranau Sabah ini😊😊😊

Terrima kasih kerana singgah di sini😊😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge